Sunday, January 31, 2016

Soalan: kinayah

Nama*:Filah
Tajuk*:kinayah
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Apakah jatuh talak jika suami mesej "saya bukan suami awak"

Harap bantu ustaz
File Upload:
Salam

tidak terjadinya talak..



Visitor IP: 113.210.4.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Inginkan penjelasan dari ustaz mengenai berus cat dari buku babi

Nama*:Diana
Tajuk*:Inginkan penjelasan dari ustaz mengenai berus cat dari buku babi
Message*:salam ,

Yg Dihormati Ustaz-ustaz

Saya ingin menanyakan soalan tentang produk dari bulu babi. Banyak maklumat yang boleh dipercayai didapati bahawa bulu dari berus samada digunakan untuk makanan, pemakaian dan penggunaan harian kebanyakan asal dari bulu babi.

Maklumat itu kebanyakan berdasarkan maklumat am dan bukan spesifik (contoh maklumat : berus mentega, berus cat, dll). Maksud saya tiada pengkhususan dari segi nama jenama atau pengenalan secara terperinci tentang product itu. Kalau ada maklumat pun dari segi negara pengeluar. Tidak tahu yang mana satu berus yang pemaklum maksudkan kerana terdapat banyak berus-berus sebegini di pasaran walaupun dari negara yang dikatakan itu. Dan ada juga maklumat lain mengatakan berus-berus ini dibuat dari binatang lain.

Soalan

(a) Berdasarkan kekaburan pengenalan tentang barang yang mengunakan bulu babi seperti diatas, bolehkah saya berpegang kepada prinsip "masih tidak tahu secara sah" kerana tidak tahu secara terperinci segi jenama atau pengenalan khusus kerana berlandaskan hadis nabi bahawa kalau kita tidak tahu maka dimaafkan.

(b) Atau perlu berpegang pada berlandaskan maklumat am itu (berus cat atau berus mentega) dipercayai memakai bulu babi (untuk menjaga ibadat), maka setiap kali terkena atau terpakai berus cat atau berus mentega maka kena sertu anggota?

(c) kalau saya memilih Ijtihad Imam Syafie mengatakan bahawa bulunya najis, adakah saya perlu menyertu (samak) sekiranya barang tersebut dimakan atau digunakan semasa dalam keadaan "masih tidak tahu secara sah" ini? dan menjadi satu pegangan dalam ibadat seharian?

(d) Bolehkah saya memilih Ijtihad Imam lain seperti Imam Sabiq, Imam Hanafi, Imam Dr Qardhawi dll) yang mengatakan Bulu dan kulit adalah suci bagi kesenangan saya dalam hal ini?

saya memohon maaf sekiranya pernyataan di atas terdapat kesilapan dari segi pemahaman hukum dan berharap pendapat yang akan disampaikan kelak dapat membantu saya dan makluman kepada semua.

Terima Kasih
File Upload:
Salam..

Maaf saya kurang arif untuk hal ini.

Jika lebih selamat, kita tidak tahu sama ada bulu babi atau bulu lain, maka boleh dipakai atau digunakan selagi mana ia tiada penjelasan bulu babi.



Visitor IP: 1.9.103.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, January 30, 2016

Soalan: lafaz taklik talaq 1

Nama*:Azad
Tajuk*:lafaz taklik talaq 1
Message*:assalamualaikum ustaz,

saya ada bergaduh dgn isteri mengenai perempuan simpanan. isteri saya mengatakan jika tak mahu dia minta cerai, dia minta saya lafazkan taklik iaitu sekiranya saya hubungi perempuan utk niat menggoda ke arah maksiat dan zina, maka jatuh talak 1. saya setuju utk berbuat demikian kerana niat saya adalah utk memujuk hatinya supaya kami dapat berbaik semula dan kami berjanji jika saya lafaz, isteri saya akan kekal bersama saya.

namun setelah beberapa hari, isteri saya tidak mahu meneruskan janjinya setelah saya lafazkan taklik itu. dia tetap mahukan memohon cerai di mahkamah.

selama sebulan berpisah, saya ada berhubung dengan perempuan lain tetapi saya tidak membawa diri saya untuk melakukan maksiat dan zina.persoalannya, adakah sudah jatuh talaq berdasarkan lafaz taklik dengan perbuatan saya itu? sekiranya sah jatuh, adakah lafaz taklik tu tetap kekal setelah kami rujuk kembali?

mohon beri pencerahan.terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Taklik termaktub dengan apa yang dilafazkan dan diqasadkan sahaja. Jika dimaksudkan untuk berkahwin adakah akan terjadinya talak?

Kena pastikan apakah makna talkik yang dilafazkan, setelah itu baharulah diterjemahkan pada perbuatan itu sama ada terjadinya taklik atau tidak.

Suami yang melafazkan taklik hendaklah tahu dan faham apa yang disebut, jika dia yakin ia telah menjatuhkan taklik, maka terjadilah talak.

tk

Visitor IP: 60.48.73.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz kinayah melalui sms

Nama*:Pn. Ummu Hurairah
Tajuk*:Lafaz kinayah melalui sms
Message*:Assalamualaikum Ustaz.
Saya ada kemusykilan berkenaan SMS dari suami saya. Situasi kami adalah saya bertugas di Sabah dan suami saya menetap di Johor.

Kami ada sedikit pertelingkahan melalui telefon & SMS berkaitan dengan masalah kewangan. Jadi saya tidak cukup wang untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Johor.

Berikut merupakan SMS yang bertarikh 17/01/2016, pada jam 7.43mlm berbunyi:
"Aku malas nk ckp byk sbulan kau xblik jumpe aku,AKU LEPAS KAN KAU...."
Saya juga ada lampirkan screenshot SMS tersebut.

Apabila keadaan telah reda dua hari selepas itu, melalui telefon saya menghubungi suami dan bertanya adakah dia maksudkan cerai? Dia jawab tidak dan tidak pernah sesekali untuk berpisah dengan saya.

Jadi, bagaimana situasi saya ni Ustaz? Mengikut perkiraan sebulan=30 hari, maknanya tempoh dari 17/01/2016 hingga 15/02/2016.
File Upload:2016-01-30 20.00.32.png
Salam

Pada saya, terimalah pengakuan suami itu.. Jika dia tiada bermaksud cerai, maka tidaklah terjadinya taklik atau cerai..



