Thursday, November 10, 2016

Soalan: Lafaz cerai berbentuk kinayah

Nama*:SaidatulIma bt salehudin
Tajuk*:Lafaz cerai berbentuk kinayah
Message*:Assalammualaikum ustaz...
Saya ingin tanya satu soalan kepada ustaz...
Saya suka membaca dan mengkaji tentang bab talak semasa study di Universiti...
Semalam rakan saya ada tanya saya tentang lafaz kinayah . Saya tidak yakin utk menjawab persoalannya...
Mohon ustaz bagi penerangan...

Soalannya :

Isteri dan suami telah bergaduh..Dalam keadaan marah, suami telah lafaz
" pergi kemas barang2 kau dan berambus balik kampung, aku tak nak tengok muka kau lagi & jangan balik sini lagi"..

Setelah redha, isteri tak jadi berambus...suami dan isteri tu berbaik semula dengan serta merta TANPA SI ISTERI BERTANYA AKAN NIAT UCAPAN/LAFAZ SUAMI ITU..

Apakah hukumnya jika si isteri tidak bertanya kepada suami akan NIAT suami dlm lafaz kinayah?
Adakah pernikahannya still valid?
Apakah kesannya dlm pernikahan?

Mohon pencerahan dari Tuan Ustaz..
Terima kasih & semoga ustaz diberikan kesihatan yg baik...
File Upload:
Salam

Selagi tiada ungkapan talak, tidaklah terjadinya talak.

Dalam kes ini, jika suami diam sahaja, dan menerima isteri seperti biasa, tidaklah terjadinya talak sebab suami yang tahu sama ada dia menceraikan isterinya atau tidak...

tk atas doa..



Visitor IP: 203.106.158.182

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.