Nama*: | Amanda |
Tajuk*: | Rumahtangga |
Message*: | Salam, Saya telah 3 tahun berkahwin dengan seorang lelaki bukan atas dasar cinta sebenar. Saya yakin akan kehebatan cinta selepas nikah itu lebih baik. Malangnya, selepas setahun perkahwinan saya menjadi hambar di tambah lagi hubungan yang kurang baik dengan mertua saya. Saya sudah mencuba menjadi seorang isteri yang baik namun semakin lama saya tidak merasakan kebahagiaan dalam perkahwinan saya.Kurang berkomunikasi sehingga tiada tempat untuk saya bercerita, tiada nafsu ketika bersama sehingga hampir dua tahun saya tidak melakukan hubungan suami isteri dengan suami saya. Tidak menghiraukan hati dan perasaan masing-masing. Saya sudah mencuba bawa berbincang dengan suami saya, malah saya pernah mengugut untuk menuntut cerai kerana saya takut dosa derhaka terhadap suami. Apakah saya perlu meneruskan perjalanan rumahtangga saya? Adakah berdosa saya ustaz jika menuntut cerai dengan alasan tidak bahagia dan tidak dapat menjalankan tangungjawab sebagai isteri? |
File Upload: |
Jika tiada jalan untuk mencapai kebahagiaan, perceraian adalah jalan keluar yang terbaik. Cerai dibenarkan dengan alasan yang syarie.. menuntut cerai juga dibenarkan atas alasan yang syarie yakni munasabah..
tk
Visitor IP: 175.145.61.244
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.