Tuesday, May 31, 2016

Soalan: Soal jatuh ke talak

Nama*:Hana Medina
Tajuk*:Soal jatuh ke talak
Message*:Assalamu'alaikum.. Saya ingin tahu bahawa jatuh kah talak itu jika suami menceritakan kepada kawan kalau dalam context tulisan ataupun dalam lafas, bahawanya dia "ada la duda sudah bercerai selama 3 tahun sekarang sedang process rujuk dengan isteri" . Padahal itu semua adalah cerita rekaan sahaja saya pun hanya tahu apabila diberitahu seseorang itu. Saya dengar orang kata jatuh tapi saya mahukan kepastian kalau tak selama setahun lebih ni kami berzina dirumah sendiri.
File Upload:
Salam

Pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada ditujukan talak kepada isterinya secara nyata.

tk

Visitor IP: 116.87.25.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 30, 2016

Soalan: niat ulang2 dan was-was

Nama*:nurul fatiha adhwa
Tajuk*:niat ulang2 dan was-was
Message*:saya berumur 16 tahun.saya nak bertanya apabila saya selesai mandi wajib,tiba2 kan saya rasa seperti ada yang tak sempurna pada bahagian niat.adakah itu hanya mainan iblis untuk was2? perlu ke saya ni mandi semula? masa mandi jugak saya sering niat berulang kali niat mandi wajib supaya saya fokus dan yakin,maksudnya mula2 niat mestilah di dalam hati.kemudian masa nak gosok bhgian2 anggota an sambil itu saya sebut niat mandi wajib tu dengan lafaz dimulut.ADAKAH SAH mandi saya?mohon ustz bantu saya segera masalah ini ye secepat mungkin..
File Upload:
Salam

Usia masih muda, kenapa terperangkap dengan was-was..

Islam itu mudah, yang menyusahkan diri sendiri...

Mandi wajib cukup senang, mulakan dengan niat dan ratakan air ke seluruh tubuh.. Jika ada najis basuhkan... dah siap ...

tk

Visitor IP: 183.171.171.26

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perasaaan was-was

Nama*:sobirin salleh
Tajuk*:Perasaaan was-was
Message*:ustaz kawan saya mnta tanyakan,dia sudah mandi wajib pada hari semalamnya.kemudian hari esoknya tiba-tiba dia terasa seperti mandi wajibnya tidak sah seperti merasakan dia telah berniat sebelum air smpai ke badan.adakah itu was-was syaitan? saya nasihatkan dia agar jangan dilayan.adakah itu mmg was-was syaitan dan adakah dia boleh solat seperti biasa dan tidak memperdulikan perasaan itu?
File Upload:
Salam

minta dia belajar balik bab mandi wajib.. Asalkan ada ilmu, ada info.. maka dia lebih yakin.. kalau tak ada ilmu, sbb tu dimainkan syaitan.

tk

Visitor IP: 183.171.23.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mazi atau mani

Nama*:ahmad rafidi ishak
Tajuk*:mazi atau mani
Message*:ustaz.selepas kita tgk video lucah atau yang ghairah2,kemudian ada air warna jernih,bertali,kurang berbau.air apakah itu?saya hanya basuh saja dan teruskan solat seperti biasa.adakah itu mazi?
File Upload:
Salam

Dosa tau tengok video lucah..

air mazi tu.. jernih...

Visitor IP: 183.171.23.111

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 29, 2016

Soalan: niat mandi

Nama*:nurul aina
Tajuk*:niat mandi
Message*:assalam jika saya mandi wajib gunakan shower dgn cara berdiri dulu dibawah shower itu kemudian baru berniat dlm hati adakah sah.contohnya,saya berdiri dibawah air shower itu dulu kemudian berasa air jatuh dikepala baru saya hadirkan niat.adakah sah mandinya? TK
File Upload:
Salam

Yang penting ada niat dan air merata ke seluruh tubuh.. cara macam mana nak mandi, terpulanglah..

Nak terjun sungai ke, nak terjun telaga ke, nak pancut air ke...op.. sorry
tk

Visitor IP: 183.171.169.64

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum jatuh talak @ tidak

Nama*:mdm rose
Tajuk*:hukum jatuh talak @ tidak
Message*:bertengkar dgn suami...suami ckp sy ppuan perangai jahat..suami ckp "x nak dgn awk...x nak dah dgn awk"...

jatuh x talak?
File Upload:
Salam

Jika suami berniat, bermaksud cerai, akan terjadilah talak.. jika dia tak bermaksud cerai.. masih selamat sbg suami isteri. kena pastikan drp suami..

tk

Visitor IP: 175.145.106.99

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was was

Nama*:farah
Tajuk*:was was
Message*:Assalamualaikum.
Soalan 1.pada satu hr, suami bergurau dengan menyatakan dia teruna tanpa niat lain.adakah jatuh talak?

Soalan 2.

Pd satu hr kami bergaduh berkaitan dengan permasalahan lafaz kinayah.kerana sebelum itu,sy ada bertanya/berbual pd suami hal berkaitan yang boleh membawa lafaz kinayah.suami tidak berfikiran begitu tetapi sy shj yg berfikiran negatif.sy bertanya pd suami berkaitan hal tersebut.kami bertengkar.suami pn, berdialog, 'nak sy fikir macam tu,cakap'.adakah jatuh talak,ustaz?
File Upload:
Salam

1. Suami tidak sebut pun talak, so tak lah jatuh talak..

2. Tak jatuh talak...

Isteri tak perlu layan perasaan was-was tu.. bahaya.. dah tau pun suami tidak suka bincang bab tu, kenapa nak bergaduh juga.. udah la tu.. fikirkan yg lebih positif utk kebahagiaan rumah tangga...

tk

Visitor IP: 118.101.188.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was was

