Thursday, January 4, 2018

Soalan: Talak Taklik

Nama*:Farah
Tajuk*:Talak Taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya dan suami bergaduh tempoh hari (di dalam telefon) dan saya terlalu geram hingga saya mengugut mahu merosakkan barang barang suami. Selalu saya boleh sabar dan biar kan suami cool down! Contohnya: saya ugut nak menggunting seluar jeans dia. Suami saya jenis yang kalau marah, semua benda buruk keluar dari mulut dia. Sehingga terkeluar "kalau sayang rosakkan barang abang, abang ceraikan sayang"
i. Adakah lafaz taklik itu sah sebab saya rasa suami pun mengugut saya (suami sedang marah) dan suami tak sebutkan perkataan talak. Yang saya faham lafaz taklik pun kena jelas "kalau sayang rosakkan barang abang, abang ceraikan sayang talak 1"
ii. Jika talak taklik itu sah, apa jadi bila saya terosakkan barangan beliau secara tidak sengaja?
iii. Macam mana saya nak mengkelas kan bahawa barang tu barang suami atau barang saya, sebab sebahagian besar perabot seperti peti ais dibeli menggunakan duit suami? Dan suami beli untuk kegunaan saya.

Bantulah saya ustaz, isteri yang rungsing.

Salam

Pada saya ia adalah ugutan suami atas tindakan isteri  yang dirasakannya kurang wajar.... Ugutan tidaklah dikira taklik.

tk
Visitor IP: 113.210.6.117

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.