Monday, November 19, 2012

Soalan: Sah tak rujuk saya

Nama*:iskandar
Alamat Email:iskandar_imanis@yahoo.com
Tajuk*:Sah tak rujuk saya
Message*:Assalamualaikum ustaz. Satu hari telah berlaku pertengkaran antara saya dengan isteri. Isteri saya telah memaksa saya menceraikan dia.Situasinya seperti ini. dari pagi kami telah berselisih faham. bergaduh, dan saya cuba berdamai dengan isteri. isteri saya telah mengeluarkan kata seperti ini" kalau abang tak ceraikan saya saya tak akan makan" selepas itu perbuatan di memukul saya. Dalam keadaan saya tidak redha dan tiada niat untuk bercerai berserta dengan sifat marah, saya telah melafaskan cerai talak 1. selepas itu saya dan isteri tersedar yang kami terlalu mengikut perasaan dan menyesal. Selepas itu isteri sedar kesilapan nya dan saya juga tersedar keterlanjuran kata saya. Pada malam itu juga saya telah berkata kepada isteri saya abang rujuk kembali dengan awak" .Adakah sah rujuk saya dari segi hukum syarak?
File Upload:

Salam Sdr Iskandar,

lafaz cerai seperti ini sah hukumnya walaupun dalam keadaan marah.

lafaz rujuk juga sah hukumnya...

Cuma kena ingat, satu talak telah terjatuh, hanya ada lagi satu talak untuk pernikahan ini. berhati-hatilah pada masa akan datang.

Salam...

Visitor IP: 203.82.92.59

Powered by EmailMeForm



Saturday, November 17, 2012

Soalan: lafaz takliq atas niat ugutan

Nama*:shah
Alamat Email:shahnon79@gmail.com
Tajuk*:lafaz takliq atas niat ugutan
Message*:assalamualaikum ustaz.
Baru2 ni saya dan isteri bertengkar dan isteri membuat keputusan untuk keluar dan lari dari rumah. oleh kerana saya tidak mahu isteri keluar dari rumah, saya telah mengugut isteri dengan mengatakan,"jika kamu keluar dari rumah ni jatuh talak atas kamu" agar dia tidak berani keluar dari rumah.Dan selepas lebih kurang 3 minit saya menarik balik lafaz tu di hadapan isteri dengan mengatakan,"aku tarik balik lafaz talak tersebut.".dan barulah isteri keluar dari rumah. persoalan saya..adakah jatuh talak tersebut kerana setahu saya tidak jatuh taklik atas niat ugutan.
File Upload:

Salam Sdr Shah,

Lafaz taklik adalah sah walaupun atas dasar ugutan atau mahu mengajar isteri. Jika isteri berkenaan keluar rumah pada ketika lafaz itu disebut, maka jatuhlah talaknya.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 183.171.164.239

Powered by EmailMeForm



Thursday, November 15, 2012

Soalan: sah cerai atau tidak

Nama*:rosmeiza binti yusoff
Alamat Email:babygurlz0409@yahoo.com
Tajuk*:sah cerai atau tidak
Message*:assalamualaikum . saya cuma ingin bertanya samada lafaz yang keluar dari mulut suami saya itu sah atau tidak . sewaktu kejadian , hanya saya berdua dengan suami . dia melafazkan , " arif cerai mimi talak tiga " . untuk pengetahuan , suami saya terlibat dalam pengambilan pil kuda . sewaktu dia melafazkan talak tersebut , dia dalam keadaan tidak berapa sedar . sebelum itu saya tinggal di rumah ibu saya , dan suami ingin menjemput saya pulang ke rumah orang tuanya . tetapi saya enggan kerana sewaktu itu saya tengah mengandung . keesokan harinya saya perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan saya kerana klinik tersebut berdekatan dengan rumah orang tua saya dan suami liat nak bangun tidur . berbalik kepada lafaz tersebut , selepas suami saya melafazkan talak tersebut , dia menangis seolah-olah baru tersedar dari mimpi . apa yang saya tahu , orang yang mengambil dadah dan seumpamanya , mereka tidak dapat berfikiran waras . alhamdulillah , sekarang suami saya belajar pondok dan ingin berubah . jadi saya ingin mengetahui samada sah atau tidak lafaz yang keluar dari mulut suami saya semasa dia dalam keadaan "bengang" .
File Upload:

Salam Puan Ros,

Menurut hukum syarak, lafaz talak suami puan itu adalah sah dan jatuhlah talaknya (talak tiga seperti yang dilafazkan). Ini kerana perkataan cerai/ talak akan sah dan berlaku kepada orang yang mabuk dengan sengaja. Dalam kes ini, suami puan mengambil pil kuda, kecuali jika dia mabuk yang tidak disengajakan seperti memakan ubi gadung tiba-tiba mabuk...

Pada saya, puan perlu merujuk kes ini ke Pejabat Agama dan perlu dipisahkan secara rasmi.

Wallahuaklam.