Visitor IP: 64.233.173.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, January 28, 2016

Soalan: jatuh talak

Nama*:ninie
Tajuk*:jatuh talak
Message*:assalam ustaz....

nak tanya... suami saya ada sms dan sms suami berbunyi begini..
kalau ayg rasa dah tak seronok, tak gembira dan tak bahagia dgn abg, ayg pilih jalan hidup ayg sendiri..
File Upload:
Salam..

Dia merajuk tu.. kenalah pandai pujuk suami puan..

Tak terjadinya talak...

Visitor IP: 103.26.196.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 27, 2016

Soalan: Solat 5waktu tapi masih nenghisap dadah ( ICE )

Nama*:Hani
Tajuk*:Solat 5waktu tapi masih nenghisap dadah ( ICE )
Message*:Assalamualaikum,sye ingin bertanya,Adakah sah solat fardhu seseorang sedangkan dlm masa yang sama masih menghisap syabu jenis Ice?tmksh ustaz
File Upload:
Salam

Solat jika sempurna rukun dan syaratnya maka sahlah solat itu..

Soal dia bersyabu tu.. dosa dia yang lain..

Bantulah dia untuk hentikan syabu.. dosa dan haram tu..

tk

Visitor IP: 115.164.95.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: "lupa"

Nama*:farah
Tajuk*:"lupa"
Message*:salam ustaz

1) suami pernah cakap satu ketika dahulu"andai sy sebut perkataan lupa pada awak, kite cerai". kemudian baru-baru nie ketika bercakap dgn suami , suami cakap"awak kna buat, kalau tak nanti awak lupa". so jatuh talak ke x?suami pon was was.
File Upload:
Salam

Suami puan ini macam tak betul sikit.. ada ke patut asal sebut sahaja LUPA, terus jatuh talak.. kan tak betul tu.. kan menyusahkan hidup..

So, bila suami sebut perkataan LUPA, maka terjadilah talak... mudahnya nak cerai..

Pada saya, lafaz semudah ini "andai sy sebut perkataan lupa pada awak, kite cerai"  
tidaklah diperakui sebagai lafaz taklik, ia tidak sah menjadi lafaz taklik... so minta suami berhati-hati pada lain waktu.

tk


Visitor IP: 1.9.50.193

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 26, 2016

Soalan: Taklik tanpa lafaz

Nama*:Mohd
Tajuk*:Taklik tanpa lafaz
Message*:Salam ustaz,

Ketika sedang duduk sendirian, ada taklik di dalam hati ' jika aku kelip mata maka akan jatuhlah talak/cerai ke atas bini aku'. Ianya tanpa lafaz cuma di dalam hati sahaja.

Kemudian saya terkelip mata. Adakah jatuh talak dalam keadaan tersebut?

Saya mempunyai was-was yang kronik hinggakan jika bersendirian lintasan atau fikiran tentang cerai akan datang tidak kira waktu. Saya selalu melawannya dengan menutup mulut agar tidak sesekali lafaz.

Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih
File Upload:
Salam

Taklik hendaklah dilafazkan... Tiada lafaz tiadaklah terjadinya taklik..

Wahai suami sekelian,,, kenapa semudah itu nak ceraikan isteri.. tak kanlah kelip mata pun boleh jatuh talak..waraslah sikit... hancurlah bangsaku jika ada suami seperti ini..

maaf ya..

Visitor IP: 115.164.182.232

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 25, 2016

Soalan: Adakah jatuh talak begini

Nama*:Sham
Tajuk*:Adakah jatuh talak begini
Message*:Salam ustaz,

Saya dan isteri ada kelahi sangat kecil.

Kemudian saya berkata, ' Perangai awk macam budak-budak la, saya tak boleh'.

'Tak boleh' tu bermaksud saya tak boleh sesuai dengan keadaan diab berperangai macam budak-budak. Dan tiada niat langsung dihati.

Adakah dengan begini jatuh talak? terima kasih.
File Upload:
Salam

Tidaklah terjatuh talak seperti itu.. tk

Visitor IP: 115.134.100.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, January 24, 2016

Soalan: adakah boleh jatuh talak?

Nama*:liza
Tajuk*:adakah boleh jatuh talak?
Message*:Salam ustaz..saya ada pos jual produk di fb..
Kemudian saya komen kalau berminat nak beli, boleh whatssap nombor telefon ni (012-xxxxxxx) ni no suami saya dan org tu pun terus whatssap suami saya..

Suami beritahu saya ada org whatssap nk tanya tentang produk tu..
Org tu siap wassap gambar screenshoot iklan saya..

Saya beritahu suami , jangan cakap iklan tu isteri saya yg post..
Saya kata kepada suami " jangan cakap wife yg post".. Kalau org tu tanya siapa yg post iklan tu , jangan cakap wife yg post...
Saya minta suami supaya cakap "jgn cakap yang saya ni wifenya..saya bukan wifenya
Kemudian suami terus cakap kpd saya sambil angguk " wife lar"..
Saya pun kata " ok cakap wife yg post ".

Soalan saya : apa hukum saya suruh suami cakap ug saya bukan wifenye?
Boleh jatuh talak ke sbb suami mengangguk dan mengiyakan yg saya wife nye..

Boleh jatuh talak ke dalam situasi diatas?
File Upload:
Ia tiada niat cerai dan tiada kaitan dengan cerai..

tk

Visitor IP: 203.106.159.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz taklik

Nama*:Mas
Tajuk*:Lafaz taklik
Message*:Slm ustaz maafkan sy bertanya disini,,xboleh pegi pej agama lagi atas kekangan masa n kewangan n anak pula di wad..

Bru ni sy bergaduh dgn suami sy telah memaki n menghina dia dengan terang terangan dihadapan anak n org ramaai..suami ckp perbuatan sy biadap sebab terang terangan terhadap dia dihadapan anak n org rmai...sy akur dgn kesilapan sy..

Suami sy gptelah melafaz taklik kalau kamu biadap lagi dengan aku dgn niat nak cri pasal dgn aku dihadapan anak2 n org ramai,jatuh talak..sy akur lah jika sy berkelakuan biadap maksud secara direct dgn perbuatan sy..sejak aritu sy dah xpernah melanggar taklik..

Cuma sekarang sy was2 n ragu2 terhadap situasinini ketika sy berbual dengan suami sy dlm keadaan santai..xdela sy biadap apepun..

Suami:syg arini jiran2 tak kutuk ke pasal hal rumah kita?(hal rumah kami yg nak kena tarik dengan bank,mcm2 la jiran bertanya itu ini,,tanya suami xde slip gaji ke nak beli rumah,,tanya suami kerja apala...mcm2 la diorg tanya)

Sy:mcm biasala yang depa mestila duk kutuk kita..depa kutuk rumah kita dengan rumah boy...depa kutuk u dengan Boy(boy nama org rumah sebelah kmi yang nasib rumah diorg sama dengan kmi jugak,,ttpi diorg da pindah sebab bank da lelong rumah tu)..

Suami::biarlah diorg nk ckp apapun hal kita,,nak sama apa i dengan boy..boy bukan kerja pun,,i kerja so ade duit,,boy x kerja jdi xdak duit nak byar sewa..rumah kita ni bukan masalah kita buat hal,,owner yg xbyar kat bank.

Ok bnyak lgila perbualan sy dengan suami,,yg sy was2 apa yg sy ckp ntah betol ke tidak apa yg sy bgitahu suami sy,,terutama pada dialog kutuk tu..tpi apa yg syg smpaikan kebanyakan betul dan semua tu pasal dipengaruhi hal rumah kami..

Sy rasa xmelanggar taklik walaupuns sy berbohong atau mereka cerita pada part dialog diatas..sebab suami maksud taklik kalau perbuatan sy biadap dengan dia secara direct dihadapan anak2 n org ramai..lagipun perbualan diatas dlm keadaan sntai..

Sy berharap sgt ustaz dpt mengulas,,sy susah hati sgt,,dengan anak sakit duk wad lgi,,dgn masalah kewangan,,dgn masalah pengangkutan sy naik teksi,,suami kerja kontrek naik moto,,jdi atas masalh ni sukar utk kmi uruskan tnya di pej agama yg agak jauh..ni email sy farris_newton@yahoo.com
Harap sy ustaz bntu.hope ustaz dpt tolong email sy..sy duk asik terpikir nak jga anak pun xde smgt..😂
File Upload:
Salam

Puan, taklik itu terlalu umum yang tidak dikhususkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Namun saya percaya selagi tidak menimbulkan kemarahan suami, ia tidaklah terjadinya talak. Jika timbul kemarahan suami dengan sebab perbuatan puan, ia boleh menjatuhkan talak.

Puan, mohonlah pada suami untuk menilai semula lafaz takliknya.. Banyak yang perlu suami belajar dan baiki dirinya...

bantulah dia sebaiknya. tk

Visitor IP: 183.171.174.255

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafas ijab dan qabul

Nama*:Amin
Tajuk*:lafas ijab dan qabul
Message*:assalamualaikum ustaz..

saya hendak bertanyakan berkenaan ijab dan qabul. sewaktu pengantin lelaki menjawab qabul, "aku terima nikahnya ... binti... dengan mas kahwin ........tunai." adakah boleh satu lafaz itu diselangi dengan beberapa kali nafas, atau qabul ini dijawab dengan satu nafas sahaja. apakah hukumnya.. dan ada juga qabul yg sperti ini " aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak yang tersebut".. yang manakah bersesuaian.

terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Dalam Islam mudah sahaja, memadai dengan lelaki itu menyebut; AKU TERIMA NIKAHNYA.. maka sahlah nikah berkenaan. Ini kerana offer yang tok imam bacakan itu sudah jelas menawarkan pernikahan dengan perempuan yang dimaksudkan kepada lelaki, so memadai lelaki menjawab seringkas di atas... Ia sudah memadai.

Cuma dalam budaya Melayu, disusahkan oleh tok imam dan para saksi, mesti sebut dengan satu nafas dan tidak boleh NYA di depan, mesti di belakang dan sebagainya..

Dalam bab ini, saya berpendapat, perlulah kita meraikan kehendak tok imam dan para saksi.. tak apalah ikut je.. tak salah pun..

tk

Visitor IP: 1.9.65.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Amira
Tajuk*:Cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz, kalau suami sebut macam ni "abg tak sebut pun abg cerai amira" suami saya memang tak nak berpisah dgn saya
Sah ke lafaz tu?
File Upload:
Salam

Kalau dah suami sebut seperti itu.. tiadalah terjadinya apa-apa talak..

hehhhhhh...

ok.. tq


Visitor IP: 183.171.173.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, January 23, 2016

Soalan: Masalah Hubungan Suami Isteri

Nama*:Suleyman
Tajuk*:Masalah Hubungan Suami Isteri
Message*:Salam Ustaz,
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai keadaan saya. Secara amnya saya bukanlah seorang suami yg sempurna dan saya juga tidak bekerja buat masa ini ekoran keadaan ekonomi semasa.
Isunya adalah begini, adik ipar saya datang menumpang dirumah bersama seorang lelaki yang mana berjanji akan bernikah (bila sampai masa ada alasan diberikan). setelah hampir 1 tahun lebih saya menyuarakan rasa musykil saya kepada isteri. Atas rasa tanggungjawab saya sebagai ketua rumahtangga, saya memberikan kata dua sama ada bernikah dengan cara apa sekalipun atau minta keluar dari rumah dan mereka telahpun keluar dan berpindah kerumah lain(masih bersekedudukan). Soalan saya:-
1. Benarkah rumah saya tidak didatangi Malaikat?
2. Benarkah saya menanggung dosa kerana saya ketua rumah?
3. Saya telah menyatakan kepada isteri bahawa saya tidak membenarkan anak2 saya kerumah mereka selagi mereka tidak bernikah; tetapi isteri tetap membawa mereka tanpa pengatahuan saya. Apakah hukumnya?
4. Dalam keadaan sekarang kata2 dari saya sebagai suami atau mak mertua saya yang isteri harus patuh?

Minta jawapan dan sedikit penjelasan kerana saya benar2 dilemma isteri saya seperti tidak mengendahkan kata2 saya, Jika saya komen situasi diatas beliau lebih mengungkit kesilapan lalu saya dari melihat kebatilan diatas. Saya amat terkesan dan merasakan yang saya perlu mencari kehidupan lain kerana tidak rasa yang saya ini sebagai seorang suami.
File Upload:
Salam

Saudaraku,

Teruslah berusaha untuk menjadi suami yang baik, suami yang bertanggungjawab dan suami yang Allah redai kepada kita. Tahniah atas kesedaran dan kesediaan untuk membawa perubahan dalam rumah tangga. Dugaan ini besar untuk membawa kebaikan, apatah lagi dengan sejarah silam yang sering diungkit. Pedulikan kisah silam, kerana kesudahan itu yang lebih utama bukannya sejarah awal.. Bila refree tiup wisel baru kita tahu pasukan mana yang menang...