Nama*:Muhammad
Tajuk*:Was was
Message*:Salam ustaz..ada beberapa soalan sy yang masih bermain di fikiran..maaf kerana menghantar bnyk kali kerana sy bimbang situasi akan berubah
1.ketika dlm perjalanan mengambil isteri di tempt kerja, terdapat lintasan2 dan bisikan lafaz cerai..ketika itu suami beristighfar dan melawan tetapi masih ada lintasan2 tetapi diabaikan..ketika smpai di tempat kerja isteri, didapati isterinya masih belum keluar..suami menghantar sms berbunyi "janji pkul 8 tapi tak keluar lg" kemudian isteri membalas "sy tido sini jela..awk pegi la blk" suami membalas "ok" tetapi dlm fikirannya ketika itu 'betul ke die nak tidur sini? Betul ke taknak blk?' Dan seingt suami tiada niat menceraikan isteri ketika itu tetapi selepas beberapa ketika..ada bisikan dan lintasan mengatakan 'kau ada niat semasa balas ok' sbb sebelum itu ada lintasan2 lafaz cerai dalam fikiran..ketika itu suami menjadi was was tetapi dlm hatinya memang mengatakan dia tiada niat..adakah 'ok' itu dikira jatuh talak ustaz walaupun suami ada sedikit keyakinan dan ada juga was was?
2. Adakah jika terlintas difikiran 'esk awk kene pegi sana..kalau x pergi kene inform org sane' tiba2 ayat lain yg keluar difikiran "kalau x pergi ce..." Adakah itu dikira taklik dan boleh menjatuhkn talak jika tidak dilakukan?.
3.adakah soalan2 atau pertanyaan yang kita baca atau tulis dengan jelas menjatuhkan talak sedangkan niat kita hanya ingin bertanya?
maaf ustaz..sy ada mslh was was dan selalu diganggu lintasan serta bisikan..Allah..terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Penyakit utama saudara ialah was-was.. suka melayan fikiran negatif.. suka kaitkan semua benda dengan cerai dan talak.. itu bahaya dan itulah penyakitnya..

Ubah dan ubati penyakit ini..

Ia tidak jatuh talak selagi tiada lafaz yang jelas disebut..

tk

Visitor IP: 113.210.193.252

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mandi janabah

Nama*:fakhrul azhari bin dahari
Tajuk*:mandi janabah
Message*:ustaz,adakah sah mandi wajib saya jika saya lakukan demikian;
semasa air smpai ke anggota badan memang saya sudah niat dalam hati,kemudian mula saja nak basuh bhgian2 anggota badan seperti tangan rambut dan laen2 itu sambil gosok2 saya niat dgn lafaz dimulut 'aku mandi wajib kerana allah'..sbb saya ini jnis was-was,jadi dengan cara itu mudahkan saya nak mandi wajib dengan yakin.jika saya lakukan demikian adakah mandi wajib saya itu sah dan sempurna? tapi masa air mula sampai ke anggota itu saya ikut rukun iaitu niat dalam hati.masa nk mula gosok bhgian anggota2 tu sambil ratakan air sambil saya sebut dimulut dgn lafaz 'aku mandi wajib kerana allah'..setiap anggota yg saya gosok saya sebut dimulut..sah mandi wajib saya ustaz? jika lakukan demikian saya dpt melawan was2 itu..
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya..

Yang penting ada niat dan meratakan air ke suluruh anggota.

Hentikan penyakit was-was tu.. usah dilayan lagi.. lagi menyusahkan hidup saudara..

tk

Visitor IP: 183.171.168.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 28, 2016

Soalan: gangguan dlm hadas

Nama*:ahmad fatihi aziz
Tajuk*:gangguan dlm hadas
Message*:salam ustaz,jika seorang itu tau yang keluar memang air mazi,tetapi ade satu perasaan yg menganggu dlm fikiran yg menyatakan air itu adalah mani dan berhadas besar.sehinggakan perasaan ni benar2 ganggu ketika hendak solat.jika saya tidak ambil peduli dan buat sje solat mcm biasa adakah boleh ustaz? kemungkinan sperti gangguan untuk mewas-waskan saya..adakah benar perbuatan sye itu hanya biarkan saja dan tidak memperdulikan semua itu? dan jika seorng itu tahan air mani daripada keluar semasa kemuncak syahwat,selepas itu ada air yg saya lihat warna jernih,berbau hanyir sedikit.adakah itu mazi?atau mani? setahu saya mani tidak bersifat jernih.bantu saya ustaz😭
File Upload:


Visitor IP: 183.171.24.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 27, 2016

Soalan: air mazi dan mani

Nama*:muhd hannan abdullah
Tajuk*:air mazi dan mani
Message*:maaf ustz jika soalan ni pelik sikit,tapi untuk pengetahuan yg pnting untuk saya..soalan dia kalau orang itu melakukan onani,kemudian rasa kemuncak dan rasa seperti air mani hampir keluar,tapi dia tahan daripada air itu keluar,kemudian selepas tahan itu..keluar pula air yang berciri warna jernih,berbau hanyir sedikit,bertali..adakah itu mazi atau pun mani? setahu saya air mani memang tidak bewarna jernih..jika jernih biasanya air mazi dan kurang berbau iaitu hanya berbau hnyir sedikit saja.apakah ia ustz? betul ke air itu memang mazi yg keluar itu? seperti ciri yang saya beritahu itu..saya truskan saja solat seperti biasa tetapi saya mahukan juga jawapan kepada soalan saya diatas itu tadi..mohon ustaz bantu..tk
File Upload:
Salam

Air mazi warnanya jernih. Air mani warnanya putih macam putih telur.. So, kalau air mazi yang keluar, basuh dan berwuduk utk solat..

Kalau dah keluar mani, kenalah mandi hadas besar.

Tak baik dan tak elok utk kesihatan beronani.. hentikan..
tk

Visitor IP: 183.171.171.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was

Nama*:nazmil hadhari
Tajuk*:was-was
Message*:jika saya ni was2 sama ada keluar mani atau pun tak,saya teruskan saja solat tanpa pedulikan was2 itu.adakah betul tindakan saya itu.jika air itu bewarna jernih dan bertali,air mani atau mazi? benarkah air mazi dikemuncak syahwat mengandungi mani/sperma? perlukah mandi wajib jika air mazi itu keluar dikemuncak syahwat atau basuh sje cucikan?
File Upload:
Salam

Jika airnya putih spt telur, ia air mani, kenalah mandi wajib.