(Maaf lewat membalas email ini)

Visitor IP: 183.171.165.246

Powered by EmailMeForm



Monday, November 12, 2012

Soalan: Cerai

Nama*:naz
Alamat Email:nieza3@yahoo.com
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Jika suami dalam keadaan sangat marah hingga dia tidak tahu apa dilakukannya dan bercakap perkataan Divorce, adakan jatuh talak pd isteri. Selepas beberapa jam, suami bercakap dia tidak nyatakan Divorce pada isteri dan tidak ada niat untuk ceraikan isteri..

SUami beritahu, dia tidak berkata saya ceraikan awak..

Apakah nasihat ustaz?

Terima kasih
File Upload:

Salam Puan Naz,

lafaz cerai yang disebut oleh suami puan adalah sah dan jatuhlah talaknya. Ini kerana perkataan berkenaan disebut dalam keadaan sedar dan tahu akibatnya, walaupun situasinya tersangat marah.

Wallahuaklam.

Maaf lewat membalas email ini

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 11, 2012

Soalan: Lafaz Talak

Nama*:shasa
Alamat Email:raflessia.shasa@gmail.com
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Salam ustaz

1. Suami saya warga asing dan pengikut mazhab maliki. Kami bertengkar baru2 ni, dan suami saya dalam keadaan marah dan berkata I WILL DIVORCE YOU. Lafaz talak ni sah atau tak?

2. Pernah suami saya dalam keadaan marah berkata pada saya, ok divorce. Bila saya bertanya dia apabila dia tenang, dia menjawab dia tidak berniat ceraikan saya samada hal no.1 dan no.2. Suami menyatakan saya masih isteri dia

Saya rungsing dan keliru ustaz.. Tolong jelaskan pada saya.
File Upload:

Salam Puan Shasa,

Saya kurang arif mengenai pendapat dari berbagai mazhab.

Dalam kes pertama setahu saya; ia tidak jatuh talak kerana ada kalimah WILL yang bermaksud 'akan'. 'Akan bercerai' tidak sama dengan 'aku ceraikan kamu'...

Pada kes ke dua; OK DEVORCE; pada kefahaman saya, jatuh talak kerana persetujuannya atas permintaan bercerai.

Soal niat bercerai tidak timbul lagi kerana perkataan dan perbuatan itu menujukkan niat kepada apa yang dilakukan. Pendapat ulama kita mengenai nikah dan cerai, ia akan berlaku dan terjadi dengan sebutan sekalipun.

Sila rujuk kes ini kepada pihak Qadi untuk kepastian.

Terima kasih.

Visitor IP: 120.140.91.41

Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 7, 2012

Soalan: ta'liq talak

Nama*:wan syamimi izyan
Alamat Email:wsi_syaiz87@yahoo.com
Tajuk*:ta'liq talak
Message*:salam.. jika suami melafazkan taklik..."jika engkau keluar rumah tanpa izin aku, maka jatuh talak 3 keatas kamu".
soalan saya: jika istri keluar tanpa izin suami adakah jatuh talak 3 terus?
File Upload:

Salam Sdri Wan,

Apabila isteri melanggar lafaz taklik berkenaan maka jatuhlah talaknya. Dalam kes ini, jatuhlah talak tiga.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 110.137.56.17

Powered by EmailMeForm



Sunday, November 4, 2012

Soalan: jatuh talak atau tidak?

Nama*:aida
Alamat Email:aida@yahoo.com.my
Tajuk*:jatuh talak atau tidak?
Message*:Isteri menuduh suami ada melafazkan talak kepada isterinya..
Soalan : Adakah jatuh talak jika suami menceritakan kepada ibu bapa nya dan berkata mana ada "Saya ceraikan farah ( nama isteri)".
File Upload:

Salam.

Tidak jatuh talak kerana tiada pengucapan yang dimaksudkan kepada perbuatan talak/cerai.

Visitor IP: 60.53.23.95

Powered by EmailMeForm



Friday, November 2, 2012

Soalan: was was tentang lafaz cerai

Nama*:muhamad firdaus b. hashim
Alamat Email:muhdfirdaushashim@gmail.com
Tajuk*:was was tentang lafaz cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.
Saya ada masalah was was samada saya ada tersebut atau terlafaz perkataan yang boleh menyebabkan jatuhnya talak..jika sekadar lintasan hati dan tidak melafazkan cerai tidak jatuh talak..betul kan ustaz.?
Masalahnya saya tidak pasti samada saya ada pernah melafazkan cerai dari mulut..perkara ini sering mengganggu..walaupun hati berkata saya tidak pernah melafazkan dari mulut tetapi perasaan was was timbul menyatakan macaman JIKA SAYA MELAFAZKAN DRI MULUT?
mohon ustaz memberi pandangan dengan kadar segera..teroma kasih ustaz..
File Upload:

Salam Sdr Firdaus,

Merujuk kepada kes ini, ia bermula dengan tidak ada lafaz cerai yang disebut. Ertinya, tiada lafaz cerai dizahirkan utk mengesahkan perceraian. Lintasan hati tidak dikira dan ia perlu dinyahkan segera.

Soal was-was, sdr perlu membuat ketatapan pada yang pasti, usah dilayan perasaan berkenaan kerana ia boleh merosakkan amalan kita seharian.

Visitor IP: 113.211.179.159

Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA