Wednesday, December 30, 2015

Soalan: inginkan kepastian

Nama*:nadia
Tajuk*:inginkan kepastian
Message*:Assalamualaikum..mohon pencerahan.jika seorang suami berkata pergilah kawin dengan lelaki lain ketika bertengkar adakah ianya lafaz kinayah.apabila suasana kembali tenang,isteri bertanya kpd suami apa niat bkata seperti tersebut dan si suami memberitahu tiada niat melainkan marah dan si suami bersumpah dengan nama Allah bahawa mmg tiada niat lain melainkan marah shj.mohon bntuan.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah terjadinya talak..

marah punya hal tu..
tk

Visitor IP: 183.171.173.1

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz taklik

Nama*:Aizat
Tajuk*:Lafaz taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz

Ingin bertanye.

1)Tahun lpas saya ade bergaduh dgn isteri dan terlepas taklik ( kalau lpas kerja terus balik rumah..kalau pg mane tanpa kebenaran saya jatuk talak 1 ingat ea hari ni.

2) saya ckp berulang kali dgn niat mengingatkn beliau

3)saya berbuat demekian supaya isteri saya tidak pergi ke mana.. Bukan utk membuka aib tetapi penah dlu die penah makan ubt yg bnyk dgn maksud lain ealah nk bunuh diri..saya pkir pnjng ustaz..sbb tue saya buat mcm tue.

4) pada hari yang sama jugak saya telah kol isteri dan berkata lpas nie nk pg mane2 pn saya benarkan sampai bile

5) tlng la saya ustaz saya dah rasa was was.. Xnk hidup dlm dosa
File Upload:
Salam

Kebanyakan ulama mengatakan taklik tidak boleh ditarik balik, walaupun ada sebahagian yang mengatakan taklik boleh ditarik balik.

Jika berpegang pada pendapat 'tidak boleh ditarik balik', maka taklik itu kekal hukumnya sampai bila-bila selagi dalam perkahwinan itu.

Saya berpendapat, taklik yang dibatalkan sebelum kesnya terjadi adalah diharuskan.. Wallahuaklam

tk

Visitor IP: 113.210.6.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak

Nama*:abdul rahim
Tajuk*:talak
Message*:saya cakap baru berkahwin 24/12/2015
masa nak balik ke kuala lumpur saya ade cakap
balik ni abang bujang la
sebab saya maksud kan saya balik sorang sorang
adekah jatuh hukum talak?
File Upload:
Salam

Taklah jatuh talak tu..

Ok.. selamat pengantin baru.. jaga isteri baik baik dan moga bahagia selamanya..

Tak nak sebut langsung perkataan cerai dan talak ketika bergaduh tau.. ingat...
tk

Visitor IP: 219.92.24.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 29, 2015

Soalan: Jatuh atau tidak talak?

Nama*:Najibah
Tajuk*:Jatuh atau tidak talak?
Message*:Suatu malam berlaku perselisihan faham antara saya dan suami,suami mengatakan jika awak mahu abang menceraikan awak malam ini juga abang boleh ceraikan.Apabila saya tanya suami,dia cakap dia bukan melafazkan cerai cuma sebagai contoh.
Persoalan saya adakah jatuh talak dengan kata-kata tersebut.
File Upload:
Salam

Itu ugutan, bukannya cerai..

masih selamat dan tak jatuh talak..

tk

Visitor IP: 183.171.27.240

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Aku cerai je dia,

Nama*:Putri
Tajuk*:Aku cerai je dia,
Message*:Adakah jatuh talak jika si suami berkata dekat adik kandungnya, kalau dia (isteri) taknak ikut aku duduk sekali, aku cerai je, (tanpa niat cerai).

Isteri nya pula pada mula nya taknak ikut, tetapi selang beberapa hari/minggu apabila dipujuk dia ikut suami dia.

