Sunday, November 6, 2016

Soalan: jatuh talak

Nama*:humairah
Tajuk*:jatuh talak
Message*:salam ustaz,

saya nk bertanya, baru-baru ini saya dan suami bergaduh. tahun lepas sy ada bergaduh dengan suami kerana dulu suami sy seorang penghisap syabu, saya pernah berkata sekiranya sy menjumpai peralatan syabu tersebut di dalam rumah, maka jatuh talak sy dan suami ketika itu mengiyakan kata-kata saya. namun baru-baru ini, ibu saya ada terjumpa perlatan syabu tersebut di dalam kereta dan memberikan kepada saya. persoalan sy di sini, adakah jatuh talak tersebut.
File Upload:
Salam

Jika suami mengiyakan cakapan isteri dengan maksud bersetuju untuk taklik, maka ia akan terjadilah taklik, Tapi kadang kala suami ni mengiyakan itu sekadar nak jawap cakap sahaja, tak nak gaduh dan dia tiada niat (maksud) untuk bertaklik, maka tidaklah ia terjadi taklik.

Sahkan dahulu perkara ini dengan suami.

JIka ia disahkan taklik, maka ia boleh menjatuhkan talak dengan sebab penemuan barangan berkenaan.

tk


Visitor IP: 210.19.60.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.