Cuba uruskan perkahwinan ipar itu secepat mungkin. Bawalah keluarga yang boleh membantu untuk mempercepatkan perkahwinan mereka. Itu satu yang wajib disegerakan. Tidak kena sama sekali bersubahat dengan perlakuan sumbang. Bereskan perkara ini dahulu.

Yang lain itu, kita berserah kepada Allah.. kita berusaha menjadi yang terbaik dan berdoa, bertaubat.. Allah penentunya.




Visitor IP: 123.136.106.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Iela
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Salam ustaz, sy ade kekeliruan..
Saya dan suami baru bertengkar. Saya marah dan ikut perasaan mesej suami untuk minta cerai. Suami saya ckp 'kemas barang2 awak, harini jugak saya hantar awak balik kampung'. Suami saya hantar saya balik kampung tapi hanya separuh jalan kemudian patah balik. Dia cakap tak ada niat pun untuk ceraikan saya. Saya tahu dia tak ada niat nak ceraikan saya. Cuma bertindak sedemikian dalam keaadaan marah. Sekarang ni kami dah berbaik, cuma keliru:

1) apa yang suami cakap tadi jatuh talak ataupun tak?
2) kalau suami saya hantar saya ke kampung juga masa tu, maka jatuh talak atau x?
File Upload:
Salam

Bagus suami puan ni.. pandai dia nak bimbing isterinya..

Pada pendapat saya, ia tidak jatuh talak lagi.

tk

Visitor IP: 123.136.106.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, January 22, 2016

Soalan: CARA MENYAMAK BARANGAN CINA

Nama*:NOOR SHAFIQAH
Tajuk*:CARA MENYAMAK BARANGAN CINA
Message*:ASSALAMUALAIKUM

BOLEH SAYA TANYA
SAYA BEKERJA DENGAN MAJIKAN CINA, MAJIKAN SAYA MEMBERI BEKAS MANDIAN DAN KERUSI MAKAN BABY YANG CUCUNYA YANG DAH GUNA

SOALAN SAYA
1. BOLEHKAH SAYA MENGAMBILNYA TANPA WAS-WAS
2. PERLUKAH SAYA MENYAMAK BARANGAN TERSEBUT
3. JIKA PERLU MENYAMAK.. BAGAIMANAKAH CARANYA
MOHON PENCERAHAN
File Upload:
Salam

Benda yang diberi itu, ambillah. Terimalah sebaiknya. Ucapkan terima kasih...

Barangan yang tidak pasti sama ada terkena najis atau tidak, tidaklah perlu disucikan. Boleh dipakai terus..

Ataupun lebih baik, dibasuhkan sekali dengan air ia sudah memadai..

tk
Visitor IP: 60.53.3.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah sah lafaz cerai

Nama*:liana
Tajuk*:adakah sah lafaz cerai
Message*:Ustaz, saya yg telah hantar email terdahulu berkenaan suami lafaz
Saya janji akan lepaskan awk minggu depan samada kes mahkamah selesai atau tidak.
Saya mohon jasa baik ustaz utk berikan jawapan kpd sy terus di
. atau mungkin email kembali pada xxxx..  ustaz..maaf jika sy membebankan ustaz tp sy belum ada tmpt rujukan lagi dlm masa terdekat..terlalu byk masalah dan kekangan masa...
Terima kasih ustaz...
File Upload:
Salam

Mohon maaf kerana lambat nak jawab email ini.

Janji seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah lafaz talak itu disebutkan secara terang dan jelas pada hari yang dijanjikan..

Visitor IP: 113.210.1.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, January 21, 2016

Soalan: Jatuh ke TALAK??

Nama*:ALIYA
Tajuk*:Jatuh ke TALAK??
Message*:si suami yg mmbuat perangai berkata kpd isterinye,carilah seorang lelaki yg mampu membahagiakn mu,selepas itu aku akn melepaskn atau menceraikan mu...apakah hukum dr kata2 si suami??apabila si isteri mncari pengganti,si suami hanye mahu melepaskn si isteri dgn membuat tebus talak??sedangkn dia telah menyuruh si isteri mncari pgganti pd awlnye..bole jelaskn..
File Upload:
Salam

Dalam kes ini, talak tidak lagi jatuh. Suami tidak pernah melafazkan talak dengan terang dan jelas.

Jika suami minta untuk tebus talak, maka kes ini perlu dibawa ke mahkamah syariah. Pihak mahkamah sahaja yang berhak menentukan kadar tebus talak yang dibenarkan.

tk

Visitor IP: 175.143.89.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 20, 2016

Soalan: Zihar

Nama*:Hamid
Tajuk*:Zihar
Message*:Salam ustaz sy ni jenis suke tgk gambar isteri sy skang dulu ,zaman dia kecil2 dulu,zaman belajar,semua gambar sy simpan..masalah sy setiap kali tgk gambar isteri sy mst ade gangguan dan fikiran menyamakan dgn anak perempuan sy..serabut sy..sy xde niat nk zihar pon..kadang2 mmg semua org tahu yg anak byk warisi anggota sama ade dr ayah atau ibu..kadang2 bile tgk lesung pipit anak sy,mesti ingat isteri sy sbb isteri sy pon ade lesung pipit..baru2 ini,sy terjumpa gambar isteri kecik2 dlm umur 2tahun pakai pampers ..lalu ade lintasan sebijik mcm Alia (nama samaran) ..tp xde niat pon nk zihar tp drg fikiran mcm ni,abis la kau dah zihar tu..kadang2 sy rs kadang2 dtg sendiri fikiran utk samakan pastu mulalah was2 dah lafaz ke dlm hati je..
File Upload:
Salam

Ingatan pada kesamaan anak dengan isteri tidaklah dianggap zihar.

