Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Adakah Jatuh Talak |
Message*: | Assalamualaikum ustaz .. Saya ada berkata kepada isteri 'aku nak tinggalkan awak' , 'jom berpisah' tujuan untuk mengugut isteri supaya menghormati saya sebagai suami dan keluarga saya tapi dia masih tak ambil kisah. kalau boleh saya tak mahu rumahtangga kami musnah sebab saya sayangkan anak yang masih kecil... Minggu lepas saya ada menyebut "aku nak lepaskan awak" tujuan adalah supaya dia berubah juga.. TAPI dalam masa yang sama ada niat di hati nak ceraikan dia... Dalam sebulan dua ni juga saya asyik fikir nak bercerai saja dengan dia sebab dah tak boleh sabar lagi. Dua tiga hari ni saya terigat semula apa yang saya sebut itu, saya was-was dan muskil dengan apa yang saya sebut itu.. Adakah jatuh talak begitu? Kerana ada lintasan hati menyambung selepas saya ucap. Sekian, mohon penjelasan. |
File Upload: |
Jika perkataan suami, aku NAK lepaskan awak; perkataan NAK di sini masih tidak langsung menjatuhkan talak kerana ia masih dalam bentuk PILIHAN..
Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak, jika dikaitkan dengan niat pula, ia masih ada keraguan di situ.
tk
Visitor IP: 1.9.139.247
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.