Wednesday, August 3, 2016

Soalan: minta nasihat

Nama*:insan bermasalah
Tajuk*:minta nasihat
Message*:assalam,ustaz,apakah cara untuk melawan was-was setelah melakukan sesuatu ibadah? contohnya ketika mandi hadas. setelah mandi mcm2 perasaan yang timbul seperti air tidak kena dibahagian berkenaan dan kadang kala merasakan seperti mandi tidak sah. apakah cara nak lawan was-was seperti itu? ustaz,kalau saya teruskan saja pergi ke masjid/surau dan solat sje seperti biasa dan tidak peduli pun dengan perasaan kata mandi tidak sah lah apa lah dan sebagainya. adakah itu caranya yang betul? dan jangan sesekali ulangi mandi wajib yang sudah pun dilakukan? tidak kiralah nak berulang niat dimulut berapa puluh kali pun sah tetap sah dan jangan dilayan dan teruskan bersolat seperti biasa??
File Upload:
Salam

Tahniah.. lawanlah was-was tu..

mandi dah sah, terus sahaja solat.. abaikan was-was.. jangan dilayan. lagi layan lagi menjadi..

Banyakkan istighfar dan zikir.. yakinlah pada diri sendiri yakin dengan ilmu yang ada untuk lebih mudah nak hidup.. Perhatikan orang lain senang je nak mandi, senang je nak solat, kenapa kita menjadi susah..

ok.. selamat berubah.. must be strong..

tk

Visitor IP: 183.171.24.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.