Jika jernih itu air mazi, tak perlu mandi.. memadai dengan basuh dan berwuduk

tk
Visitor IP: 183.171.171.120

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: berapa talak yang telah jatuh

Nama*:nadia
Tajuk*:berapa talak yang telah jatuh
Message*:pada 30 apr saya telah bertengkar dengan suami dan suami melafazkan cerai pada saya. namun selepas itu kami berbaik tanpa merujuk kepada pejabat agama bagi kes cerai tersebut. namun pada 20 mei sekali lagi berlaku pergaduhan dan saya bertindak di luar kawalan telah memukul suami dan akhirnya suami melafazkan lagi perkataan aku cerai ko. bila ditanya apakah dia benar ingin ceraikan saya, dia menjawab dia hanya ingin mengelakkan dirinya terus disakiti semasa melafazkan cerai itu. jadi berapakah talak yang telah jatuh pada saya?
File Upload:
Salam

Cerai kali pertama dikatakan sah dan jatuh talak satu..

Suami merujuk..

Selepas itu suami sebut lagi aku cerai ko.. maka jatuhlah talak ke dua..

dah dua talak..

tk

Visitor IP: 121.120.86.245

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 25, 2016

Soalan: Lintasan hati.

Nama*:Ika
Tajuk*:Lintasan hati.
Message*:Salaam ustaz. Jatuh ke talak jika saya (isteri) jika bergaduh dgn suami seeing timbul perasaan lintasan hati sebegini, tapi tidak lafaz. Hanya sekadar tersekat didalam hati. "Kalau die (suami) marah aku lepasni, jatuh talak kat aku."

Sesekali ada juga lintasan hati yg datang seperti, "kalau aku tak ganti puasa esok, jatuh talak."

Sy ada membaca entry ustaz yg sebelum ni, tak jatuh talak jika sekadar lintasan hati. Dan talak itu juga hak suami. Soalan saya ustaz, boleh jatuh talak ke dgn lintasan hati sebegini? Suami tak mengetahui tentang masalah sy ni. Sy was was jugak.

Jatuh ke?
File Upload:
Salam

Hak talak letaknya pada suami. Jika isteri yang melafazkan talak atau cerai kepada suaminya, ia tidak sah dan tidak valid.

Lintasan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak jika ia terjadi ke atas suami.. Tapi kalau isteri yg berangan nak ceraikan suaminya, beranganlah banyak-banyak.. ia tak akan jatuh talak..

hehe...

Visitor IP: 115.164.82.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 24, 2016

Soalan: baca al-quran

Nama*:embong
Tajuk*:baca al-quran
Message*:assalamualaikum ustaz. saya tengah mengaji surah al-baqarah. pada ayat ke 205 tu saya ulang-ulang 2-3 kali bacaan sbb nak uji bunyi,
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ"
[Al-Baqarah:205], pada ayat 'waiza tawala' tu saya duduk ulang bacaan tu, kemudian datang lintasan penceraian, niat sy pada mulanya saja nak uji perkataan tawala tu, bile datang lintasan penceraian kat ayat 'tawala' tu sy terus jd berdebar-debar, sy cek maksud 'tawala' adalah "dia berpaling", saya xtau pon maksudnye, niat awal sy ulang-ulang bacaan 'waiza tawala' tu nak uji bacaan tp datang pulak lintasan penceraian, dalam situasi ni boleh ke jatuh talak. mohon penjelasan ustaz. bantu saya ye ustaz. terima kasih
File Upload:
Salam

Lintasan sepeti itu tidaklah menjatuhkan talak..

Sebaiknya bila dibaca al-quran, kita fokus pada apa yang Allah nak sampaikan kepada kita.. tak nak lah pula pikiaq ttg cerai..hehe..

mohon doakan kpd saya juga.. aminnnn..

Visitor IP: 115.133.41.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Khufu' / Fasakh

Nama*:Siti
Tajuk*:Khufu' / Fasakh
Message*:Assalamualaikum,

Saya ada beberapa persoalan:
1) Bolehkah seorang isteri menuntut cerai khulu' / fasakh kerana tidak mencintai suami lagi dan khuatir berbuat khianat padanya . Isteri tidak dapat menjalankan hak-hak suami dengan baik (batin) dan tidak mampu melayani suami dengan baik.

2) Jika boleh , isteri harus menfailkan cerai khulu' atau fasakh?

Terima Kasih
File Upload:
Salam

Jika benar isteri sudah tidak upaya lagi, tiada hati langsung lagi kepada suami, isteri boleh memohon cerai - tebus talak- kepada pihak hakim/ mahkamah.

CUmanya, kenalah pastikan alasan yang benar dan konkrit, kerana cerai itu tak elok dibuat..

tk

Visitor IP: 115.164.191.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 22, 2016

Soalan: berdoa

Nama*:najmi
Tajuk*:berdoa
Message*:assalamualaikum ustaz. saya nak tanya sekali lagi. ketika saya berdoa pada waktu subuh. saya ingin berdoa supaya tidak berlaku berita buruk pada masa perbicaraan pengesahan lafaz yang akan berjalan pada 31 mei ini, semasa saya berdoa itu kalau tidak silap doa yang saya cakap "semoga perkara tidak buruk berlaku", saya terdiam sekejap untuk memastikan apa yang saya doakan itu adalah betul,oleh sebab saya jadi berdebar-debar terus saya baca doa baru " semoga perkara buruk tidak berlaku" kemudian saya berhenti berdoa, saya memikirkan kembali adakah saya sebut begini "semoga perkara tidak buruk tidak berlaku" , saya jadi musykil yang mana satu saya doakan. niat untuk bercerai tidak ada pun kerana saya berdoa untuk kebaikan bukan untuk keburukan. saya bertambah jadi keliru bila saya asyik memikirkan hingga terbawa-bawa ke solat jumaat di mana saya keliru ayat mana yang saya doakan, samada "semoga perkara tidak baik berlaku" , "semoga perkara buruk berlaku", " semoga perkara tidak baik tidak berlaku". saya keliru, saya berdoa untuk kebaikan, saya ceritakan kepada isteri, isteri bagitahu jangan fikirkan sangat. saya jadi fobia nak berdoa. boleh jatuh talak ke dalam situasi yang saya ceritakan seperti di atas? terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Doa yang baik tidaklah perlu dikaitkan dengan benda yang negatif pula..

