Nama*: | mya |
Tajuk*: | ragu-ragu dgn lafaz |
Message*: | Assalamualaikum. Saya telah bertengkar dengan suami saya dan dia ada sebut 'i dah taknak u' dan 'i dah taknak hubungan ni selama lamanya'. Bila i tanya dia adakah dia bermaksud nak menceraikan kemudian dia jawab ya. Tetapi apabila sy meminta pengesahan melalui lafaz talak, dia jadi ragu-ragu. Dan akhirnya kami masih meneruskan hubungan sepeti biasa. Tetapi sampai sekarang suami dan sy masih ragu-ragu dan jika benar berlaku talak, maka ini adalah talak ketiga. Bagi saya, apa yg diucapkan itu adalah sekadar ucapan dan hanya dijawab kerana sedang marah. Jadi bagaimana status hubungan kami ya ustaz? sy betul2 berharap talak tidak jatuh kerana keadaan kami memang tegang dan suami juga masih sygkan hubungan ini |
Salam
Wallahuaklam. Pada pendapat saya, ia telah menjatuhkan talak berdasarkan kenyataan yang diberi.
Sebaiknya puan bawa kes ini ke mahkamah atau pejabat kadi bagi mendapatkan pengesahan sewajarnya.
tk
Visitor IP: 183.171.95.249
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.