Sunday, May 8, 2016

Soalan: Hukum suami isteri semasa dalam Iddah

Nama*:Hafiz
Tajuk*:Hukum suami isteri semasa dalam Iddah
Message*:Saya ingin tahu bagaimanakah cara untuk merujuk isteri? Adakah caranya dengan melafazkan "saya rujuk kamu" sudah cukup untuk kembalikan kita bersama. Atau cara merujuk harus disaksikan oleh 2 orang wali di depan kahdi?

Soalan kedua,
Ketika dalam iddah, haruskah isteri saya menyediakan makan untuk saya dan apakah dosa bagi saya untuk melihat aurat isteri?
Kami masih lagi tinggal bersama tapi berasingan.

Dan yang terakhir, semasa dalam iddah haruskah isteri saya meminta izin dengan saya bila dia mahu keluar. Ape hukum jika dia keluar tanpa meminta izin? Kerana pada pandangan dia kita sudah bercerai dan saya takde hak untuk kongkong dia.

Harap ustaz dapat beri penjelasan.

Terima kasih,
Hamba Allah dari Singapura
File Upload:
Salam

Rujuk cukup denan ajakan suami untuk kembali bersatu sebagai suami isteri. Boleh digunakan 'jom kita berbaik semula' dsb.. Ia tidak perlu saksi dan tidak pula perlukan persetujuan isteri.

Dalam tempoh edah, suami wajib menyara isteri dan isteri boleh tinggal dalam rumah suami. Aurat boleh dilihat sewajarnya sahaja..

Soal minta izin, saya tak pasti hukumnya.. mohon penjelasan drp ustaz lain..

tk



Visitor IP: 175.156.108.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.