Zihar ini bermaksud mencela dan memburukkan isteri dengan ibu atau mahram.
Ingatan dan sebutan seperti ungkapan; pipi anak macam pipi isteri' tidaklah dikira sbg zihar.

tk

Visitor IP: 60.48.202.222

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: bapa doakan kecelakaan anak

Nama*:paranoid
Tajuk*:bapa doakan kecelakaan anak
Message*:Assalamualaikum ustaz..

saya mahu tanya pendapat ustaz sendiri perihal ayah saya agak pelik sejak bertambah tua. mulut dia sangat kancar mendoakan benda2 buruk berlaku pada anak2. tetapi

bagaimana jika perkara itu tidak munasabah..?

contoh, tetiba bapa saya kata kipas atas syilling mcm nak jatuh atas anak yg sedang tidur..dia minta alihkan anak ketepi, tp saya abaikan sebb tidak logik.

atau bab minum susu botol. anak tidak abis minum susu botol dalam 0.3ml shj, dia minta sy bg abiskan kerana takut membazir..anak da tidak mahu kenyang jadi sy abaikan. dia marah sekali lagi dan halau saya dr rumah.

dan kata bala Allah datang sbb kecilkan hati dia. saya senyap shj.

tapi dia mendoakan kecelakaan saya dan anak sbb tidak mendengar arahan dan mmbuatkan dirinya marah.

mungkin atas dasar sebab saya pernah dicabul oleh beliau sewaktu kecil, menyebabkan saya agak melindungi anak saya dan tidak mendengar kata2 yg tak logik. saya takut benda yg sama berlaku pada anak saya sendiri.

saya cuba melupakan peristiwa hitam masa kecil dahulu. dan apa yg dia telah juga lakukan pada kakak saya. kami masih kecil pada waktu dl dan keliru.

sekarang memasing dewasa, tp memasing senyap dan abaikan.

cuma disini ustaz, saya keliru adakah doa2 yg dilafazkan akan dimakbul Allah ?

niat saya mahu melindungi anak saya ustaz. ?
File Upload:
Salam

Doa seharusnya untuk kebaikan bukannya untuk kecelakaan. Doa untuk kecelakaan tanpa sebarang sebab adalah tidak wajar dan tidak kena sama sekali.

Seorang bapa sewajarnya mendoakan anak cucunya dalam keadaan baik dan selamat..

Dalam hal ini, saya berpendapat doa itu tidak adil dan Allah tidak semudah itu mengkabulkan doa.

Kita berdoalah semoga dia mendapat hidayah yang sebaiknya.

Cuba jauhkan anak kecil daripada bapa anda.. bimbang kalau ada rasukan nafsunya.. (mohon maaf)

tk

Visitor IP: 210.186.55.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, January 18, 2016

Soalan: adakah talak telah jatuh?

Nama*:Mimi
Tajuk*:adakah talak telah jatuh?
Message*:Assalamualaikum ustaz

Saya nak bertanya, satu hari saya dan suami bergaduh di dalam kereta dan suami ada menyatakan ' lepas ni kalau kerja rumah x siap mata jangan tengok tv selagi hang nk jadi isteri aku. tak pun hang bukan isteri aku dah! ha senang!

balik tu saya ada tertengok tv walaupun kerja rumah x siap
saya ada bertanya pada suami byk kali adakah lafaz tu dia ada niat cerai? dan byk kali jugak dia jawab dan yakinnya dia cakap bukan dengan niat cerai cuma marah ja.

adakah talak telah jatuh?
mohon pencerahan.
File Upload:
Salam

Maaf puan kerana saya tidak dapat pastikan sama ada ini terjadinya taklik atau tidak. Lazimnya bila suami sebutkan sesuatu larangan yang dikaitkan dengan cerai, maka akan terjadilah taklik.

Mohon rujuk kepada orang lain, mohon maaf n tk



Visitor IP: 202.75.4.133

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Soalan

Nama*:Syaaban
Tajuk*:Soalan
Message*:Salam ustaz, bolehkah seorang suami bertanyakan soalan seperti ini?:

"Jika seorang perempuan masih di dalam iddah dan suaminya melafazkan cerai ketika dalam iddah tersebut, apakah hukumnya ustaz?"
File Upload:
Salam

Maaf, soalan ini apa maknanya?

keliru?

Visitor IP: 175.143.64.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, January 17, 2016

Soalan: adakah ianya lafaz taklik

Nama*:nor
Tajuk*:adakah ianya lafaz taklik
Message*:Perkara yg dilakukan oleh isteri yg mgunakan org tengah untuk mberi pesanan dan mjwb panggilan rakan lelaki tsebut tidak menyebabkan talak ke ustaz,krn suami tidak tidak mberikan izin kpd si isteri mesej atau menghububgi rakan lelaki tsebut kerana si isteri khuatir apa-apa blaku kerana suami tsebut mberitahu jika dia thu atau isteri kantoi,dia bniat nk bpisah.tmbhan pula suami mmg tidak suka rakan lelaki tsebut shingga pernah buat repot polis mengenai rakab lelaki tsebut.
File Upload:
Salam

Berbincanglah dengan sebaiknya dengan encik suami dalam hal ini..

Visitor IP: 183.171.30.141

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lupa lafaz

Nama*:ron
Tajuk*:Lupa lafaz
Message*:Salam ustaz, mohon bantuan bagaimana caranya untuk seseorang yag terlupa apa yang dilafazkan?
File Upload:
salam

Kalau dah lupa lafaz, lafazkan semula.. apa yang pentingnya lafaz itu? lafaz nak solat ke?

op..sorry

Visitor IP: 175.143.64.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: iddah

Nama*:syaaban
Tajuk*:iddah
Message*:Salam. Jika seorang perempuan masih di dalam iddah dan suaminya melafazkan cerai ketika dalam iddah tersebut, apakah hukumnya ustaz?
File Upload:
Salam

Edah ialah tempoh masa bagi isteri yang diceraikan suaminya. semasa tempoh ini, suami berhak untuk merujuk tanpa perlu akad nikah baru...

Jika dalam tempoh edah, suami lafazkan cerai lagi, ia tidak membawa apa-apa makna kerana isteri memang telah diceraikan dan menunggu habisnya tempoh edah. lafaz cerai dalam tempoh edah tidaklah akan memanjangkan lagi tempoh edah. Tempoh edah pertama itulah yang sah dan dikira.

tk

Visitor IP: 175.143.64.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz talak seorang diri

Nama*:Mil
Tajuk*:Lafaz talak seorang diri
Message*:Salam ustaz,

Ketika seorang diri, saya telah menyebut lafaz 'aku cerai' tanpa gerakan lidah. Jadi ianya berbunyi seakan 'aku sherai' dan cepat2 menggantikan perkataan 'blablabla' di belakangnya supaya tidak terkeluar nama isteri= 'aku cerai/sherai blablabla'.

Ketika lafaz ini tiada Niat dan tujuan kepada isteri.

