Thursday, July 6, 2017

Soalan: NAJIS

Nama*:INTAN
Tajuk*:NAJIS
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,

Saya nak tanya,jika kita tidak pasti sama ada kain atau kasut terkena pada najis yg ada di jalan raya bagaimana hukum nya? selepas langkah di laluan yang ada najis baru saya perasan..tak tahu najis kucing atau anjing sebab masa itu baru lepas hujan. Tempat parking kereta kawasan pejabat berpagar kerana ada guard. Mohon bantuan dari ustaz.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Jalan raya dan tanah tidak dianggap najis dan bernajis kerana tanah itu adalah bersih. Kecualilah betul-betul terpijak tahi anjing atau tahi kucing, maka kenalah dibasuh. Itu sahaja. Usah disusahkan hidup sedangkan Islam memudahkan kita.

Saudara ini mungkin terkesan dengan was-was dan keraguan. Ilmu membunuh keraguan.. belajarlah.

tk

Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.