Monday, November 21, 2016

Soalan: Dihalau oleh suami

Nama*:Za muss
Tajuk*:Dihalau oleh suami
Message*:Assalamualaikum ustaz,saya ingin mendapat kepastian tentang Whatsapp
Chat yg suami sy berkomunikasi dengan saya..berlaku pertelingkahan Dan pergaduhan hanya dlm Whatsapp sahaja..dlm perbuatan tersebut..saya bergaduh Dan meminta cerai dengan suami saya,Dan suami pulak membalas seperti ini.
Adalah jatuh talak nya ustaz??
Suami : Xyah kau mintak cerai dengan aku.kau bla jer terus...aku pun da rimas sebenarnya dgn kau
Suami : Dah semak kepala aku
Suami: Makin hari makin menyampah
Suami: Dah xboleh bla
Suami: Ape lg,xreti2 lg ke.kau nk berceraikan
Suami: angkat beg,bla la dari rumah tu
Suami : Sekarang
Suami : Kau paham bahasa x
Suami: Sekarang
Suami: Sekarang
Suami: Sekarang
Suami:Sekarang

Bila saya Tanya betul Kew dia nak saya keluar rumah?
Dia jawap:kau yang nak minta cerai sangat kan,so tolong keluar sekarang.



Visitor IP: 113.210.194.52

Salam

Pada pendapat saya, suami dengan penuh kesedaran menghalau isteri sebagai memberi respon kepada permintaan cerai daripada isteri. Jika begitulah situasinya, ia telah menjatuhkan talak satu.

tk


Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.