Ini adalah kerana saya nak nilai antara lafaz dan niat.

Adakah boleh menyebabkan jatuh talak?

Ini kerana saya mempunyai was-was yang agak melampau dan sukar untuk melawannya. Dan sekarang saya sedang cuba sedaya-upaya

Mohoj penjelasan ustaz. Semoga dirahmati Allah SWT.
File Upload:
Salam

Jika ucapan itu tidak ditujukan kepada isteri, maka ia tidaklah terjadinya talak.

Lafaz cerai hendaklah jelas didengar oleh suami yang melafaz.. tidak memadai jika terhenti di kerongkong shj.

tk

Visitor IP: 175.144.252.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, January 16, 2016

Soalan: cerai

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:cerai
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ada beberapa keraguan disini.Adakah ayat-ayat di bawah jatuh nya talak ke atas isteri.Situasi di bawah belaku suami dalam keadaan marah:
1. Saya ceraikan awak pada hari isnin ini. Jangan hubungi saya lagi,kita sudah tiada hubungan lagi.
2.Sekiranya awak call saya lagi selepas ini,saya akan ceraikan awak.
3.Jangan hubungi saya lagi dan jangan sentuh tangan saya,kita sudah tiada hubungan.
File Upload:
Salam

Sila rujuk ke pejabat agama.. talak yang terang dan jelas dilafazkan suami, akan jatuhlah talak walaupun dalam keadaan marah...

tk

Visitor IP: 113.210.6.28

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah atau tidak

Nama*:nur ain'na
Tajuk*:sah atau tidak
Message*:As salam ustaz, saya ingin bertanya jika bernikah semasa wanita itu hamil 3bulan, adakah sah pernikahan mereka? Wanita itu bernikah dgn org yg berzina dgnnya..
File Upload:
Salam

Sah nikah itu..

tk

Visitor IP: 175.136.121.186

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah ianya lafaz taklik

Nama*:nor
Tajuk*:adakah ianya lafaz taklik
Message*:Kesinambungan drpd soalan sy bkaitan suami tak redha dan bniat nak bpisah jika isteri bhubung dgn lelaki yg dia tidak suka jika suami tahu atau isteri kantoi,adakah jatuh talak jika isteri menggunakan org tengah(krn suami pernah buat repot polis bkenaan kwn lelaki tsebut)unt menyampaikan pesanan kerana isteri perlu mbayar duit pjaman yg pernah dibantu oleh kawan lelaki tsebut bg menyelesaikan mslh pd bbrapa thn yg lalu dan mjawab panggilan kwn lelaki itu krn unt mberitahu jumlah wang yg akn dibayar dan masa akan dibayar.syukran ustz
File Upload:

Bagi kes seperti ini, perlulah mendapat kebenaran suami kerana ia berkaitan dengan 'urusan yg belum beres' seperti hutang dll.. Mintalah bantuan suami untuk menguruskan hal ini dan secara langsung suami tahu kenapa kita berurusan dengan lelaki berkenaan.

tk

Visitor IP: 183.171.173.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, January 15, 2016

Soalan: Nafkah batin

Nama*:Inda
Tajuk*:Nafkah batin
Message*:Assalamualaikum,saya sudah berrumahtangga.bulan 2 ni genap setahun saya jadi isteri orang.masalah saya sekarang tahun 2015 dah 3kali saya keguguran.sudah berribu ringgit saya pergi pakar sampai lah hari ke 13 doktor nak jumpa saya dan beri saya suntikan serta ubat,jadual bersama pun doktor telah tetap setelah disuntik hormon.saya terlalu inginkan zuriat,masalah sekarang husband saya kena santau 1 badan kene gatal_gatal seperti kurap keping-keping termasuk zakarnya,bila saya nak bersama alasan yang husband saya bagi adalah kene santau.hampir setahun hak batin saya terabai,saya dah banyak kali jumpa pakar untuk dapatkan ubat tapi akhir cerita jadi macam ni.kadang-kadag saya melakukan onani sendiri kerana suami tak beri apa yang saya inginkan.saya baru bincang dengan keluarga saya sekiranya saya tak mengandung bulan dua ni saya nak mintak suami saya lepaskan saya.berdosakan saya nak kan zuriat,berdosa kah saya mintak hak batin saya pada suami.ni bukan kali pertama kami bergaduh,dah banyak kali.sekarang ni hati saya dah tawar pada suami saya sendiri perlukah saya berpura-pura sedangkan hati saya terluka.suami saya pernah kata "KALAU ADA ANAK ADA LAH KALAU TAK ADA KENAPA NAK PAKSA DIRI BUAT RAWATAN PADA DOKTOR BUAT HABISKAN DUIT JE SEDANGKAN SANTAU PADA BADAN MASIH ADA LAGI."kenapa mesti suami saya bagi alasan sebab dia kene santau tak ada nafsu atau tu cuma alasan suami saya sahaja.saya dah bagitahu suami saya saya terlalu inginkan anak.anak yang akan merubah segalanya.tolong lah saya perluhkan saya meminta cerai pada suami saya.....terima kasih...
File Upload:
Salam PUan Inda

Bersabarlah seketika.

Baharu sahajakan puan berkahwin (SETAHUN?) Pelik juga, baru setahun kahwin sudah tiga kali keguguran?

Mungkin fakta di atas terkhilaf...

Jika keguguran bererti, suami ada memberikan nafkah batin walaupun mungkin tidak sekerap mana.

Pertamanya, cuba bantu pulihkan suami dahulu, cubalah berubat dan berikan dia ilmu keagamaan bagi dia pulih terkena sihir. Amalan dalaman adalah kekuatan untuk menghadapi sihir.

Jika berusaha sampai 5 tahun tidak juga berjaya, mungkin perpisahan langkah terbaik.. tetapi setakat setahun tu, tak perlulah tergesa-gesa,,,

tk

Visitor IP: 115.164.49.124

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, January 14, 2016

Soalan: lafaz kinayah?

Nama*:toi
Tajuk*:lafaz kinayah?
Message*:Salam ustaz,
Saya ada berkelahi kecil dengan isteri, lalu saya ada mengatakan ' awak asik ragukan saya je, saya penat la hidup ngan awk macam ni '... Maksud saya penat hidup dalam keadaan si isteri menyalahkan saya selalu.
Adakah kerana itu jatuh talak ?
Mohon penjelasan. Terima kasih
File Upload:
Salam,

Pada saya ia tidak menjatuhkan talak selagi suami tiada niat untuk cerai.

