Tuesday, March 14, 2017

Soalan: Tak tahu ada cakap atau tidak

Nama*:Rodhi
Tajuk*:Tak tahu ada cakap atau tidak
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya bercakap dalam hati mengenai talak, memang saya yakin saya bercakap dalam hati, disebabkan saya berpenyakit was-was dan selalu datang lintasan hati, saya keluarkan bunyi berdehemm dan macam-macam bunyi lagi untuk mempastikan saya tidak cakap apa yang saya cakap dalam hati

Kemudian tiba-tiba datang perasaan atau mungkin saya tersedar bahawa ada suara/perasaan yang mengatakan saya ada cakap "cerai", saya tak pasti saya tercakap/tersasul atau perasaan yang mengatakan saya berkata "cerai" itu hanya suara dalam kepala/pemikiran saya, terus saya jadi berdebar-debar, saya cuba ingat balik apa yang berlaku saya yakin tidak ada bunyi suara/lafaz yang keluar dari mulut saya.

Saya jadi keliru sebab saya dah tak tau yang mana satu betul, mula-mula saya memang bercakap dalam hati sahaja, kalau saya tersasul/tercakap mesti saya dengar, seingat saya hanya bunyi-bunyian yang bukan suara sahaja yang keluar dari mulut saya, bukan suara yang berlafaz.

Jatuh ke talak ustaz?
File Upload:
Salam

Jika sdr tiada berniat cerai atau ada tujuan untuk cerai, cakapan yg tidak jelas seperti itu tidaklah menjatuhkan talak.

Usah layan penyakit was-was.

tk


Visitor IP: 1.9.96.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.