Friday, April 22, 2016

Soalan: Zihar

Nama*:Pn. Humaira
Tajuk*:Zihar
Message*:Assalamualaikum.

Saya ada kemusykilan berkenaan zihar.

Posisi kegemaran si suami ketika mahu tidur adalah memeluk si isteri sambil tangan si suami mengusap-usap perut isterinya. Si suami pernah berkata "Dulu ketika kecil, BEGINILAH JUGA keadaan saya untuk nak tidur, peluk mak & mengusap-usap perut mak."

Persoalan saya sekarang, adakah lafaz si suami itu dikategorikan zihar? Mohon pencerahan dari Ustaz. Terima kasih.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah dikategorikan sebagai zihar. Zihar ini bermaksud untuk menghina dan merendahkan isteri dengan disamakan punggung isteri dengan punggung emaknya sendiri.. Tradisi Arab berbeza dng tradisi Melayu. Orang Arab menganggap punggung ibu adalah suatu yang jijik dan terhina. Oleh itu menyamakan isteri dengan punggung ibu adalah perbuatan yang tidak elok pada pandangan Arab. Sebab itu ia disebut Zihar.

tk

Visitor IP: 64.233.173.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.