Thursday, August 10, 2017

Soalan: Rujuk mengikut taklik negeri

Nama*:Abdullah
Tajuk*:Rujuk mengikut taklik negeri
Message*:assalam ustaz,

mohon pencerahan bagi rujuk isteri bagi yang bertaklik (semasa nikahnya) di negeri Kelantan.

mohon perbetulkan sekiranya salah.

Taklik Negeri Kelantan
"Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi."

berdasarkan taklik ini, adakah memerlukan persetujuan isteri sekiranya mahu dirujuk?

sekiranya isteri tidak setuju maka jatuh talak satu lagi.

terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika itu lafaz taklik yang disebut, maka taklik itu adalah sah dan terpakai.. Sebetulnya rujuk tidak memerlukan persetujuan isteri, tetapi oleh kerana taklik itu dibuat seperti itu, maka ia (hukum) akan mengikut apa yang ditaklikkan.

tk

Visitor IP: 175.138.187.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.