Monday, August 1, 2016

Soalan: Lafaz cerai seorang diri kerana marah

Nama*:mustafar
Tajuk*:Lafaz cerai seorang diri kerana marah
Message*:Assalamualaikum Ustaz

Saya ingin bertanya. Beberapa hari lepas berlaku perselisihan dengan isteri. Oleh kerana terlalu tertekan saya keluar rumah dengan menaiki kereta. Sambil memandu kereta merungut dan menjerit seorang diri. Kerana terlalu tertekan saya tercakap "aku ceraikan" shj. Tiada perkataan 'isteriku' atau 'engkau' yang ditujukan kepada isteri. Tetapi pada masa itu memang saya sedang tertekan dengan isteri saya. Saya tercakap itu secara tidak sengaja dan sebenarnya saya tiada niat untuk bercerai. Tetapi kerana tertekan perasaan sahaja. Mohon ustaz beri penjelasan pada saya
File Upload:
Salam

Ia boleh menjatuhkan talak ke atas isteri.. Walaupun tiada perkataan ISTERI, tapi sudah difahami isterilah yang hendak diceraikan..

Kawallah perasaan dan ingat sebagai suami, tak boleh sama sekali gunakan perkataan cerai talak ect.. takut terjatuh talaknya..

*Saya mohon saudara rujuk kepada pendapat orang lain, ataupun rujuk ke Pejabat Agama bagi kes ini... mohon maaf.

tk

Visitor IP: 103.18.93.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.