Saturday, June 23, 2018

Soalan: Mengajuk Ucapan Cerai Isteri

Nama*:Sufian
Tajuk*:Mengajuk Ucapan Cerai Isteri
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz.

Saya ada pertanyaan tentang lafaz cerai. Baru-baru ini saya ada berbual dan bergurau dengan isteri tentang sikapnya yang suka bercakap benda yang tiada faedah dan mengarut ketika beliau marah.

Ketika itu saya ulang balik ayat-ayat yang gemar beliau gunakan ketika kami bergaduh, saya mengajuk ayat-ayat beliau seperti "ahh suka hati la", "lantak la", "entah tak tahu", "nk cerai cerai je la" dengan niat hendak mengajuk dan menyindir sikapnya yang suka cakap main lepas sahaja. Langsung tiada niat untuk saya menjatuhkan talak ke atas beliau.

Ketika itu baru saya perasan yang saya menyebut perkataan cerai dengan lidah saya sendiri. Namun apa saya niatkan cuma hendak mengajuk ayat isteri ketika beliau marah, dan tiada langsung niat saya untuk melepaskan beliau dengan lafaz tersebut.

Saya memohon nasihat dan pandangan dari pihak tuan. Saya amat sayangkan isteri saya.
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak. Talak terjadi dengan NIAT yang jelas dan lafaz yang terang.

tk

Visitor IP: 2001:d08:1028:f6ff:4c31:8df0:fd75:6a1a

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.