Monday, March 14, 2016

Soalan: adakah ini lafaz takliq

Nama*:aznina
Tajuk*:adakah ini lafaz takliq
Message*:Assalamualaikum ustaz..

semasa atas kereta nak bawa anak ke klinik sebab ulser di mulut saya ada bgtau suami saya ckp " kalau guna duit ni pegi klinik nanti tak ada duit nak letak minyak kereta pegi keja.." suami marah dan cakap sekali lagi kau buat perangai macam ni aku cerai...,sekali lagi kau buat perangai mcm ni aku cerai".(ulang 3x) adakah ini taqlik..

saya ada telefon pejabat agama ustazah tu cakap ini taqlik dan jangan bersuara mcm tu lagi...

soalan: 1. jika saya bersuara sama sebiji mcm tu adakah jatuh
talak.

2. Adakah jika suami cakap pada saya 'awak ni
berkira ' telah jatuh talak ? selepas apa yang suami
cakap ini la,selepas kejadian itu.

Keliru saya ustaz...tolong saya

terima kasih
File Upload:
Salam

Ia adalah lafaz taklik yang sah oleh suami.

Cuma sekarang ni, puan kena dapatkan kepastian drp suami, perkataan yang sebagaimanakah yang dimaksudkan oleh suami ketika dia sebut taklik berkenaan? Adakah pada lafaznya atau pada maknanya.

Jika pada lafaz ia adalah lafaz ini: kalau guna duit ni pegi klinik nanti tak ada duit nak letak minyak kereta pegi keja.

Dan jika pada makna; iaitu apa jua lafaz yang menunjukkan isteri terlalu berkira dengan duitnya sendiri boleh dikategorikan dalam perkara TAKLIK. 

Sila pastikan daripada suami. 

tk

Visitor IP: 210.186.157.102

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.