Tuesday, March 15, 2016

Soalan: ISU TALAK / CERAI


Nama*:ISMAIL ALI
Tajuk*:ISU TALAK / CERAI
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya nak kepastian atas sms saya kpd isteri karana tak mahu dosa zina....

Sejak kali pertama kau minta cerai, aku dah tawar hati. Bila kau suruh keluar dari rumah langsung hati luluh. Tuhan saja yang tahu. Kerana anak-anak aku redha. Bila anak-anak dah ada kerja, aku akan undur diri. Tinggallah kau dengan anak-anak. Lelaki kalau campak dalam hutan pun boleh hidup.

Adakah jatuh talak ustaz? Saya maklumkan kepada nya saya tak ada kata pun saya ceraikan awak...
Utk makluman Ustaz, saya ada empat anak, seorang bekerja, dua masih belajar di u (tak tau ada tak dia bekerja sambilan), anak yang akhir lepas SPM ada nak kerja sambilan. Adakah selepas semua bekerja, talak tersebut akan jatuh.
Terima Kasih Ustaz.
Wassalam.
File Upload:
Salam

Apa niat saudara ketika sebut; Aku akan undur diri.. Jika maksud cerai, ia boleh membawa kepada cerai.

tetapi saya perhatikan pada lafaz ini tidak disebut cerai secara jelas. Masih ada perkataan AKAN berundur.. maksudnya tak jadi cerai lagi. Bila anak-anak dah lepas, suami baharulah boleh lafazkan cerai, itupun jika suami mahu. Kalau suami tidak mahu, masih kekal sbg suami isteri yang sah.

tk

Visitor IP: 1.9.139.247

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.