Keadaan berlaku semasa suami dan adik kandung didalam kereta menuju ke rumah baru dan isteri di rumah ibunya.
File Upload:
Salam

Tak jatuh talak lagi kerana ia masih dalam keadaan AKAN.. dan KALAU..

tk

Visitor IP: 103.1.69.94

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 28, 2015

Soalan: Hukum pemberian hadiah.

Nama*:Asme
Tajuk*:Hukum pemberian hadiah.
Message*:Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya tentang hukum pemberian hadiah kepada agen.

Begini ustaz...Katakan saya ada hasilkan satu produk bernama Produk A...Harga runcit RM100.

Saya buka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk jadi agen (secara percuma) bagi Produk A supaya jualan bertambah laris...Jika agen berjaya buat sale, saya akan bagi komisen RM40.

Untuk rancakkan lagi jualan, saya buka "cabaran agen"...Mana-mana agen yang berjaya hasilkan jualan terbanyak dalam masa sebulan, saya akan berikan hadiah tambahan selain komisen per jualan...Contohnya :

- Top seller = RM1000 cash
- 2nd place = RM500 cash
- 3rd place = RM250 cash

Duit hadiah tu pastinya saya ambil daripada bahagian keuntungan saya RM60 tu.

So pertanyaan saya, adakah dalam Islam dibolehkan saya buat "cabaran agen" macam tu...Sebenarnya ramai usahawan buat macam tu...Tapi baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan cabaran macam tu mengandungi unsur perjudian...Jadi saya agak keliru sebab tiada bayaran dikenakan untuk jadi agen dan tiada bayaran/wang pertaruhan untuk sertai cabaran agen tu.

Mohon pencerahan ustaz.

Terima kasih
File Upload:
Salam

Alhamdulillah dan tahniah kerana menceburi bidang perniagaan.

Hadiah galakan kepada agen adalah dibenarkan pada asalnya.

Cuma jika dijadikan ia sebagai MOTIVASI utama perniagaan, ia kurang wajar kerana akan ada nanti unsur penipuan dan paksaan kepada pelanggan di bawah agen. Agen akan berusaha dengan berbagai cara dan kaedah untuk melariskan produk hingga tidak mustahil adanya unsur penipuan atau 'berlebih lebihan' yang tidak sepatutnya.

Perniagaan elok kiranya sebaiknya dielakkan daripada unsur gharar (penipuan) yang kita sediakan laluannya.

Mohon maaf dan elok saudara bertanyakan ilmuan yang lain. Ini pendapat jahil saya sahaja.

tk

Visitor IP: 124.82.40.16

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 27, 2015

Soalan: aku talak kan ko...klu aku pegang hp tu lagi..

Nama*:asrul
Tajuk*:aku talak kan ko...klu aku pegang hp tu lagi..
Message*:Kami bergaduh sbb salah faham...yg saya sms n col ppuan lain...sdngkan kami hanya kawan..dan dalam keadaan tegas n untuk kepuasan isteri, saya lafazkan ' aku talak kan ko, klu aku pegang hp tu lagi..n kemudian saya sebut lg perkataan yang sama supaya isteri saya puas ati...tetapi apabila keadaan tenang saya telah gn kan hp smula...namun selepas 2 hari isteri sya nasihatkan sya spy tdk gn hp tu spy talak tidak jatuh...pertanyaan sya adakah talak jatuh????
File Upload:
Salam

Lafaz taklik seperi itu adalah sah. Oleh kerana saudara telah melanggar taklik, maka terjadilah talak satu.

Sila bawa kes ini ke pejabat agama.

*Gunakan tulisan bahasa Melayu yang betul..

Visitor IP: 103.245.88.253

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Rumah Tangga

Nama*:lee
Tajuk*:Rumah Tangga
Message*:Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan isu rumah tangga saya, isteri dan ibu saya. Saya dan isteri telah berkahwin hampir 2 tahun. Saya dan isteri tinggal dirumah ibu saya selepas berkahwin. Ibu saya seorang ibu tunggal yang kematian suami dan saya mempunyai dua orang adik perempuan yang sudah bekerja. Kami tinggal rumah yang sama.

Setiap hari saya dan isteri akan bangun awal pagi utk ke tempat kerja yang mengambil masa 30 minit utk saya. Manakala isteri mengambil masa kurang dari dua jam utk ketempat kerja. Perjalanan isteri bergantung pada perkhidmatan awam (ERL train) dan perlu sampai sebelum pukul 720 pagi. Jika dikira setiap hari dia akan mengambil masa kurang dari 4jam.

Saya dan isteri telah pun membeli rumah berdekatan dengan tempat kerja kami, tanpa memberitahu ibu dan adik yang kami telah membeli rumah. Saya merahsiakan perkara ini kerana saya ingin memberitahunya pada masa yang sesuai.

Apabila, sudah diberitahu ibu dan adik2 tidak setuju kerana mereka mengharapkan saya sebagai seorang anak lelaki tunggal yang akan menjaga keluarga. Ibu berpegang pada janji saya selepas kematian arwah ayah saya. Saya akan menjaga mereka.


Saya tidak berniat untuk mengabaikan tanggungjawab saya. Sepanjang saya dan isteri duduk dirumah ibu saya. Isteri mempunyai masalah dengan keluarga saya ( Ibu dan Adik2 ). Sering berlaku perselisihan faham sebagai contoh ibu terasa hati sebab isteri tidak makan masakan yang dimasak kerana isteri keletihan. Saya sudah bagi tahu tapi timbul lain2 masalah yang byk utk diceritakan. isteri berasa tidak selesa. Sebab itu saya mencari rumah yang sendiri kerana saya khuatir akan ada masalah yang timbul lagi.


Perjalanan dari rumah saya ke rumah ibu mengambil masa 20 - 30 minit. Adakah salah tindakan saya ini? Saya ada mendapatkan nasihat daripada kawan2, ibu sedara dan juga membaca beberapa artikel tentang permasalahan ini. Secara keseluruhannya menjurus agar berpindah bagi mengelakkan terjadi perselisihan faham ini. Saya sudah kebinggungan, memikirkan masalah ini. apakah yang saya perlu buat? Sekian, Terima kasih. Moga ada nasihat dan tunjuk ajar.
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, tindakan saudara membeli rumah dan membantu isteri dalam urusan kerjaya, adalah langkah bijak.

Saya cadangkan saudara berpindahlah ke rumah sendiri yg tentunya lebih selesa dan mendamaikan isteri..

Yakinkanlah ibu saudara bahawa perpindahan itu bukanlah untuk mengabaikan mereka. Lagipun ia tidaklah terlalu jauh untuk saudara menziarahi mereka.

Mendiami rumah sendiri jauh lebih baik menumpang keluarga...

tk

Visitor IP: 218.111.124.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Soalan

Nama*:Husni
Tajuk*:Soalan
Message*:Ustaz kalau suami cakap ,aku terpaksa cerai kamu...adakah dah dikire jatuh talak??tu je yg isteri dengar lepas tu suami diam..xde pulak suami ckp aku cerai cume "aku terpaksa cerai kamu""..sy faham perkataan terpaksa tu mcm nak dan belum lagi..ape pendapat ustaz
File Upload:

Salam

Pada pendapat saya, ia tidak gugur talak lagi kerana perkataan itu belum TEGAS untuk menjatuhkan talak..

