Monday, January 2, 2017

Soalan: mohon kepastian...

Nama*:Hamba allah
Tajuk*:mohon kepastian...
Message*:Asalammualaikum ustaz
Nak tanya sikit
Ada pendapat yg menyatakan apabila talak atau cerai yg diucapkan oleh suami yg bodoh@jahil yg tidak tahu pada konsekuensi hukum ucapan talak nya,maka talak tidak terjadi..
Ibnu Hazm dalam Maratibul Ijmak hlm.1/72 menyatakan ulama berbeza pendapat
Pendapat pertama talak terjadi
Pendapat kedua talak talak tidak terjadi
Pendapat ketiga talak terjadi secara hukum kecuali ada bukti atas tidak adanya maksud suami untuk bercerai maka dihukumi tidak terjadi talak
Betul ke ustaz ?
File Upload:
Salam

Jika kebodohannya itu kerana penyakit - seperti Down syndrome sbg contoh, mohon maaf- maka talaknya tidak terjadi.

Tetapi jika dia tahu dan boleh belajar, tetapi tidak tahu hukum, itu akan menjatuhkan talak kerana kejahilannya yg disengajakan. Sedangkan mahu memandu kereta perlu ada lesen, ada belajarnya. Inikan pula mahu nikah berkeluarga, masakan mungkin dia tidak tahu langsung soal nikah dan cerai.

Mungkin juga bagi muallaf (saudara baru) dimaafkan pada keterbatasan ilmu mereka yang baharu memeluk Islam...

Tk

Visitor IP: 203.106.148.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.