Bimbinglah isteri itu ke arah yang lebih baik. tk

Visitor IP: 124.82.75.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:ani
Tajuk*:talak
Message*:Salam ustaz...
Sy dan suami ada masalah dan selalu bertengkar... pada 1 hari sy kerap kali minta suami cerai kan sy . Dengan keadaan marah suami ada berkata "KALAU KAU MINTA CERAI LAGI SEKALI AKU AKAN BAGI 3 TERUS" masa tu sy dah tak boleh fikir apa2, yang bermain dalam fikiran hanya cerai.. dan masa tu juga sekali lagi sy minta , "CERAI KAN AKU" Apa jatuh kah talak?
File Upload:
Salam

AKU AKAN BAGI 3 TERUS.. saya kira ada perkataan AKAN yang memberi pilihan kepada suami sama ada dia mahu menjatuhkan talak atau tidak setelah isteri meminta diceraikan.

Jika suami sebutkan cerai, akan terjadilah cerainya. Jika tidak, tidaklah terjatuh talak.

tk

Visitor IP: 113.210.132.243

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rumah tangga

Nama*:anonymous
Tajuk*:Rumah tangga
Message*:Salam Ustaz,

abang saya ada menyatakan hasratnya untuk melepaskan isterinya kepada ibu saya, kerana bagi nya hidup nya tidak bahagia. Sudah bertahun lamanya dia memendam perasaan tidak bahagia itu. Apabila dia telah menyatakan "aku mmg tak bahagia langsung dengan dia. aku rasa aku akan melepaskan nya jika aku balik nanti..".. adakah sudah jatuh talak? tetapi isteri nya belum mengetahui niat nya itu.
File Upload:
Salam

Bualan seperti itu tidaklah menjatuhkan talak sehinggalah suami dengan tegas menegaskan AKU CERAIKAN ISTERIKU...

ia belum jatuh talak..

tk

Visitor IP: 211.25.224.144

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 13, 2016

Soalan: CERAI

Nama*:miss ika
Tajuk*:CERAI
Message*:Salam ustaz,

Semoga sihat hendaknya.
Hal ini adalah berkaitan ibu bapa saya.
Sekitar saya dan adik-beradik dari kcil, ayah & mak kerap bergaduh. bila mana punca nya dari ayah yang baran.
pada mulanya dia bekerja.
setelah anak berusia ke 20-an dan bekerja dia berhenti dah tidak pernah memberi nafkah / wang utk barangan keperluan rumah.

Walaupon dia bekerja, kami tidak pernah merasa wang itu. kalau di beli pon cuma keperluan dia sahaja.
makan minum pon mak yang tanggung, itu pon hasil dari duit kami adik beradk bekerja.

sejujurnya kami memang terlalu rapat dengan mak.

berbalik kpd soalan:

ayah sering berkata "kalau kau taknak jom ke pejabat kadi" / "kau taknak boleh pergi berambus" / "aku pon dah taknak hidup dengan kau" / "aku dah taknak dekat kau". itulah yang sering kami dgr dari kecil sehingga baru2 ini. selain berkata kpd mak, dia juga cakap kan hal itu kepada adik2 supaya disampaikan kpd mak.

adakah jatuh talak?

ayah sememangnya baran dan pernah mengugut utk memukul mak. pada waktu kami kecil, pernah juga dia memukul mak & kami adk beradik sehingga saya nekad memberitahu adk brdk mak (abg kpd mak) dan taklama slps itu, mereka berbaik semula.

sepanjang hdup kami, berbelas kali, dan berpuluh kali mungkin itu yang dia katakan.

baru-baru ini, sekitar bulan 11/12 2015, ayah berkata kpd saya yang dia mahu ke pjbt kadi, dan ingin menjual rumah yg sedang kami duduki, selepas itu ingin membawa diri, dah tak mahu kan mak, seandainya saya mahu berkahwin hubungilah dia, menjadi wali.

adakah itu jatuh juga talak nya?



awal tahun ini, ada jiran di rumah saya yang mana masih mempunya suami, dtg ke rumah salam ayah dan memegang bahu ayah. pada mulanya mak hnya nampak dri jauh, smbil diperhatikan oleh p ngah. tetapi naluri wanita, mak ternampak di hari seterusnya,
mak nampak dan memarahi wanita itu,

"knp salam suami saya, saya pon tdk salam dgn ipar duai saya (lelaki) dan menantu saya.

bagus betul jwpn wanita itu "saya buat mcmni sbb ingin merayu"

lantas dia pulang ke rumah tetapi masih tinjau2 rumah saya,

bila mak tanya, ayah menafikan dengan ekspresi malu.
sedangkan pakai makan dia pon kami yang tanggung tetapi ayah sibuk tolong org luar, hantar anak org, isteri org.

adik2 balik kerja dia tak mahu ambil, anak org lain dia ambil.

tolonglah ustaz, saya skrg berumur 23 tahun dan bakal berkahwin, saya betul2 tertekan. melihat keadaan ini dan kasihan kpd mak dan adik2.

terima kasih, semoga Allah membalas.
File Upload:
Salam

Pada saya, sebutan bapa seperti ini;

 "kalau kau taknak jom ke pejabat kadi" / "kau taknak boleh pergi berambus" / "aku pon dah taknak hidup dengan kau" / "aku dah taknak dekat kau". 

TIDAKLAH menjatuhkan talak kecuali jika bapa berniat untuk ceraikan isterinya, maka jatuhlah talak. Adakah si bapa berniat untuk cerai atau tidak, jika ada niat, maka terjadilah talak.

Lafaz pada 11/12 itu pun tidak jelas (soreh) untuk menjatuhkan talak, kecualilah jika bapa ada niat untuk cerai....

Masalah utama ialah bapa kurang didikan dan kefahaman serta amalan agama. Dia mungkin hanya ikut ikutan sahaja Islamnya, sebab itu dia tidak kisah dengan sebut cerai dan talak. Sebab itu dia tidak kisah untuk menyara keluarga atau tidak..

Berilah peluang kefahaman agama kepada bapa sebelum terlewat, sebelum dia menutup mata. bantulah dia ke jalan Allah, kenalkan buadaya hidup Islam yang bersih dan amanah... Bawa dia bertaubat...