tk
Visitor IP: 115.135.123.149

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 26, 2015

Soalan: jatuh ke lafas talak

Nama*:leeeny
Tajuk*:jatuh ke lafas talak
Message*:SAYA dn suami dh lama dingin..Dlm suatu situasi, saya tgh berbicara dgn suami dlm kereta..mula mula ok ja..tp bila masuk bab yg dia x berapa gemar, automatik mood suami jadi marah dn nada percakapan jadi tegang..dn situasi jadi perbalahan antara,kami berdua..dn dia ada kta " aku x suka org paksa paksa..hg ni klu satu satu perkara suka memaksa".. saya kta salahkh sbg seorg isteri dn kita sbg pasangan hidup berkongsi pendapat..bkn niat memaksa..suami saya terus jadi marah..dn dia terkeluar kta2 seperti ini " dhblama aku tak anggap hang bini"..SOALAN SAYA jatuh ka lafas tu..
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, ia tidak lagi menjatuhkan talak dengan lafaz seperti itu, kecualilah suami berniat untuk menceraikan isterinya, maka terjadilah talak.

Jiak puan sedar, suami tak suka perkara yang dibincangkan, maka usahlah diungkit perkara itu.. biarkan dia berlalu sahaja walaupun pada pendapat puan, puan nak tegurnya.. tak perlu buat benda yang suami tak suka..

tk

Visitor IP: 123.136.112.72

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Masalah dengan suami

Nama*:Laili Luqman
Tajuk*:Masalah dengan suami
Message*:Assaalamualaikum,
Selama 18tahun saya berkahwin suami tidak mahu memberi nafkah kepada saya dengan cara yang sepatutnya. Dia mahu saya solat tetapi tidak PERNAH membelikan telekung. Dia mahu saya menutup aurat tetapi tidak mahu mengeluarkan wang utk saya membeli pakaian yang sempurna. Semasa saya bekerja dia sering berkata "awak pakai duit awak dulu untuk bli barang dapur dan nanti saya bayar" tetapi dia tidak membayarnya. Perbuatannya itu membuatkan saya tidak ada langsung wang simpanan. Apabila saya sudah tidak bekerja pula dia sangat kedekut memberi nafkah pada saya dan anak. Saya tahu dia mempunyai duit tetapi dia tidak akan bagi. Bila saya minta sedikit duit untuk membeli barang keperluan saya seperti pencuci muka atau shampu pun dia tak nak bagi. Bila dia ajak pindah duduk dekat dengan keluarga dia saya setuju saja. Tetapi selepas itu dia tak mau kerja. Dia tidur hingga dekat tengahari. bila saya kejutkan suruh cari kerja pula, dia marah dan terus pergi rumah mak dia sambung tidur. Petang dalam pukul 4 atau 5 baru dia balik bawa lauk sikit untuk saya dan anak-anak makan. Hati saya betul-betul remuk dengan perbuatannya. Bukan itu saja, dia banyak mengganggu emosi anak sulung saya. Dia selalu mengeluarkan perkataan yang tidak baik pada anak saya. Dia juga tidak mempedulikan tentang keselamatan. Dia bawa anak saya yang baru berumur 3tahun naik motosikal tetapi anak saya duduk di belakang dan hanya dapat memeluknya sedikit sahaja. Saya sangat kesal dengan sikapnya. Dia tidak pernah mengaku salahnya dan sentiasa mencari kesalahan saya.Dia juga pernah meninggalkan saya dan anak-anak tanpa duit dan juga makanan dirumah sedangkan masa tu dia mempunyai wang. Bila dia pulang dia marah saya pula bila saya minta duit untuk bli makan. Soal menyakiti saya pula lain. Saya telah berkahwin selama 18thn. Tetapi sudah 3thn saya tidak bersama dengan suami kerana suami selalu menyakitkan kemaluan saya. Saya telah banyak kali memberitahu kepada suami tentang perbuatannya itu tetapi tidak di endahkan. Hampir setiap kali bersama dia akan menyebabkan kemaluan saya terkoyak hingga kadang-kadang hingga berdarah. Sehingga satu tahap saya trauma utk bersama dengannya. Suami saya tidaklah mengasari saya tetapi setiap kali bersama dia menggunakan tangan utk memegang alat sulitnya kerana dia seperti sudah mati pucuk. Setiap kali saya memberitahunya dia akan berkata tidak sengaja. Kalau tak sengaja tak kan setiap kali bersama jadi macam tu. Sekarang ni dah 2tahun saya tinggalkan suami kerana takut emosi saya dan anak2 akan lebih terganggu. Saya sudah tidak boleh bersamanya. Saya sangat tertekan bila memikirkan dia tidak memberi nafkah zahir batin pada saya dengan cara yang sepatutnya, cara dia mengganggu emosi anak2, tidak mengutamakan keselamatan kami sekeluarga dan juga sering menganggap dirinya seperti uztaz yang tahu semuanya tentang agama. Saya takut dosa saya akan terlalu banyak jika bersamanya kerana sakit hati. Jadi saya minta dia melepaskan saya tetapi dia enggan. Bolehkah saya menuntut cerai taklik? Kerana taklik berbunyi "dengan ini bertaklik iaitu manakala saya meninggalkan isteri saya selama 4bulan berturut-turut atau lebih, sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa tersebut, padahal dia taatkan saya, atau saya melakukan sebarang perkara yang menyakiti tubuh badannya atau kehormatan dirinya atau harta bendanya atau sebagainya, kemudian dia mengadu kepada mana-mana kadhi atau mahkamah syariah dan thabit aduannya kepada kadhi atau mahkamah syariah maka pada ketika itu tertalak isteriku----dengan satu talak". Adakah sentiasa menyakit kemaluan saya itu dikira sebagai menyakitkan tubuh badan? kerana didalam taklik tidak mengatakan " DENGAN SENGAJA MENYAKITI TUBUH BADANNYA" hanya tertulis melakukan sebarang perkara yang menyakiti tubuh badannya. Atau sekiranya saya ingin membuat tebus talak, boleh tak dengan cara menolak semua hutang-hutangnya semasa saya bekerja dan juga nafkah saya yang dia tidak pernah bagi?
File Upload:
Salam

Puan,jika puan sudah membuat keputusan bahawa perpisahan itu adalah lebih baik, maka eloklah puan menuntut cerai daripada suami. Perkara ini boleh dibawa ke mahkamah bagi pertimbangan dan pembelaan kepada puan.

Sudah 18 tahun berkahwin, tentunya puan perlukan kebebasan dan keadilan. Bawalah kes ini ke mahkamah.

tk


Visitor IP: 14.1.198.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah sah talak tnpa niat

Nama*:Ya rabbi
Tajuk*:Adakah sah talak tnpa niat
Message*:Salam,

1-mmg aku xmnyesal lah ceraikan ko
2- dn lpas ni aq dh mlas nk ad pe2 lg gn ko
3- so aq aser lpas ni kte jmpe kt mhkhamah je
4-ko ad ke x jb bkn urusan aq lg
5- klau cerai ke x cerai aq dh xde hti lg gn ko

Kami telah bergaduh di whatsap,dan ayat di atas adalah ayat yg suami sye tulis di whatsap.adakah jatuh talak 1? Suami mnyatakan dia tiada niat, dia terlalu marah masa tu. Dan kami telah berbaik semula.adakah kami perlu rujuk ke pejabat agama dan jika jatuh bagaimana cara u tuk rujuk semula dgn betul?
File Upload:
Salam

Jika sms itu dihantar dengan niat untuk cerai, maka terjadilah talak. Tetapi jika suami marah sahaja, tanpa niat cerai, ia masih selamat.

Jika terjadinya cerai, rujuk boleh dibuat dalam tempoh edah. Rujuk berlaku dengan ajakan daripada suami untuk kembali hidup bersama sbg suami isteri..
tk

Visitor IP: 183.171.16.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 24, 2015

Soalan: macam haram

Nama*:mail
Tajuk*:macam haram
Message*:salam ustaz, maaf ganggu, saya ada musykil. Saya ada bercerita ngan isteri dgn niat menegur beliau, namun antara ayat saya adalah, "percintaan kita lepas kahwin nie, macam haram". "macam haram" nie memang mcm perbualan biasa yang bermaksud xsyok/ xbest.

