Wednesday, June 7, 2017

Soalan: Ragui status

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Ragui status
Message*:salam.

Saya ingin bertanya tentang permasalahan saya. Saya pernah mengeluarkan kata-kata kinayah yg berbentuk soalan ke kepada isteri saya suatu ketika dahulu yg mana kini saya tidak mampu mengingati dengan jelas apa yg saya katakan namun saya ragui sama ada berniat atau tidak ( Semasa melafaz ), walau bagai manapun saya telah mengeluarkan kata2 rujuk kembali isteri saya kerana meyakini terjadinya perkara yg x di ingin kerana saya tidak memahami dengan jelas konsep lafaz kinayah pada ketika itu.. Setelah membaca dan mempelajari perkara sebenar Saya menjadi semakin was-was, ragu-ragu, Seingat saya pada ketika itu terdapat lintasan sebelum dan selepas saya mengeluarkan kata2 tersebut, namun saya tidak dapat membezakan yg mana niat dan yg mana lintasan hati dan ia berlaku samada semasa saya melafaz atau tidak. Saya sering di belenggu akan perkara ini menyebabkan saya benci kehidupan saya sendiri dan sering termenung walau ketika saya memandu.

apa yg saya mampu lakukan kini hanya bertaubat dan memohon keampunan dari Allah. Sejujur nye itulah yg saya mampu.

Mohon nasihat dari ustaz, saya ragui tentang perkahwinan sya kini.
File Upload:
Salam

JIka suami yang melafazkan itu sendiri masih ragu-ragu, maka tiadalah terjadinya talak. Talak berlaku dengan lafaz yang jelas dan terang. Terbukti dan didengar...

BElajarlah hindari was-was.. banyakkan taubat dan zikir, tilawah quran.. dll

tk

Visitor IP: 211.25.211.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.