Monday, May 9, 2016

Soalan: pencerahan kes perceraian yang lama

Nama*:Habsah binti Hasim
Tajuk*:pencerahan kes perceraian yang lama
Message*:Assalamualaikum
saya inginkan penjelasan dari uztaz iaitu suami saya telah melafazkan cerai sebanyak 3 kali yang berlaku di tahun yang berlainan.
1.tahun 1994.bertulis'SEKARANG AKU CERAIKAN KAU"
2.Tahun 1996 bercakap "AKU CERAIKAN KAN KAU "
3.TAHUN 2006 bercakap 'KALO ITU YANG KAU HENDAK AKU CERAIKAN HANG"
buat pengetahuan ustaz saya tidak pernah pergi mana mana mahkamah untuk membuat rujukan.
atas sebab saya memerlukan wang untuk menyara 2 anak saya yang masih kecil dan bersekolah sehingga anak saya ke kolej .sehingga kini saya masih serumah dengan suami...
soalan saya apakah yang harus saya lakukan .
File Upload:
Salam

Puan, laaz cerai yang pertama adalah sah, dan jatuhlah talak satu.

JIka suami rujuk dalam tempoh edah, maka puan akan kembali menjadi isterinya yang sah. Suami boleh sahaja merujuk dengan ajakan, jom kita balik semula dsb..... Sesetengah pendapat mengatakan, ajakan bersetubuh juga boleh dikira rujuk, walaupun saya kurang setuju dengan pendapat ini..

Cerai kali kedua juga jatuh.. kalau ikutkan kronologinya, ia jadilah talak yang ke dua. Sekali lagi suami perlu rujuk...

dan cerai yang ke tiga tidak jatuh jika kehendak isteri tidak sama dengan kehendak suami (untuk diceraikan).

Elok perkara ini di bawa ke tengah bagi tujuan pencerahan...

tk

Visitor IP: 175.137.237.189

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.