Banyakkan istighfar dan tulus hati kita kpd Allah.. Insya-Allah DIA membantu hamba-Nya

tk

Visitor IP: 115.133.41.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:ayu
Tajuk*:talak
Message*:salam... saya nak tanya jatuh ke talak jika suami sebut:
KALAU NAK BERCERAI CERAI LAH KAU PERGI RUMAH MAK KAU AKU DAH TAK NAK DEKAT KAU LAGI
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, secara zahirnya ia tidak menjatuhkan talak kerana suami masih ada pertimbangan hendak cerai atau tidak dengan adanya kalimah KALAU...

Kecualilah jika suami memang memasang niat (dengan tujuan dan qasad) cerai pada ketika dilafazkan, ia boleh menjatuhkan talak. Bab ni, kena pastikan dengan suami.

tk

Visitor IP: 123.136.111.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan hati

Nama*:matlan
Tajuk*:lintasan hati
Message*:assalamualaikum ustaz. nak tanya. semasa saya amik wudhu datang lintasan hati mengenai cerai yg menyebut "aku talak isteri talak 3", saya tiada niat tp lintasan itu hadir, semasa saya amik wudhu tu saya biasa mengira jumlah bilangan. lintasan yg dtg tu pulak kena pada bilangan ketiga iaitu perkataan 'talak 3' tu kena pada bilangan yg sy sebut nombor 3 masa kira amik wudhu tu. tp bunyi yg keluar xjelas sebutan nombor 3 tu. hanya bunyi macam angin gitu dalam mulut, 'khhhh' gtu. kirenya sebutan nombor 3 saya tak sempurna pun. macamane ustaz? lafaz xde pon. saya selalu kena ganggu dgn lintasan. kalini dtg yg mcmani pulak.mohon bantuan dan penjelasan ustaz. terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam

Saudaraku, banyakkan istighfar dan taubat.. usah dilayan dengan lintasan hati seperti itu. Ia memudaratkan kehidupan dan syariat saudara sendiri.

Tak perlulah semua benda hendak dihubungkan dengan talak dan cerai. Kenapa nak susahkan hidup, sedangkan Islam itu agama yang mudah dan serasi dengan keperluan manusia..

Pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak.

tk

Visitor IP: 115.164.86.191

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keraguan

Nama*:alhakimi
Tajuk*:keraguan
Message*:ustaz,jika timbul keraguan sama ada kita ni berhadas besar atau tidak,perlukah kita layan? atau teruskan saja tunaikan solat seperti biasa.sebab ada dalam artikel mengatakan jika timbul keraguan sama ada berhadas atau tidak,tidak perlu layan atau tidak perlu mandi wajib.sebaliknya perlu mandi wajib bila keyakinan itu sudah nmpk dgn mata sendiri..contohnya kita perasan dan mmg jelas tanda2 air mani yang keluar.seperti masalah saya ini,bermain difikran sama ada berhadas atau tidak tapi setahu saya jika sekadar ada kesan sperti tompok2 tapi tidak ada rasa dengan rangsangan syahwat itu belum cukup mmbuktikan itu air mani..jadi adakah benar ustaz tidak perlu dilayani keraguan itu semua dan teruskan solat seperti biasa?
File Upload:
Salam

Jika tidak pasti berhadas besar atau tidak, maka kembali kepada ASALnya, iaitu pada ASALnya kita tidak berhadas.. Usah dilayan keraguan yg timbul. Fokus kepada solat.

tk

Visitor IP: 183.171.17.202

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 20, 2016

Soalan: keliru

Nama*:insan17
Tajuk*:keliru
Message*:assalam..boleh ustaz trgkan..beza warna air mani dan warna air mazi?bagaimana hndak kenalpasti ciri tersebut? sye juga ada trbaca diblog..seseorang itu melakukan onani tetapi air yang keluar itu berwarna jernih,kurang berbau dan nipis..adakah itu contoh ciri air mazi..sye masih keliru..wsalam
File Upload:
Salam

Air mani berwarna putih, seperti putih telur. air mazi jernih...

Tapi kalau dah kemuncak, air mani akan keluar dan kenalah mandi..kalau belum kemuncak lagi tu, biasanya air mazi. Air mazi memadai dengan basuhan sahaja.

tk

Visitor IP: 183.171.171.139

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Kinayah Lagu

Nama*:Azhar
Tajuk*:Lafaz Kinayah Lagu
Message*:Assalamualaikum wbt... Ustaz maaf ggu... Sy ada sdikit persoalan nk diutarakan berkenaan lafaz kinayah. Sy nie keja di pulau, smasa naik feri, sy slalu dgr mp3... Jd msa tgh dgr mp3 tue tetiba ada lagu new boyz hiasan di laman rindu... Sy pun nyanyi la... Niat hati nk berhibur ja memandgkn feri ambil msa 2 jam nk tba ke pulau... Ada 1 part lagu tue "peritnya kurasakan perpisahan" tba2 hti sy terniat c---i... Adakah jatuh talak? Skrg sy jd btol2 runsing... Adakah lirik lagu tersbut bleh diterima sbg lafaz kinayah? Msa nyanyi slow2 tue sy xdepun pkir @ terniat nk berc----i cma kt part tue ja tetiba ia dtg niat gtue pastue hlg... Sy rsa itu cma lintasan hati... Sbb sy mmg mgalami masalah was was yg sgt kronik terutama skali bab talak...
File Upload:
Salam

Jika dengar lagu, ia hanyalah lagu.. tak perlulah dikaitkan dengan cerai.. jika timbul lintasan cerai, cepat-cepat nafikan sebab ia bisikan syaitan nak rosakkan manusia.

Kan dah susah, nak dengar lagu pun tak senang... so, lain kali usah dikaitkan semua perkara dengan cerai..

ok.. tk

Visitor IP: 183.171.25.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talk 3

Nama*:Armi
Tajuk*:Talak 3
Message*:Situasi Suami :
- Hilang pekerjaan
- Tidak Mampu membayar sewa rumah(Menetap Di Nilai Rumah Teman)

Keadaan Istri :
- Hamil 3 bulan
- Tidak Bekerja

Kesimpulan :
Secara Financial kurang baik.

Kejadian :
- Memujuk Isteri untuk pulang ke pangkuan suami dirumah Nilai.
- Isteri awalnya setuju. Tapi setelah seminggu menumpang dirumah Mertua, ditanyakan untuk pulang ke rumah nilai(dalam keadaan suami demam) malah tidak mahu dengan alasan jauh dari org tua, panas dan sebagainya.

Dalam perbualan melalui whatsapp terjadi pertelingkahan :
- Suami dengan kata kata kesat kesan daripada provokasi istri.
- Suami tidak dapat memahami keadaan isteri disebabkan keadaan demam, stress financial, masalah peribadi dan sebagainya.

Keluarlah sebutan seperti :
- "If you tell your parents Jatuh Talak 3" - dalam keadaan marah, bergetar dan berniat untuk berbuat apa yang boleh menyakitkan hati istrinya.
- Isteri bertindak memberitahu keadaan suami kepada org tuanya
- Keduanya dal am keadaan benar benar hilang akal hanya mengeluarkan kata kata yang bleh menyakitkan hate masing masing.

Justru itu, bapa nya bertindak meWhatsapp suami untuk sabar dan harus refer ke jais untuk pengesahan talak.

Hasil dari consultation Jais :
Jatuh Talak 3 dan harus fail kes untuk pengesahan.

Dalam keadaan seperti diatas, apakah masih jatuh Talak?
Isteri dan suami masih ingin bersama...

Mohon penjelasan.
File Upload:
Salam

PErkara seperti ini perlulah dirujuk kepada pihak berwajib; mahkamah dan pejabat agama. Jika keputusan mahkamah mengatakan ia jatuh talak tiga, maka kenalah reda.

Cuma suami isteri kenalah jelaskan betul-betul apa yang terjadi, agar keputusan mahkamah adalah tepat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

tk


Visitor IP: 61.6.64.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, May 19, 2016

Soalan: Ingin tahu

Nama*:Muhammad
Tajuk*:Ingin tahu
Message*:Assalammualaikum ustaz..sy ada 1 kemusykilan bekaitan talak..contohnya
Dalam pertengkaran suami isteri:
Isteri : abg pergi la balik..sy duduk sini je..
Suami : ok ( dalam hati berniat aku ceraikan engkau)..
Adakah dikira jatuh talak kerana dalam perbualan tiada lafaz talak dan isteri cuma fikirkan itu cuma jawapan kepada apa yg diucapkan..terima kasih ustaz..
File Upload:
Salam

Jika suami sebut OK itu dengan pasti ia membawa niat untuk cerai, maka jatuhlah talak berkenaan dengan talak satu.

Berhati-hati dengan niat talak yang tertanam di dalam hati..

tk

Visitor IP: 113.210.197.153

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Nafkah Isteri & Anak2

Nama*:Farah Fadzil
Tajuk*:Nafkah Isteri & Anak2
Message*:Assalamualaikum ustaz..Saya menghadapi masalah rumahtangga yang melibatkan isu nafkah isteri serta anak-anak..Suami saya seorang duda anak seorang sblm berkahwin dgn saya.Suami sy seorang yg sgt berkira apabila melibatkn wang ringgit utk keperluan sy serta anak2.Dia sering mengabaikan tggjwb sy anak beranak dan hanya mementingkan anak hasil perkahwinan terdahulu bersama seorg pmpn cina.Oleh kerana isu agama suami sy dpt hak penjagaan anak pmpn cina tersebut.Pmpn cina tue nusyuz.Suami sy lgsg tdk meminta meminta keizinan utk menjaga anak pmpn cina tersebut.Dia hanya memberikn alasan anaknya hanya duduk smtra bersama kami.Dlu sy bekerja seorg wanita bekerjaya tpi disebabkn oleh sy diberhentikn kerja kerana sykt yg sy bekerja telah ditamatkn kontrak bagi slh satu projek kerajaan.Semasa sy bekerja sy tanggung semua perbelanjaan seisi rumah tetapi bila sy tdk bekerja sy hanya ada bbrp pendptn sampingan lain.Bila sy tdk bekerja sy dilyn mcm smph.Sy biasa dimaki hamun dgn perkataan pmpn gila, da nak mampus sgt ker??Sy sering luahkn isi hati dgn suami sbb ketidakpuasan serta ketidakadilan kerana di rumah tiada mkn minum smpi kami anak beranak kelaparan..Sy bbrp kali keluar ke rumah ibu sy sbb kelaparan tiada mknan dan minuman di rumah.Dia biasa melafazkan dpn ibu sy dan kembar sy yg sekiranya sy keluar umah tanpa izinnya sy nusyuz bbrp kali..takkn sy anak beranak nk mati kelaparan di rumah.Utk pengetahuan ustaz, suami sy bekerja sebgi seorg pegawai di slh sebuah kilang simen di sg buloh dan bergaji rm5,500 sebln tdk termsk ot dan elaun2 lain.Suami sy jenis yg ptgkn diri sendiri serta kebendaan..Dia lbh pthkn beli ipad, kamera dslr, trip memancing dgn kwn2,raket badminton yg berjenama.Sya juga mempunyai bukti email yang suami sy aktif di media sosial n terdpt email dr pmpn2 yg memberikn hp no mereka, perkataan one night stand, perkataan lucah spt nice pussy pn ada.Dia juga menggunakan nama samaran cina.Bila sy bangkitkn isu ni akan dijdkn satu pertengkaran dan suami sy mengatakn sy yg ada skandal serta menafikan email tersebut spam.Secara logiknya, klu kita tdk register acc di media social xkn kita blh dpt email dr org yg tdk dikenali.Suami sy jga sering berhubung rapat dgn bekas bininya apabila di tempat kerja tanpa pengetahuan sy.Bila sy minta penjelasan alasan dia hal berkaitan anak hasil perkahwinnya terdahulu.dua minggu lps sy dan suami sy bertengkar..Msa pertengkaran tersebut suami sy ada mengatakan yang dia "TIDAK HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM KAMI ANAK BERANAK!!".Disebabkn peristiwa itu, sy menelefon ibu sy meminta keizinan hendak datang ke rumah ibu saya itk berkongsi pendpt bg permslhn ini dan mtk tmpt berteduh sbb sy amat berkecil hati kerana kata2nya.Tempat sy mengadu nasib hanya ibu sy kerana ibu sy masih hidup..
File Upload:
Salam

Puan, sedih dan pilu saya membaca kisah puan.

Jika benar dakwaan puan, suami puan ternyata seorang yang tidak bertanggungjawab keapda keluarga dan anak-anak.

Memang sukar hendak dibentuk seorang lelaki, apatah lagi setelah dia menjadi suami..

Pada pendapat saya, sebutan tidak halal itu sekadar kemarahan suami sahaja sedangkan makan minum isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab dia. Dia yang berdosa mengabaikan nafkah kelaurga, dia yang berdosa membiarkan isteri dan anak-anak terkontang kanting dan dimaki hamun. Dia yang berdosa kerana mengabaikan isteri dan AMANAH Allah kepadanya.

Puan tidak perlu risau dengan ungkapan TIDAK HALAL itu..kerana isteri dan anak-anak berhak mendapat nafkah sewajarnya.

Elok kes ini dibawa ke pejabat agama bagi mendapatkan sedikit pembelaan kepada puan dan anak-anak.

Terima kasih.

Visitor IP: 14.192.214.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: menghadapi isteri yang sensitif

Nama*:idz
Tajuk*:menghadapi isteri yang sensitif
Message*:assalamualaikum..ustz, saya ingin bertanya bagaimana saya ingin menghadapi isteri saya yang sangat sensitif,. saya berikan satu contoh, saya pergi kerja, sesudah sampai di tempat kerja saya terlupa nak beritahu dia yang saya sudah sampai, kemudian dia akan merajuk, kemudian saya pujuk, saya mengaku salah, saya pujuk selembutnya dan saya minta maaf bagi kesilapan saya. tetapi die masih tidak ingin memaafkan dan melakukan pekara2 yang akan menimbulkan kemarahan saya, seperti mengatakan perkataan negetive sebagai contoh. nape terlupa? sbb x syg sy..dan banyak lagi kata2 negative yg boleh menyebabkan saya marah. persoalannya saya tekanan dan tidak tahan menghadapi sikapnya yang sensitif dan susah terima pujukan dan memaafkan. apa yang perlu saya lakukan.
File Upload:
Salam

Isteri tu terlalu sayangkan suami sebab tu dia terlalu menjaga suaminya..

Beginilah, berilah dia sedikit masa untuk memahami perangai lelaki. Berilah dia sedikit ilmu tentang lelaki, sehari sedikit, sehari sedikit.. lama-lama dia faham perangai lelaki. Banyak nota dalam FB yang boleh membantu untuk dia mengenali perangai lelaki.... Lelaki dia lebih banyak diam, tak nak sibuk-sibuk.. Dia suka, dia diam. Dia tak suka pun dia diam...

Boleh juga suami bincang dengan baik apa yang suami tidak gemar.. COntohnya, tak perlulah bersms 24 jam, sedangkan sudah jadi suami isteri,,, lainlah masa bercinta.. neturenya berubah dan berbeza... Dah jadi suami, lelaki merasai isterinya adalah milik peribadinya 100%, tak perlu dirisaukan lagi..

hehe..

tk.. soalan yang baik..



Visitor IP: 175.136.24.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 18, 2016

Soalan: Lafaz Cerai

Nama*:Ayu
Tajuk*:Lafaz Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Saya nak kepastian lafaz cerai..
Kisahnya. Saya dan suami bergaduh. lalu suami berkata "kalau kau keluar rumah aku ceraikan kau". saya masih duduk didalam rumah dan tidak keluar. selang beberapa minit suami berkata " kalau kau nak keluar kerja mandi dekat rumah dulu" ini kerana kawasan rumah kami ada gangguan masalah air. tapi saya keluar tanpa mandi dan terhenti hanya dikereta dan kemudian masuk semula ke rumah. adakah tindakan saya menyebabkan talak itu jatuh ustaz? saya berharap sangat ustaz dapat membantu saya kerana saya tidak tenang memikirkan tindakan saya itu.. jasa baik ustaz amat saya hargai
File Upload:
Salam

Wallahuaklam.. Maaf, saya tidak dapat nak jawab... Risau saya jadinya..

Atas kefahaman saya, jika suami jelas sebutkan, jika keluar rumah, jatuh talak... maka tindakan isteri keluar rumah itu telah menjatuhkan talak. Soal mandi tak mandi itu tak ada kaitan kerana suami sebut mandi tak mandi itu tidak dikaitkan dengan talak.. Yang dikaitkan dengan talak ialah KELUAR RUMAH.. so, pada ketika isteri keluar rumah, terjatuhlah talak.

Bila jatuh talak.. kenalah dirujuk.. tapi ingat, talak dah jatuh dengan satu talak..

tk

Visitor IP: 175.145.56.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tak?

Nama*:Nurol
Tajuk*:jatuh talak atau tak?
Message*:Kalau skiranya suami berkata seperti inj apakah maksud nya ? Dan adakah ia akan jatuh talak? "Baik delete tu fb atu bukan lagi deactivate tpi delete hapuskan berabis klau u kn mau sama me. Hormati me ni laki u"
File Upload:
Salam

Suami sebut dengan jelas suruh delete kat fb.. dan suami tidak sebut langsung soal talak.. kenapa nak risaukan pula dengan talak.. tak ada kaitan...

itu maknanya ugutan dan rasa marah suami kepada isteri...

tk

Visitor IP: 202.152.70.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kepastian

Nama*:Farid
Tajuk*:Kepastian
Message*:Salam ustaz ketika sedang kerja tiba2 ade rakan sepejabat ckp pasal artis cerai berai..masa itu juga datang fikiran dan dorongan supaya lafaz..fikiran itu datang suruh lafaz talak 3..sy cepat2 gigit lidah supaya tak terlafaz..tp fikiran dan dorongan menyebabkan lidah terasa tergerak mengikut hati walaupun digigit..tapi tak kedengaran suara..rakan2 pon takde tgk sy semacam..sy kurang yakin adakah itu hanya lintasan atau terlafaz secara tak sengaja..sbb fikiran jahat itu suruh talak 3..jadikan sy sngt takut..
File Upload:
Salam

Saudara ni berpenyakit.. penyakit was-was dan suka melayan perasaan. Ubatilah dengan zikir dan baca Quran. Belajarlah lagi ilmu agama.. dalami bab fiqh..

Lintasan tak menjatuhkan talak... Elakkan sama sekali gangguan itu dikaitkan dengan talak..

tk

Visitor IP: 113.210.62.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 17, 2016

Soalan: Ragu ragu adakah pertanyaan cerai itu jatuh talak?

Nama*:Azeerah
Tajuk*:Ragu ragu adakah pertanyaan cerai itu jatuh talak?
Message*:Assalamualaikum ustaz
Saya ni nak tanya.. Suami saya pernah marah dekat saya dia tanya nak cerai kan awak yg minta ? Tdi awak yg nak ceraikan? Siapa yang minta? Adakah ia jatuh satu talak..Sbb saya marah dan minta cerai tapi saya nyesal dan kmi berbaik bermaaf maafan dan selepas itu mlakukan suami isteri buat..tolong saya ustaz saya masih ragu ragu dan takut..
File Upload:
Salam

PErtanyaan suami seperti itu, tidaklah menjatuhkan talak..

Lepas ni tak nak gaduh-gaduh lagi.. dan ingatkan suami supaya tak sebut lagi perkataan talak...

tk

Visitor IP: 202.152.70.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perbualan dengan isteri

Nama*:Matlan
Tajuk*:Perbualan dengan isteri
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya dan isteri berbual mengenai masalah penyakit lintasan hati talak yang saya hadapi. Ada satu bahgian perbualan kami, isteri bertanya "abistu awak nak ke?" (Cerai). Saya balas "saya macam nak ", dalam situasi begini boleh jatuh talak ke ustaz? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Tidak jatuh lagi.. tk

Visitor IP: 115.133.41.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak Taklik

Nama*:Nur
Tajuk*:Talak Taklik
Message*:Salam Ustaz.

Cerai taklik yang dilafazkan semata-mata untuk memberi dorongan atau ancaman atau penegasan, bukan dengan niat menceraikan. Contohnya; seseorang itu berkata kepada isterinya; "Jika kamu pergi ke tempat itu, maka kamu tertalak" dan tatkala ia melafazkan ucapan ini, ia tidak bermaksud talak tetapi hanya sebagai ancaman terhadap isterinya untuk menegahnya dari pergi ke tempat yang dimaksudkan. Taklik sebegini lebih mirip kepada sumpah. Oleh itu, ia tidak menyebabkan jatuhnya talak, akan tetapi wajib membayar kaffarah sumpah jika taklik itu dilanggari iaitu dengan memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau membebaskan seorang hamba dan jika ke semua itu tidak mampu dilakukan, hendaklah berpuasa tiga hari. Pandangan ini menjadi amalan dalam undang-undang keluarga Islam di Mesir hari ini.

Mohon ustaz perjelaskan perkara di atas dan adakah ia digunapakai di negara Malaysia. Sekian, tk.
File Upload:
Salam

Terima kasih atas penjelasan saudara ini amat baik. Terima kasih.

Saya tidak tahu latar amalan ini di Malaysia atau di Mesir.

tk

Visitor IP: 203.62.1.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 16, 2016

Soalan: Sebut "tak"

Nama*:Zamzuri
Tajuk*:Sebut "tak"
Message*:Assalamualaikum ya ustaz. Berlaku percakapan lintasan hati. Ayat yang saya ingat lebih kurang macamni "kamu sayang tak bini kamu?" Kemudian terkeluar perkataan "tak" keluar dari mulut saya, saya tidak ada niat pun nak cerai/talak. Sebab lintasan-lintasan hati menyebabkan saya jadi bercakap dalam hati. Boleh jatuh talak tak dalam situasi macam saya ni?
File Upload:
Salam

Lintasan ini tidaklah menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 115.164.88.125

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak ?

Nama*:Anis
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak ?
Message*:Salam, saya ingin bertanya adakah jatuh talak sekira nya si suami mengatakan "dah lama aku ceraikan kau" tanpa niat dengan situasi begini "si isteri menunjukan satu conversation kepada suami dari rakan yg mereka sedang bergurau . dalam masa yg same si suami berkata "kalau aku dah lame ceraikan kau" tapi bukan tuju utk si isteri . maksud "kau" si suami itu adalah prempuan tadi .

Tapi dalam mase yg same sbb suami isteri was-was, si suami lafaz rujuk pada isteri .

Mohon pencerahan secepat mungkin .
File Upload:
Salam

Jika dilafazkan itu bukan ditujukan kepada isteri, maka lafaz suami itu tidaklah menjatuhkan talak.



Visitor IP: 118.100.232.154

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Waswas

Nama*:Hana
Tajuk*:Waswas
Message*:Saya ad bersembang biasa dengan suami di dalam kereta.
Lepas tu sy ada sebut
Saya : abang kan bertanggungjawab atas saya
Suami : abg beri la tanggungjwb tu dekat mak.

Buat pengetahuan ustaz, kami bersembang mengenai suami yg ad kerja di luar jadi dia ingin tinggalkan saya di rumah mak buat sementara waktu.

Saya waswas dengan keadaan ini. Apabila saya tanya suami semula adakah ini dikira lafaz kinayah, dia ckp apa pulak, takda kaitan pon. Abg xde niat lgsg.
File Upload:
Salam

Ia tidak ada kaitan dengan cerai atau talak..

PErcakapan biasa..

tk

Visitor IP: 115.164.51.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ TAKLIQ SELEPAS NIKAH

Nama*:Aini
Tajuk*:LAFAZ TAKLIQ SELEPAS NIKAH
Message*:As salam ustaz, pertanyaan saya adalah mengenai lafaz takliq selepas nikah wajib atau tidak? Saya sedia maklum tentang kepentingan lafaz takliq tersebut terhadap tanggungjawab lelaki dan perempuan, cuma yang menjadi tanda tanya sekarang :

1. Jika pasangan (lelaki) kurang fasih untuk membaca lafaz takliq tersebut, adakah perlu dikecualikan daripada membacanya? Kurang fasih di sini bukannya tergolong dalam golongan OKU, bukan juga sengau, gagap dan lain2...cuma kurang lancar membaca sahaja. Mohon pencerahan daripada ustaz.
File Upload:
Salam

Lafaz taklik adalah pilihan kepada suami, terpulang kepada suami nak bertaklik atau tidak. Ia tidak berkaitan dengan sah atau tidak akad nikah... Tapi kebiasaannya imam atau juru nikah akan meminta suami itu membacakan lafaz taklik. Jika suami hendak baca, bacalah.... jika suami tidak nak baca pun tak apa.. (tapi akan jadi isu selepas itu...)

Kalau kurang lancar nak baca, ambillah teks taklik itu terlebih dahulu drp imam, buat latihan kat rumah sebelum majlis akad nikah sebenar..

tk

Visitor IP: 203.106.153.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah Jatuh Talak

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Adakah Jatuh Talak
Message*:Assalammualaikum ustaz.

Saya ada satu kegusaran. Ceritanya bermula begini, pada suatu malam suami saya hendak keluar rumah, saya cakap duduk la rumah teman saya dan anak, suami tidak endah dan terus bersiap untuk keluar berjumpa kawan. Kemudian saya cakap dalam nada bercerita "kawan di opis pun macamtu jugak, selalu keluar tinggal anak bini, lepastu bini dia kawin lain (berpisah)". Niat saya hanya untuk dia luangkan masa untuk kami bersama. Kami jarang bersama kerana tuntutan kerja masing-masing jadi bila ada masa terluang saya minta dia luang masa bersama kami. Namun selepas itu suami dalam nada marah datang kepada saya dan berkata, "kau main dengan lelaki lain jatuh talak 3".

Persoalannya apakah "main" yang dimaksudkan itu terguna pakai kerana selepas itu saya berbincang dgn suami dan suami mengatakan dia maksudkan jika saya curang atau terlanjur (memang tidak dilakukan oleh saya). Namun saya jadi was-was dengan penggunaan "main". Boleh jadi ketika saya bercakap atau bergurau dengan kawan lelaki, atau bermain sukan untuk syarikat juga boleh dikira "main" dan boleh jatuh talak itu?
File Upload:
Salam

Lafaz taklik mengikut apa yg diniatkan oleh suami. Jika makna main di sini ialah curang, maka perbuatan curang itu menjatuhkan taklik talak.

tk

Visitor IP: 203.62.1.30

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 15, 2016

Soalan: puasa

Nama*:hamidi
Tajuk*:puasa
Message*:salam ustaz, ketika berpuasa sy selalu selsema..kadang2 ade kahak x pangkal lidah belakang lidah..puas sy berdehem kuat2 sampai nk muntah tp x keluar jugak kahak tu..last skali sy telan je ..batal x puasa sy ustaz? sy memang dr kecik tak pandai berdehem meludah2 kahak ke hingus ke..x reti nk keluarkan yg kahak belakang lidah..kahak pangkal lidah tu pon x sampai ke hadapan mulut hingga boleh di main kan lidah..hukum sy telan je mcm mane ustaz? terseksa pulak nk keluarkan
File Upload:
Salam

Kahak di dalam kerongkong boleh sahaja ditelan dan tidak membatalkan puasa. Jika kahak itu boleh dikeluarkan, keluarkanlah kerana ia adalah kekotoran.

tk

Visitor IP: 60.48.221.32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai Taklik..

Nama*:moqscene
Tajuk*:Cerai Taklik..
Message*:Assalamualaikum w.b.t Ustaz,

Saya ingin mendapatkan menjelasan berkaitan cerai taklik.
Saya ingin mendapatkan kepastian adakah setelah cerai dan rujuk berlaku, lafaz taklik yang terdahulu akan terbatal?

Contoh kenyataan:-

SMS/Wassup Suami Berbunyi:
Sekiranya syg ckp lagi, sial..xguna kat sy selepas ni akan jatuh talak.
Suami melafazkan taklik tersebut bagi memberi peringatan supaya isteri tidak melakukan perkara tersebut kepada suami.
Mohon ustaz dapat membantu.
File Upload:
Salam

Setelah dirujuk, maka terbatallah taklik pada pernikahan sebelum itu...



Visitor IP: 115.133.7.16

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perbualan dengan isteri

Nama*:Matlan
Tajuk*:Perbualan dengan isteri
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya dan isteri berbual mengenai masalah penyakit lintasan hati talak yang saya hadapi. Ada satu bahgian perbualan kami, isteri bertanya "abistu awak nak ke?" (Cerai). Saya balas "saya macam nak je", dalam situasi begini boleh jatuh talak ke ustaz? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Tidak menjatuhkan talak lagi..

tk

Visitor IP: 115.133.41.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 13, 2016

Soalan: adakah boleh jatuh talak?

Nama*:rin
Tajuk*:adakah boleh jatuh talak?
Message*:salam ustaz..
saya ada terbaca di web mufti pahang tentang lafaz talak sorih...
Di web tu ada mengatakan, jika suami melafazkam ayat ini.:
"aku ceraikan kau"
"aku talak kau'
"aku halau kau"

Akan jatuh talak serta merta..
soalan saya , ayat lafaz " aku halau kau "
adakah ia merupakan lafaz SORIH bagi cerai?
File Upload:
Salam

Jika lafaz Aku halau kau.. pada pendapat saya ia lafaz kinayah, bukannya soreh. Perlukan niat suami untuk cerai, baharulah lafaz itu dikira menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 1.9.103.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Berkata 'cer'

Nama*:Rohani
Tajuk*:Berkata 'cer'
Message*:Saya isteri yang bertanya soalan mengenai berkata 'cer' itu, terima kasih atas jawapan ustaz, pada pandangan ustaz perlu ke saya pergi ke mahkamah syariah untuk membuat permohonan pengesahan lafaz cerai? Atau cukup sekadar di sini sahaja? Terima kasih ustaz
File Upload:
Terpulanglah....hehe

Visitor IP: 115.164.191.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Chating

Nama*:Rahmat
Tajuk*:Chating
Message*:Assalamualaikum ustaz. Saya tengah chatting dengan isteri di whatsapp, sebelum tu kami bergaduh. Saya cuba bersabar, ntah macamane tengah chatting tu ade sesuatu yang saya nak tulis tu (saya dah lupa apa yang saya nak tulis sebab dah lama terjadi, saya hari ni datang kegusaran tentang perkahwinan kami) time tu jugak datang lintasan hati, saya tak tau nak beza samada itu lintasan atau memang kehendak hati, kalau kehendak hati memang cakap terang2, btol tak? So saya xjadi tulis abis, dan saya padam balik ayat tu buat ayat lain, kire boleh jatuh ke talak macam tu. Saya ni memang biasa kena gangguan dan lintasasan hati. Nak ke mahkhamah syariah ke dalam hal ni? Terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Gangguan dan lintasan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 124.13.140.35

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA