Tuesday, August 23, 2016

Soalan: Taklik

Nama*:Pn Hanna
Tajuk*:Taklik
Message*:Salam ustaz,

Pada beberapa hari lepas, suami saya telah meminjam duit saya sebanyak RM 100 dan berjanji untuk membayar semula keesokannya. Oleh kerana bimbang hutang tersebut tak dibayar (sebelum2 ni suami slalu meminjam tapi tak pernah bayar balik), saya telah memaksa suami untuk ceraikan saya kalau gagal bayar pada hari keesokkannya tepat pkul 12 tgh hari. Suami pn bersetuju. pada keesokannya, suami telah menghubungi saya pada pkul 11 pg, mnyatakan dia tidak dapat sediakan duit tu pada pkul 12 , dan mintak saya bersetuju untuk izinkan dia tangguh bayar hutang tu pada malamnya. Adakah taklik boleh ditangguh? Adakah sah perceraian kami?
File Upload:
Salam..

Bagusnya macam tu.. Tak baik tu.. Tak baik bila isteri atau suami dalam apa keadaan sekalipun nak gadaikan ikatan nikah.. Usah disebut seperti itu lagi.

Ia tidaklah menjatuhkan talak kerana persetujuan itu dicapai sebelum tempoh ditetapkan.

Selepas ni jangan buat macam ni  lagi..

tk


Visitor IP: 60.50.49.101

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.