Sunday, October 13, 2024

Soalan 1: Munakahat (Talaq & Rujuk)

Nama*:Faris
Tajuk*:Munakahat (Talaq & Rujuk)
Pertanyaan*:اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Ustaz Ahmad Nawawi,

Saya hendak bertanya, kita kita mengajar diri kita sendiri untuk menyakinkan diri kita sendiri bahawa talak tidak jatuh kerna was was, kemudian kita ulang lakonan dan mengatakan talak tidak jatuh jika tidak didengari suara, ia hanya jatuh bila didengari telinga macam ini kemudian saya sebut "aku cerai kau" dengan sangat perlahan hanya bunyi nafas dan perkataan sangat perlahan sebanyak 2x adakah ia dikira jatuh talak? Suara tidak seperti suara normal lebih kepada nafas seperti berbisik. Kemudian was was semakin menjadi2. Saya rujuk isteri saya semula then masih timbul wass wass takut jatuh talak tiga kerana cuba menyakinkan diri dengan mengajar diri. Tapi saya tekat niat saya mengajar diri bahawa ini tidak jatuh.
Jawapan:
Salam

Rawati dan atasi dahulu penyakit was-was anda. Ia punca masalah dalam hidup anda. 

Was was dan keraguan tidak menjatuhkan talak. Ia adalah gangguan syaitan yang menyesatkan pemikiran dan fokus anda. 

Visitor IP: 2a09:bac3:4c90:18c8::278:7f

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: Muamalat (Talaq & Rujuk)

Nama*:Faris
Tajuk*:Muamalat (Talaq & Rujuk)
Pertanyaan*:‎وَبَرَكاتُهُ
Ustaz Amin.

‎بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
Talak Dan Rujuk.

Ustaz Amin, saya ingin bertanya. Adakah jatuh talak dan sah rujuk selepas dilafaz berbisik (kerana bisikan lintasan hati) begini, situasi berseorang di dapur. Hati berbisik supaya ceraikan isteri. Secara tak sengaja lidah dan bibir juga bergerak "aku ceraikan kau beserta nama" tapi tidak didengari telinga kerana bisikan terlalu halus, menahan suara di kerongkong, terkeluar di mulut hanya bisikan dan nafas (suara angin), suara tidak jelas dan lantang seperti bercakap normal.

Selepas buat research talak tidak jatuh, kerana tidak didengari telinga, masa itu lah was was timbul, dan hati berbisik dengar di telinga juga tapi terlalu perlahan kerana tidak mengangkat suara.

Disebabkan was was malam hari cerita situasi pada isteri, dan melakukan lafas rujuk, Aku rujuk kau kembali menjadi isteri ku semula.

Persoalan adakah jatuh talak, dan rujuk sah. Atau talak tidak jatuh dan rujuk pun tidak sah kerana tidak tertalak.

Pada malam itu dan keesokan hari ni saya ulang balik cara saya lafaz tak kedengaran suara, dan mengajar diri saya bahawa tidak terjatuhnya kerana tidak terdengar suara. Sudah 3hari saya wass wass. Dalam was was, mengajar diri ade sehari sekali saya ulang balik hanya terdengar suara nafas perkataan tidak jelas seperti bercakap normal sebanyak 2x. Adakah jatuh talaq ustaz.

Saya buat solat taubat, solat hajat setiap hari setiap kali free, bahu saya terasa berat sangat.

Tolong jawab pertanyaan saya ustaz.
Jawapan:
Salam

Talak tidkak jatuh dan ia tidak perlu dirujuk. 

Rawati dahulu penyakit keraguan itu. Ia bahaya dan merosakkan pemikiran dan ganggu hidup anda.


Visitor IP: 2a04:4e41:f:2f::bdb6:424e

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA