Tuesday, April 25, 2017

Soalan: Was-was

Nama*:Adam
Tajuk*:Was-was
Message*:Salam ustaz. Saya nk tanya satu soalan. Macamni lebih kurang situasinya. Saya sedang berbual dengan majikan saya. Sejurus itu saya menceritakan pengalaman saya berpraktikal di sebuah pejabat agama sebelum ini kepadanya. Saya menceritakan bahawa saya ada juga berpengalaman mengenai cara-cara mengemaskini sistem perkahwinan malaysia di laman sesawang. Saya berkata begini. "Dulu (di tempat praktikal), nikah cerai saya buat''. Lepas itu datang perasaan was-was, tak apa ke saya kata begitu. Adakah ia menjatuhkan talak? Sedangkan saya menceritakan perihal/skop kerja yg saya lakukan pada praktikal dahulu. Bukannya saya memaksudkan nak cerai pun.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana dilafazkan bukan dengan tujuan cerai dan ia tidak pernah ditujukan kepada isteri saudara..

tk

Visitor IP: 183.171.79.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.