Nama*: | insan tetekan |
Tajuk*: | jalan keluar |
Message*: | Asalamuailaikom ustaz. Saya ada 10 pesoalan yg buat saya keliru.
1:suami saya seorg bekas penagih dadah dan sering ditangkap..dan saya cube
Utk beri dye peluang... then sekarang dye ckp da berubah..tapi haty saya
Da mati untuk dye..hanya simpaty..saya cuba solat isthikharah tapi jelas dyke x ada...
2;di sebbkan tekanan mslh umah tangga saya selalu lari dari rumah dan tinggalkan ank2..dan saya penah curang dgn suami..tapi saya kembali semula da cube berubah demi ank2..saya cube lakukan tanggungjawab isteri sebaik mungkin..tetapi sering juga saya disalahkan..keluarga saya selalu slhkn saya.. dye tetap menagih masa tu..sekali lagi saya lari sebab tekanan..
3:ketika saya bekerja di kl saya dapat panggilan lagi suami kena tangkap..
Saya balik kg ambik anak dan minta cerai..dye x nak lepaskn..sekali lagi sy curang ustaz..tapi sya cepat2 sedar cube lagi sekali.
4:akhirnya sekrg saya x mampu ustaz 7 bulan lepas sya cube tok hidup dgn dye..tapi api dendam dan kemarahan buat saya bnci dye..Ya Allah ..kalau ustaz nk tahu saya dpwrsalahkn keluarga atas semua ni..saya tetekan ustaz..tlg la bagi saya jalan keluar apa yg perlu sya lakukan |
File Upload: | regist.text |
Salam..
Puan, besar dugaan yang puan lalui. Bersuamikan penagih dadah tentulah amat perit dengan masalah ekonomi, sosial dan tanggungjawab yang setiap hari diabaikan suami.
Puan, cubalah cari rawatan yang terbaik kepada suami puan. Cuba cari pusat rawatan Islam yang jika ada dan upaya, untuk menamatkan ketagihannya. Dadah menjadi punca kepada kegawatan rumah tangga ini.. Jika puan bersabar selama ini, boleh diusahakan sedikit lagi kesabaran itu untuk merawatnya dng pendekatan Islam.. Maaf, saya tidak tahu di mana pusat seperti ini ada, tetapi ada yang maklumkan ia ada dan berkesan untuk merawat kes dadah.
Puan, apabila suami sudah tidak boleh diharapkan sepenuhnya, maka puan adalah orang yang bertanggungjawab menjaga anak-anak. Berilah seribu komitmen untuk menjaga dan memastikan anak-anak dibesarkan dalam suasana yang baik, suasana solehah terhindar daripada dadah dan sosial yang rosak.
Puan perlukan kekuatan dalaman untuk teguh berdiri menjaga maruah diri. Usah diulangi kesilapan lalu, bertaubatlah dan usah dilakukan perbuatan keji itu lagi. Jika puan terdesak sangat, (maaf saya cakap seperti ini) mungkin onani boleh melepaskan sedikit kelegaan. (Ia lebih selamat daripada dosa zina)
Puan, bersabarlah dengan tuduhan keluarga. Mereka hanya boleh bersuara tetapi puan yang menanggung kesusahan hidup.. Biarkan mereka kerana kesusahan ini puan yang tanggung sendiri. Bantulah suami untuk menjauhi dadah dan saya percaya suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang terbaik buat puan.. Cuma pastikah dahulu ketagihannya berakhir.
Dekati Allah sebanyaknya. Solat, doa, zikir, al-Quran adalah laziman yang pasti.. Dekati Allah. DIA boleh membantu hamba-Nya.
tk
Visitor IP: 113.210.54.197
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm