Saturday, December 15, 2012

Soalan: munakahat

Nama*:idaniana
Alamat Email:idaniana@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz.. Saya tlh lama mendirikan r/tangga iaitu sudah 16 tahun.saya suami isteri tiada masalah..suami saya seorang yg sgt baik dan amat memahami..tetapi dia x blh dgr saya marah, klu saya mulakan marahnya akan terjadilah pertengkaran diantara kami hingga ke tahap marah suami yg teramat sgt..setiap kali dia marah dia akan menggeluarkan perkataan spt aku benci kau, berambus ko dr umah ini dll lg.setiap kali saya tanya dia akan kata x bermaksud apa2. Kadang-kadang saya teringat balik pertengkaran yg dulu2 hingga menimbulkan perasaan was2 ia ke suami x bermaksud cerai. Saya juga selalu terfikir sepjg perkahwinan kami ni pernahkah jatuh talaq dengan perbuatan dan perkataan yg dilakukan oleh suami, bila tya suami suami kata dah lupa yg dulu-dulu tu, rasa x ada, sayapun puas fikir tp dah x ingat. Seingat saya lafaz sorih mmg x ada tp kinayah tu byk lah.macamana ye ustaz saya nak tenangkan perasaan.....
File Upload:

Salam Puan Ida,

Lafaz cerai yang berbentuk kinayah - tidak jelas-  memerlukan niat yang jelas daripada suami. Jika sumai menyebut; keluar engkau dari rumah ini... ia perlukan niat 'cerai' daripada suami.

Dalam kes ini, jika pengakuan suami bahawa dia tidak pernah berniat untuk menceraikan puan, maka tidaklah jatuh talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.165.80

Powered by EmailMeForm



Soalan: munakahat

Nama*:ina
Alamat Email:ina@yahoo.com
Tajuk*:munakahat
Message*:salam ustaz..saya ingin bertanya beberapa soalan ttg jatuhnya talaq
1.semasa bergaduh isteri berkata kpd suami" klu awak dah x suka saya, hantarlah saya kerumah mak ayah saya, lalu suami menjawab jomlah saya hantar..stlh bertanya pd suami, dia mengatakan x bermaksud ceraipun saja nk jwp percakapan isteri. Adakah jatuh talaqnya itu..
2.semasa bergaduh suami bertanya nk cerai ke. Isteripun jwp klu nk cerai jgn main sedap mulut je, jgn ckp apa2 pergi mahkamah ambil borang biar hakim yg menjatuhkannya. Dlm masa yg sama suami, suami pergi ambil borang bawak balik tetapi sampai tahap tu je sbb isteri kata x nk, kmd borang itu terbiar begitu sahaja x dihantar semula.macamana dgn situasi ini ustaz..harap dpt beri penjelasan
File Upload:

Salam Puan Ina,

1. Suami tidak menghantar puan ke rumah emak ayah, bermaksud tidaklah jatuh talaknya seperti yang terkandung dalam lafaz taklik.

2. Alhamdulillah, tidak jatuh talak kerana tiada lafaz dan tindakan yang dibuat menunjukkan cerai.

Terima kasih.

Visitor IP: 183.171.164.154

Powered by EmailMeForm



Friday, December 14, 2012

Soalan: adakah jatuh talak?

Nama*:Muhamad Ruiz Bin Ahmed
Alamat Email:ruizcr14@gmail.com
Tajuk*:adakah jatuh talak?
Message*:assalamualaikum ustaz.. disini saya ada beberapa perkara yang menjadi kekusutan saya selama ini.
1). apakah hukum jika suami berkata kepada isteri "bukan bini aku macam ni" (merujuk kepada perangai isteri) bukan niat hendak menceraikan. Kerana selepas itu suami berkata "aku nak bini yang dulu". dengan niat isteri berubah perangai. apakah hukumnya?

2)apakah hukumnya ketika hendak bersetubuh. isteri membelai suami dan suami dgn nada bergurau berkata "ish tak boleh haram" tanpa niat apa-apa kecuali ingin bermesra dengan isteri. Dan apakah hukum jika ketika hendak bersetubuh dgn isteri suami berkata " sayang, jom buat maksiat" apakah hukumnya kerana ketika itu suami hanya ingin bersama dgn isteri tanpa niat apa-apa?

3). apakah hukum ketika bermesra dgn isteri. suami menghisap buah dada isteri sambil memanggil mama dan berlagak seperti anak kecil lapar susu. adakah ianya dikira zihar?

Tolong bantu saya ustaz.
File Upload:

Salam sdr Ruiz,

1. Ia tidak jatuh talak kerana tiada niat untuk bercerai dalam kes ini...

2. Tiada niat cerai dalm kes ini... tidaklah jatuh talaknya. Tetapi ungkapan seperti ini tidak patut diucapkan kerana perkara yang halal perlu dihalalkan, perkara yang haram perlu diharamkan..

3. Ia sekadar gurauan dan bukannya 'mama' itu emak kandung suami tetapi sebagai mama yang umum.. tidaklah dikira dzihar...

wallahuaklam

Visitor IP: 113.210.226.211

Powered by EmailMeForm



Thursday, December 13, 2012

Soalan: lafaz talak

Nama*:leeza
Alamat Email:leezaswan@yahoo.com
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum ustaz, alhamdulilah saya dikurniakan seorang suami yg baik dan bertanggungjawab serta merupakan seorang pembimbing yg sentiasa memperbaiki kelemahan diri utk mendidik saya dan anak2. Namun satu-satunya kelemahan yang tidak mampu beliau atasi adalah amarah. Pada suatu hari berlaku pentengkaran kecil antara kami. Saya yg terlalu berkecil hati, merajuk dan berpura2 membuka pintu almari baju. Saat itu suami saya datang menegah perbuatan saya dan kerana kasihnya kepada saya dan takut akan saya melakukan perbuatan yg Ingkar maka suami saya melafazkan "Kalau kau keluar dari rumah ni kejap lagi dengan bawa semua baju dalam almari ni maka jatuhlah talak satu". Selepas itu memang saya keluar dari rumah namun saya tidak membawa sehelai pakaian pun keluar seperti lafaz yang diucapkan. Soalan saya ustaz jatuhkan talak keatas saya pada masa itu. Sesungguhnya peristiwa itu banyak memberi tekanan kepada saya kerana saya takut kehilangan suami yang telah banyak membimbing dan mendidik saya menjadi seorang wanita muslimah.
File Upload:

Salam Puan Leeza,

Daripada apa yang saya faham pada kes ini, ia tidak jatuh talak kerana perbuatan puan ketika itu tidak memenuhi syarat taklik yang ditetapkan oleh suami. Jika syaratnya keluar bersama-sama baju sealmari, puan tidak begitu... makanya tidaklah jatuh talak.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.167.189

Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 12, 2012

Soalan: "Lepaskan".

Nama*:Wan
Alamat Email:wan_wanti2@yahoo.com
Tajuk*:"Lepaskan".
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Soalan saya ustaz, adakah jatuh talak jika suami melafazkan "kalau u tak suka i, i boleh lepaskan u."Dan adakah perkahwinan mereka masih sah?


Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam sdr Wan,

Perkahwinan masih sah kerana tiada lafaz cerai yang jelas diucapkan oleh suami...

terima kasih..


Visitor IP: 134.225.180.234

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 11, 2012

Soalan: hukum bersms dgn bkn mahram

Nama*:nadrah
Alamat Email:
Tajuk*:hukum bersms dgn bkn mahram
Message*:Assalamualaikum ustaz

Sy dikenalkan oleh saudara sy dengan seorang lelaki. Niat mereka mahu jodohkan kami. Kami tak pernah jumpa. Hanya melalui sms sahaja. Sms kami hanyalah tentang perkara2 biasa, sebagai kwn biasa. Adakah salah? Apakah hukumnya ustaz? Terima kasih.
File Upload:

Salam Sdri Nadrah,

Berbual dan berSMS untuk tujuan mengenali pasangan dengan niat untuk mengahwininya adalah diharuskan asalkan sahaja batasan aurat dan kedudukannya tidak mencurigakan.

tq

Visitor IP: 175.144.39.247

Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 4, 2012

Soalan: Hak isteri ketika dihalau keluar rumah

Nama*:Isteri terluka
Alamat Email:
Tajuk*:Hak isteri ketika dihalau keluar rumah
Message*:Assalam...apakah isteri berhak membawa barang-barang miliknya seperti pakaian,barang kemas dan wang simpanan miliknya apabila si isteri dihalau keluar oleh suaminya? Sedangkan si suami tak mengizinkan si isteri membawanya. si suami mahu sedekahkan pakaian si isteri.minta ustaz jelaskan.terima kasih.
File Upload:

Salam Puan,

Apabila terjadinya perceraian, dalam undang-undang kita dimaktubkan hak sepencarian iaitu harta hasil dari pencarian hidup bersama. Harta ini perlulah diagihkan mengikut kadar tertentu; ada bahagian isteri dan ada pula bahagian suami; ada hak isteri dan ada pula hak suami.

Suami tidak boleh menafikan hak isteri sama sekali. Jika barang kemas mahupun pakaian itu dibeli hasil usaha sepenuhnya (pendapatan) isteri, maka ia menjadi hak isteri berkenaan dan sepatutnya suami tidak boleh menghalang si isteri mengambil dan menuntut haknya. Tetapi jika barangan itu dihadiahkan atau dibeli bersama-sama oleh suami, tentunya ada pertimbangan lain yang dirangkumkan dalam harta sepencarian.

Soal sedekah, yang terbaik sedekah ialah kepada 'zawil qurba' iaitu mereka yang terhampir dengan suami (orang yang diamanahkan). Oleh itu, suami sewajibnya memberi sedekah/nafkah wajib kepada isterinya terlebih dahulu sebelum menyedekahkan kepada orang lain.

Wallalahuaklam, terima kasih.


Visitor IP: 183.171.162.6

Powered by EmailMeForm



Sunday, December 2, 2012

Soalan: lafaz aku lepaskan kau

Nama*:sha
Alamat Email:ie_fa85@yahoo.com
Tajuk*:lafaz aku lepaskan kau
Message*:Assalamualaikum,.......saya telah berkahwin selama 5 tahun, belum dikurniakan cahaya mata, baru2 ini saya dan suami ada bergaduh, kerana suami mempunyai hubungan sulit di belakang saya, saya dalam keadaan marah, meminta suami agar melepaskan saya, suami dalam keadaan yg marah dan tidak sedar telah melafaz kan " aku lepaskan kau" adakah jatuh talak satu?......pada ketika itu saya terdiam dan kaku, saya mimta penjelasan ..
File Upload:

Salam Puan Sha,

Pada kefahaman saya, lafaz 'aku lepaskan kau' pada dialog 'minta cerai' adalah sah. Dan terjatuhlah talak.

Jika mahu kembali berdamai, eloklah rujuk (jika masih dalam edah).

Bersabarlah dalam menangani karenah rumah tangga. Perselisihan sentiasa terjadi.

Terima kasih.

Visitor IP: 113.210.228.18

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA