Thursday, April 14, 2016

Soalan: SOLAT BERJEMAAH

Nama*:MUHAMMAD FIRDAUS
Tajuk*:SOLAT BERJEMAAH
Message*:Assalamu'alaikum,

Saya ingin bertanyakan tentang perkara solat berjemaah.
Baru ketahui bahawa solat berjemah di antara sorang imam dan makmum lelaki,
kedudukan imam dan makmum adalah perlu selari ( makmum berada sebaris disebelah kanan imam ) .
tetapi kebiasaan yang dilihat dilakukan ialah makmum berada kebelakang sedikit disebelah kanan imam,
adakah ianya diboleh kan ? Mohon penjelasan tentang perkara ini …

Jika kedudukan imam dan seorang makmum lelaki adalah perlu sebaris,
bagaimana pula pada keadaan yang seseorang sedang solat fardu dan didatangi seorang,
beliau terus memberikan isyarat pada yang sedang solat sebagai imam untuk solat berjemaah, beliau
berkedudukan sedikit belakang disebelah kanan imam, .. Apakah yang perlu dilakukan ?

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Jika berdua sahaja solat berjemaah, maka makmum duduknya di kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumit makmum daripada tumit imam.

Jika ramai, maka makmum berbaris di belakang imam.

Jika solat berdua, dan kedudukan makmum di sebelah kanan imam (hanya sedikit di belakang imam),  tiba-tiba datang jemaah lain, maka makmum itu hendaklah gerakkan ke belakang berada dalam baris yang sewajarnya untuk solat berjemaah. Makmum boleh gerak ke belakang...

Tak perlu cuit, cukup dengan hamparan sejadah atau takbir untuk memaklumkan kedatangan makmun kedua...

tk

Visitor IP: 115.133.88.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.