Tuesday, August 8, 2017

Soalan: lafas lepaskan

Nama*:arman
Tajuk*:lafas lepaskan
Message*:slm ustaz, pertamanya saya memohon ampun kepada allah sekiranya apa yg saya bgtau ustaz ni ada khilaf. saya dah sedaya upaya mengingatkan kejadian.

kejadian pertama
sebelum pergi kerja saya ada bercakap kepada isteri 'awak hanya perlu ikut suruhan allah, solat, jgn risau pasal saya, saya dah lepaskan awak, saya redho awak masuk syurga' selepas tu saya jadi panik. saya risau saya ada lafaz perkataan lepaskan dia. takut takut juga ada niat talak. saya ada tanya isteri samada dia faham tak apa yg saya ckp sbb sy takut tertalak. dia ckp dia faham. ikut keseluruhan kejadian saya nak bgtau dia ikut je suruhan allah jgn risau dosa dosa dia dengan saya sbb saya redho dia masuk syurga. lepaskan tu maksud saya lepaskan bebanan dosa dia pada saya yg belum saya maafkan. itu je ustaz.

kejadian kedua
ketika maghrib saya jadi risau kejadian pagi tu. jadi saya menyebut lafaz tu '............ lepaskan.............' maaf ustaz saya tak ingat tp masih guna perkataan lepaskan. saya tak pasti kenapa saya sebut tapi yg pasti bukan nak talak cuma keliru/ terbayang kejadian pagi tadi.

ustaz rasa mcm mana. adakah jatuh talak. saya takut ada lintasan niat masa sebut. tq
File Upload:
Salam

Jika itulah niat suami pada ucapan begitu, maka ia tiada kaitan dengan talak.

Hanya masalah di sini ialah suami itu sendiri yang tidak ada keyakinan diri.. mudah was-was dan terbuai oleh mainan syaitan.

So, hentikan keraguan dan berpegang pada ilmu dan hukum Allah.

tk

Visitor IP: 113.210.124.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.