Friday, March 31, 2017

Soalan: MOHON PENCERAHAN

Nama*:FADLIANA
Tajuk*:MOHON PENCERAHAN
Message*:As salam ustaz,
Saya ingin bertanya.. Ibu bapa saya telah bercerai dan ayah saya telah berkahwin lain. Dia memiliki seorang anak perempuan yang berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan tiri berusia 18 tahun.Manakala ibu saya tinggal bersama adik,saya dan suami saya. Suatu hari ayah saya telah terjatuh dan kena strok. Disebabkan ayah saya tidak mampu bergerak, saya berasakan untuk membawa ayah saya tinggal sementara dengan saya dengan niat untuk membuat check up di bandar. Hasrat saya ini dipersetujui oleh adik beradik belah ayah saya dan mak tiri saya kerana keadaan kewangan yang agak sukar. Semasa saya pergi kerja, ayah saya akan dijaga oleh adik saya dan setelah saya pulang berkerja ,ayah saya akan dijaga oleh saya dan suami.
Persoalan saya kini, adakah menjadi kesalahan hasrat saya ini disebabkan mak saya juga tinggal bersama saya?
File Upload:
Salam

Alhamdulillah dan bersyukur mendapat anak  yang baik seperti puan. Teruskan usaha merawat dan menjaga ayah puan sebagaimana dirancang.

Soal ibu yang berada di dalam rumah itu, tidaklah menjadi masalah. Hanya dijagai batasan pergaulan sahaja kerana mereka bukan lagi berstatus suami isteri.

Jagalah sebaiknya bapa anda.

tk

Visitor IP: 121.121.104.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.