Wednesday, December 16, 2015

Soalan: Jatuh talak ataupun tidak

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh talak ataupun tidak
Message*:Salam ustaz,

Mohon pencerahan. Saya terbaca satu akhbar dimana isteri telak diceraikan oleh suami dengan talak 3 apabila suami mengatakan sudah menceraikan isterinya dgn talak 3 dihadapan kawan2 nya. Jadi sy terfikir dan bimbang, pada awal usia perkahwinan sy dh suami kerap bertengkar dan berlaku lah dialog seperti ni

Case 1
Saya: kenapa kawin kalau nak sakitkan hati saya je? Ceraikan lah saya. Saya nak bercerai.

Suami: ok, fine. Nk cerai, cerailah. Kau pergi bgtau mak ayah n family kau. Jgn bgtau dorg aku pulak yg nk bercerai.

Case 2
Saya: saya nk cerai. Ceraikan la sy. Sy nk balik dgn keluarga sy

Suami: kalau nk cerai, kau pergi cakap dgn family kau dlu.

Saya: cerai di tangan awk, kenapa kene tnye keluarga?

Saya tak ingat saya apa dialog yg sebenarnya suamk lafazkam. Tapi lebih kurang mcm tu la. Saya tnye suami, dia pun tak ingat. Risau saya ustaz. Adalah dua case diatas dikira jatuh talak? Terima kasih.
File Upload:
Salam

pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana suami masih berlapik dan bersandarkan kepada 'kena bagi tahu keluarga'..

Ok.. sekarang, berbaiklah dengan suami.. kasihan dia tu... bantulah dia untuk menjadi lebih baik..

tk

Visitor IP: 175.136.13.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.