Thursday, September 21, 2017

Soalan: Tak Tahu Apa Niat Sebenar

Nama*:Rusli Ahmat
Tajuk*:Tak Tahu Apa Niat Sebenar
Message*:Salam Ustaz

Baru-baru ini saya ada bergaduh dengan isteri, orang perempuan ni memang selalu menyakitkan hati, bila kita tak suruh jawab, dia menjawab, bila kita suruh jawab, dia diam pula tak mahu jawab, memang sakit hati dibuatnya.

Oleh kerana pergaduhan telah tercetus, asyik bergaduh sahaja, saya pun berkata begini "saya dah tak boleh nak hidup dengan awak macam ni lagi" dan "saya dah tak boleh"

Selepas saya cakap begitu, selepas beberapa minit, saya tak tahu apa niat saya ketika saya kata begitu.

Niat tak tahu...

Bermain-main di fikiran saya sekarang dan hati berasa ragu ragu was was, apa yang perlu dilakukan ustaz?

Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Tanpa adanya niat cerai, maka ia tidak dikira TALAK. Talak memerlukan lafaz yang jelas dan terang..

tk

Visitor IP: 207.244.71.163

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.