Sunday, October 13, 2024

Soalan 1: Munakahat (Talaq & Rujuk)

Nama*:Faris
Tajuk*:Munakahat (Talaq & Rujuk)
Pertanyaan*:اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Ustaz Ahmad Nawawi,

Saya hendak bertanya, kita kita mengajar diri kita sendiri untuk menyakinkan diri kita sendiri bahawa talak tidak jatuh kerna was was, kemudian kita ulang lakonan dan mengatakan talak tidak jatuh jika tidak didengari suara, ia hanya jatuh bila didengari telinga macam ini kemudian saya sebut "aku cerai kau" dengan sangat perlahan hanya bunyi nafas dan perkataan sangat perlahan sebanyak 2x adakah ia dikira jatuh talak? Suara tidak seperti suara normal lebih kepada nafas seperti berbisik. Kemudian was was semakin menjadi2. Saya rujuk isteri saya semula then masih timbul wass wass takut jatuh talak tiga kerana cuba menyakinkan diri dengan mengajar diri. Tapi saya tekat niat saya mengajar diri bahawa ini tidak jatuh.
Jawapan:
Salam

Rawati dan atasi dahulu penyakit was-was anda. Ia punca masalah dalam hidup anda. 

Was was dan keraguan tidak menjatuhkan talak. Ia adalah gangguan syaitan yang menyesatkan pemikiran dan fokus anda. 

Visitor IP: 2a09:bac3:4c90:18c8::278:7f

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.