Wednesday, December 9, 2015

Soalan: Lafaz ralak

Nama*:Darwish othman
Tajuk*:Lafaz ralak
Message*:Assalamualaikum ustaz
Persoalan saya adalah tentang lafaz saya.
.isteri saya dalam keadaan marah meminta supaya diceraikan kerana tidak dapat menerima berita yang saya telah berpoligami.
Jadi untuk meredakan keadaan saya telah melafazkan perkataan.." pada saat dan ketika ini aku melepaskan engkau dengan TARAK 1.." saya bukan menyebut perkataan TALAK tp saya saja menyebut perkataan TARAK dalam bahasa pasarnya bermaksud "takde" bagi meredakan keadaan tapi saya melakukan tanpa niat sebab tu saya tukar perkataan itu...
Jadi bila dia.mendengar perkataan itu seperti TALAK dia pun dapat bertenang...bagi dia itu yang dia dengar dan menanggap bahawa talak itu sudah jatuh.
Adakah jatuh talak ke atasnya ustaz.
Terima.kasih ustaz
Assalamualaikum
File Upload:
Salam

Jika benar saudara tiada niat untuk bercerai dan saudara menyebut TARAK ketika lafaz itu disebut, maka ia tidaklah terjadi talak lagi. Hanya isteri sahaja yagn dengar seakan-akan TALAK tetapi sebenarnya TARAK... bagus juga idea saudara ni...

Untuk menenangkan isteri..hehe...



Visitor IP: 1.9.103.15

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.