Monday, May 14, 2018

Soalan: nak tanya

Nama*:mus
Tajuk*:nak tanya
Pertanyaan*:assalamualaikum tuan, saya ada satu persoalan. jatuhkah talak apabila suami terfikir situasi cerai dan bercakap cakap dalam hati soal cerai contohnya bertanya kepada diri sendiri adakah nak bercerai atau tak di dalam hati tiba tiba menyebut/tersebut 'ya' menggunakan lidah. adakah perkataan 'ya' itu cukup untuk menjatuhkah talak sebabnya ia berlafaz? adakah ia soreh atau kinayah? jawapan ustaz boleh melegakan saya sebab saya ni kerap jadi situasi macam ni tetapi saya tak pernah sebut 'ya' itu. cuma saya takut di masa akan datang sy tersilap sebut.

tq
Jawapan:
Salam

Cerai hendaklah dilafazkan dengan terang dan jelas. Main dalam hati sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

Rawati penyakit anda sekarang.. ia menyusahkan hidup anda sendiri.

tk

Visitor IP: 183.78.47.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.