Nama*: | Hamba Allah |
Tajuk*: | Adakah wujud istilah "perbuatan kinayah" |
Message*: | Assalamualaikum ustaz.. Saya ada sedikit kemusykilan..adakah wujud istilah 'perbuatan kinayah' dalam hal penceraian. Contohnya..Si suami BERTAKLIK DALAM HATI dan mewakilkan taklik tersebut dengan sesuatu perbuatan atau isyarat. Sebagai contoh, ketika si suami menggerakkan lidah ke atas menyentuh lelangit dalam mulut, dia pun bertaklik dalam hati "Kalau aku tak pergi jumpa sahabat lama aku ni untuk mintak maaf, maka jatuh talak ke atas isteri aku" ...dalam masa yg sama si suami mewakilkan TAKLIK DALAM HATI tadi dengan perbuatan / isyarat menggerakkan lidah ke atas menyentuh lelangit tadi. Di pendekkan cerita kerana takut talak jatuh si suami pergi mencari dan ingin berjumpa dengan sahabat lamanya itu untuk meminta maaf. Malangnya sahabat lamanya itu telah meninggal dunia. Soalan saya adakah sah taklik tersebut sah dan adakah jatuh talak ke atas isteri untuk kes seperti ini? |
File Upload: |
Taklik tak boleh main dalam hati sahaja. Manalah isteri awak tahu yang awak ada taklik...
Visitor IP: 118.101.69.100
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.