Saturday, March 25, 2017

Soalan: beza lafaz lidah dan bisik

Nama*:hamba allah
Tajuk*:beza lafaz lidah dan bisik
Message*:asalam ustaz,

a) macamana nk membezakan antara yang didengari dgn yg tk didengari oleh telinga sendiri?

b) sy tk pasti dgn lafaz talak samada ada dengar atau tidak oleh telinga sendiri. adakah boleh sy anggap ragu atau was was? apa yg perlu sy ambik pegangan? talak terjadi atau tidak?

c) sy ada rujuk panel jakim kalau kalau lafaz talak itu sah boleh kah sy menganggap rujuk menggunakan mazhab lain sebagai rujuk (seperti bersetubuh). panel bgtau mereka guna mazhab shafie tetapi mazhab lain juga di ambil kira sekiranya perlu. benarkah?

lafaz a dan b sy terucap tanpa niat, tanpa sengaja asalnya nak cakap dalam hati (lintasan) tp seperti ada terbunyi yg difahami tetapi tak pasti didengari atau tidak didengari.
File Upload:
Salam

Lafaz talak hendaklah jelas didengar oleh diri sendiri, telinga sendiri. oleh itu, jika ia tidak jelas, tidaklah dikira sebagai talak yang sah.

Ia seperti ketika melafazkan akad nikah dahulu yang terang lagi jelas.

Jika tiada terjadinya talak, maka tidaklah perlu kepada rujuk.

Elakkan was-was kerana ia merosakkan amal saudara.

tk

Visitor IP: 175.138.109.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.