Friday, August 4, 2017

Soalan: Adakah Jatuh Talak 2.0

Nama*:Adam Muhammad
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak 2.0
Message*:Salam Ustaz

Pada 02 Ogos 2017 saya ada bertanya soalan:

---
Salam Ustaz

Baru-baru ini oleh kerana saya terlalu marah akan isteri saya, maka saya telah berkata kepadanya:

"Jikalau engkau keluar dari rumah ini pada hari ini, aku akan ceraikan engkau"

Jarak diantara "Aku akan" dengan "ceraikan engkau" terhenti seketika diantara 2-3 saat, "Aku akan..... ceraikan engkau"

Adakah jatuh talak?

Terima kasih Ustaz.

Jawapan:

Salam

Ia dikira sebagai lafaz taklik. Taklik akan terjadi (jatuh talak) apabila isteri keluar pada hari berkenaan sahaja. Kerana seperti itulah lafaz taklik yang disebut oleh suami.

tk
---

Soalan baru:

Ini bermakna lafaz yang diucapkan walaupun terhenti 2-3 saat diantara dua patah perkataan tersebut adalah tidak sah yakni tidak jatuh talak, betul ya Ustaz?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik hanya dimengerti oleh suami yang menyebutnya sahaja. Suami tahu apa yang dimaksudkan bukannya orang lain..

Jika itu yang dimaksudkan suami, maka itulah sebenarnya..

tk
Visitor IP: 172.98.87.118

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.