Sunday, September 4, 2016

Soalan: Pengesahan Status Perkahwinan

Nama*:Haryana
Tajuk*:Pengesahan Status Perkahwinan
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya nak bertanya, selama ni saya tidak pernah bergaduh dengan suami atau melakukan perkara yang boleh menyebabkan satu perceraian. Cuma sikap dan tabiat suami saya yang suka menyembunyikan status diri apabila berminat dengan seseorang perempuan.

Baru2 ini saya dapat tahu suami ada hubungan sulit dengan seorang janda anak 2 dan menyebabkan saya tertekan dan bertanya dengan suami kenapa perlu bersikap demikian sekali lagi. Setelah diselidiki, rupa2nya suami memberitahu perempuan lain dan rakan-rakannya yang lain bahawa saya dengan suami telah bercerai lama sedangkan kami masih suami isteri yang sah.

Adakah niat suami untuk menyembunyikan status untuk mendapat perhatian seorang perempuan akan menyebabkan jatuh talak terhadap saya. Tolong bantu saya segera ustaz sebab saya dah merujuk dengan pihak agama berkaitan perkara ini.
File Upload:
Salam

Selagi tiada lafaz cerai yang terang dan jelas daripada suami, tiadalah terjadinya talak.

Pengkuan bujang drp suami tidaklah menjatuhkan talak... itu strategi lelaki nak menipu.. hehe..

tk

Visitor IP: 219.92.102.40

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.