Tuesday, February 28, 2017

Soalan: lintasan hati

Nama*:ramli
Tajuk*:lintasan hati
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya masa saya solat berjemaah di surau, datang lintasan hati mengenai cerai, saya rasa saya tak sebut pun cuma macam ada pergerakan dalam mulut, jika saya sebut mesti saya dengar dan solat saya batal, saya tak hiraukanlah benda tu, kemudian lepas solat seorang jemaah sebelah saya memandang ke arah saya, lama jugak dia pandang, tapi saya tengok dia bukan pandang saya, macam anak mata dia tu pandang ke arah jemaah lain. saya jadi risau mari fikiran saya ada cakap sesuatu ke masa solat yang dia dengar sehingga dia toleh ke arah sebelah saya. fikiran ini menghantui saya. padahal saya dah yakin saya tak cakap apa yang terlintas dalam hati mengenai talak, hanya ada pergerakan dalam mulut sahaja. takkan laa saya tak dengar tapi jemaah sebelah saya boleh dengar. saya pun tak rasa saya ada bercakap. ke saya tidak perasan. bantu saya ustaz. saya sebenarnya pernah pergi ke mahkamah syariah untuk bicara macam-macam kes lintasan hati, alhamdulillah hakim cakap tak jatuh talak, tapi kali ni situasi lain pulak. pening dah saya ustaz. bantu saya. jatuh ke talak kalau macamni, perlu ke saya cari semula jemaah tu tanya dia saya ada cakap apa-apa, saya pun dah tak berapa ingat muka jemaah tu.
File Upload:
Salam

Usah bermain dan melayan dengan lintasan hati. Lagilah lintasan hati utk cerai.

Baiki diri anda, ubati penyakit bersarang dalam diri anda iaitu was was dan keraguan pd diri sendiri.

Talak tidak akan terjadi tanpa ada niat dan qasad utk cerai.

tk
Visitor IP: 210.195.148.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.