Wednesday, April 27, 2016

Soalan: Keredhaan

Nama*:Zahira bt Ismail
Tajuk*:Keredhaan
Message*:Assalamualaikum ustaz..
a) Apakah hukumnya sekiranya kita telah memaafkan kesalahan suami tetapi si isteri berkata ( dalam hati) "Nanti abg jawablah dengan Allah".. Seolah-olah jauh di sudut hati isteri dia sebenarnya sukar memaafkan tindakan suami.

b) Benarkah setiap tindak tanduk isteri perlu mendapat keredhaan suami? Sebb suami seringkali menggunakan perkataan 'redha' setiap kali percakapan. Contoh : 'Abg tak redha kalau awak pergi seminar tu'... walhal suami tahu pekerjaan isteri dia macam mana.

Mohon pencerahan ustaz..terima kasih
File Upload:
Salam..

Setelah memaafkan suami, bantulah diri untuk memurnikan keikhlasan pada kemaafan yang diberi.. Kadang kala syaitan membisikkan dendam walaupun mulut dan tindakan kita telah memaafkan. Oleh itu bantulah diri untu ikhlas memaafkan orang lain.

Keredaan atau keizinan suami itu penting dan utama. CUma suami juga kena faham neture kerjaya isterinya.. jika isterinya memang kena keluar jumpa klaien, maka suami tiada hak untuk menahan isterinya keluar, sehinggalah suaminya memberhentikan isterinya daripada kerjaya itu...

Suami izin dan tak izin itu seharusnya berlandaskan hukum syarak.. jika tak izin kerana ada kebenaran syarak, maka tidaklah boleh isteri pergi. Tetapi jika tiada halangan pada syarak, ia masih boleh dipertimbangkan kebenarannya.

tk

Visitor IP: 218.208.102.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.