Lafaz-lafaz cerai yang tidak jelas seperti itu, tidak boleh dihukumkan telah terjadinya talak. Syariat hanya berpegang kepada yang jelas dan terang sebagaimana lafaz penerimaan nikah adalah jelas dan terang, begitu juga dengan cerai dan talak hendaklah terang dan jelas.

tk


Visitor IP: 180.74.135.66

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Alin
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum,

Ustaz,

Saya ingin bertanye jatuh kah talah jika ayat ini disebut pd isteri "perangai xberubah-ubah ko nk smp bercerai br puas hati ke" mcm tu la ayat nya.

Terima kasih
File Upload:
Salam..

Ia tidaklah terjadinya talak... Itu ugutan tu.. tk

Visitor IP: 175.141.34.181

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 12, 2016

Soalan: JATUH TALAK

Nama*:RAINA SYAFIQAH
Tajuk*:JATUH TALAK
Message*:Assalamualaikum Tuan..

sya nk minta pencerahan...saya dan suami bergaduh..dia sms sya dan cakap aku lepas kau cara baik..tp sya tak pasti adakah benar niatnya untuk menceraikn sya..adakah terjatuh talak?
File Upload:
Salam..

Simpan SMS berkenaan sebagai bukti untuk dipastikan kepada suami, apakah benar dia menceraikan puan atau tidak. SIla pastikan daripada suami, kerana bahasanya menunjukkan dia telah ceraikan puan.. walaupun sopan...

heheh..

tk

Visitor IP: 60.52.84.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:nor
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:Berhubung soalan sy berkenaan suami tidak redha dan suami nk berpisah dgn si isteri jika si suami dpt thu atau si isteri msj dan call lelaki yg tidak disukai suami,adakah jtuh talaknya kalau si isteri mdpt pgln dan msj dr lelaki tsebut.mknanya lelaki tsebut yg menghubungi si isteri.ttp si isteri tdk melayan.
File Upload:
Salam

JIka lelaki itu yang mengganggu isteri, tidaklah terikat dengan taklik cerai, yang suami marah bilamana isteri menghubungi lelaki lain..

tk

Visitor IP: 183.171.27.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum rujuk

Nama*:syaaban
Tajuk*:hukum rujuk
Message*:Salam ustaz, apakah hukum suami yg melafazkan rujuk kepada pasangannya tapi tak pernah melafazkan cerai?
File Upload:
Salam

Tak jadilah rujuk kerana tiada berlakunya talak...

Macam mandi hadas besar, sedangkan tidak berhadas besar.. so tak sahlah mandi berkenaan.

tk

Visitor IP: 118.100.232.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Hukum lafaz

Nama*:Ron 97
Tajuk*:Hukum lafaz
Message*:salam ustaz, apakah hukum suami melafazkan perkataan "cerai, cerailah" seorang diri?
File Upload:
Salam

Jika dimaksudkan cerai itu ditujukan kepada isterinya, maka sahlah talak berkenaan walaupun isteri tak dengar dan isteri tidak tahu. Cerai akan sah tanpa saksi... cukup dengan lafaz suami sahaja yang jelas menceraikan isterinya.

tk

Visitor IP: 118.100.232.192

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, January 6, 2016

Soalan: Suami nak cari perempuan lain


Nama*:RON 95
Tajuk*:Suami nak cari perempuan lain
Message*:Apakah hukum suami mengatakan kepada isteri "aku nak keluar, aku nak cari perempuan lain".
File Upload:
Salam..

Kalau isteri benarkan, maknanya dia boleh dapat orang baru...

op.. sorry puan.

Tak ada kaitan dengan cerai dan tak terjadinya cerai..

tk

Visitor IP: 175.143.102.50

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: soal talak


Nama*:rayyan farish
Tajuk*:soal talak
Message*:Assalammualaikum,
Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak 1 pada tahun 2006 di dalam keadaan marah.Pada waktu itu ada pendapat menyatakan tidak sah lafaz cerai dlm keadaan marah.Dan saya serta isteri terus hidup bersama sehingga sekarang.
Persoalannya:
1-Sah atau tidak lafaz cerai semasa marah..?
2-Sekiranya sah bermaksud tempoh iddah dan rujuk sudah habis..Bagaimana untuk saya kembali bersama isteri secara sah?
3-Sepanjang tempoh saya dan isteri bersama walaupun selepas habis tempoh iddah itu..saya pernah lafaz taqlik dan cerai padanya..sahkah lafaz2 tersebut..?
File Upload:
Salam

Ya Allah..

Lafaz talak semasa marah adalah sah dan jatuh talak. Kecualilah marah itu yang keterlaluan hingga hilang pertimbangan, hilang akal.. baharulah talak orang berkenaan tidak sah. Namun kebanyakan kita ni, marah dan marah yang tidaklah sampai hilang akal; so bila lafaz shj cerai, akan terjadilah talak.

Dalam tempoh yang panjang 2006 - kini, hubungan itu adalah dikira haram; kecualilah suami ada menyebut untuk berbaik semula dalam pengertian RUJUK.

Kes yang telah tamat tempoh edah, perlulah diakad-nikahkan semula. Jumpa balik wali dan minta dinikahkan semula..

Dalam tempoh 2006 - kini, jika suami ada melafazkan taklik sedangkan mereka bukan lagi suami isteri yang sah, maka taklik itu tidak dikira. Sebab yang boleh beri taklik ini ialah suami yang sah sahaja.

tk

Visitor IP: 103.1.70.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, January 5, 2016

Soalan: perlukan kepastian


Nama*:siti
Tajuk*:perlukan kepastian
Message*:Assalamualaikum ustaz...

saya ada plan nak buat kenduri tahlil di surau...suami saya mahukan menu untuk tahlil tu nanti nasi dagang dan saya mahu nasi tomato...berlaku pergaduhan sb saya tak nak ikut cakap dia dan suami berkata " kalau kau anggap aku ni suami kau, kau ikut kalau tidak kau boleh berambus "

Saya yang akan sponsor majlis tu nanti saya rasa biarlah saya yg tentukan apa menunya...

soalan saya kalau saya tak ikut menu yang suami saya nak, adakah sudah jatuh talak....
File Upload:
Salam.

Saya berpendapat lafaz suami itu bukanlah taklik, tetapi ugutan..

* dalam kes kecil macam ni, ikut je lah kehendak suami walaupun yang sponsernya isteri, tak apa lah.. buat apa nak digaduhkan benda yang remeh seperti ini. Nak buat baik, dah jadi tak baik...

tk

Visitor IP: 210.186.159.251

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA