Nama*: | zarazya |
Tajuk*: | was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai) |
Message*: | Assalamualaikum Wbt Ustaz. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana menjawab soalan dan kemusyiklan saya ini. Ketika berlaku pertengkaran dan selepas pergelutan (pukul memukul) antara saya dan suami dalam pendengaran yang kurang jelas dan saya sendiri tidak pasti, telinga saya seolah mendengar suami menyebut ' cerai ko lah'. Saya tak pasti sama ada, ada ayat sebelum perkataan cerai itu. Saya bertanyakan anak saya (berumur 13 tahun (lelaki)) adakah dengar ayah sebut perkataan itu kerana dia di depan dan saya dalam bilik. Anak saya jawab tak ada ayay sebut begitu. Saya bertanyakan dan desak suami untuk mengulang apa yang dia dah cakap, Suami mengatakan tidak menyebut perkataan cerai itu dan dia sendiri tidak ingat, Dengan bersumpah nama Allah dia mengaku tidak melafaz. 1. Apa perlu saya lakukan ustaz? sedangkan saya sendiri tak berapa pasti apa yang saya dengar. 2. Adakah saya perlu yakin dengan pengakuan suami? 3. Adakah telah jatuh talak itu. |
Salam
Lafaz cerai adalah hak suami, jika suami menafikannya, ia tidaklah terjadi talak. Isteri tidak perlu paksa suami menyatakan apa yang dia sebut sebelumnya. Percaya dan berhukum dengan apa yang diketahui sahaja.
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.