Namun ingin sgt saya tahu, adakah ayat saya ini menjejaskan hubungan halal saya & isteri (jatuh talak ke dsb). Mohon pencerahan dari ustaz.

Sekian
File Upload:
Salam

Atas tujuan (niat) apa saudara sebutkan perkataan HARAM itu? jika ia bermaksud tidak best, saya kira ia tidaklah menjatuhkan talak atau menyebabkan haramnya hubungan suami isteri.

Jika tiada niat cerai, maka tidaklah terjadinya talak atau menjejaskan hubungan suami isteri.

tk

Visitor IP: 124.13.188.161

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 23, 2015

Soalan: perlu ke mandi hadas besar

Nama*:shamila
Tajuk*:perlu ke mandi hadas besar
Message*:Salam ustaz…saya ingin tanya tentang air mani wanita:
1. Ingin tahu adakah air mani wanita hanya keluar ketika berjimak shj? Adakah mani wanita boleh keluar jika wanita itu bermimpi?
2. Ingin tahu warna,bau dan sifat air mani perempuan. Adakah sama aifatnya dengan air mani lelaki..
3. Jika wanita bermimpi, dan apabila ia sedar dari tidur, ia melihat tiada air mani yg keluar dan yg keluar adalah keputihan biasa yg berketul.adakah ia wajib mandi hadas besar?
Jika sata sgt YAKIN & PASTI yang air mani tak keluar, maka tidak mandi wajib..boleh ke begitu..
Terima Kasih.
File Upload:
Salam

Mohon maaf puan, saya kurang mahir untuk menjelaskan ttg air mani wanita..

Kena tanya kpd ustazah lain... maaf ya..

tk

Visitor IP: 203.106.159.41

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: mohon pemdapat dan nasihat ustaz

Nama*:fate
Tajuk*:mohon pemdapat dan nasihat ustaz
Message*:sy brkhwin dgn seorg lelaki duda ank 1,slps brkhwin,suami sy telah mnyediakn tmpt tnggl dn sgala klengkapan rumah..msalah sy,suami sy tidak mahu bg nafkah bulanan kpd sy dgn sebab dia sudah mnyedia kn segala kelengkapan rumah dan wajib mmberi nafkah kpd anknya tiap2 bulan..dia bersikap tidak adil kpd sy..kdg2 bila bergaduh,dia halau sy keluar dari rumah..dia juga selalu ungkit segala yg dia sediakn kpd sy..bila dia bawa sy brjln atau mkn diluar,jika mknn mhl,sy dminta keluarkn duit sy sendri..keperluan sy yg lain sperti syampu,mkeup,sy sndri yg perlu keluarkn duit..sy selalu terfikir untuk meminta fasakh.. :-(
File Upload:
Salam

Bersabarlah puan, karenah suami itu berbagai...

Tak elok nak minta fasakh jika suami masih menyediakan makanan dan tempat tinggal sepatutnya.. Soal tak bagi nafkah tu, bawalah berbincang elok-elok,, usah pula ia menjadi punca perbalahan rumah tangga. Bawalah berbincang dengan baik ttg hal ini.

tk

Visitor IP: 123.136.112.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: LAFAZ CERAI

Nama*:FMA
Tajuk*:LAFAZ CERAI
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
2 minggu yang lalu, saya dan suami ada bertengkar tentang masalah rumahtangga kami. Semasa pertengkaran saya dengan jelas mendengar suami mengatakan ..." boleh tak jangan masuk campur hal saya lagi...KITA DAH TAK ADA HUBUNGAN APA2 "...saya nak pastikan samaada ianya merupakan salah satu lafaz cerai yang sah...untuk pengetahuan Ustaz, kami masih tinggal bersama sehingga hari ini.
File Upload:
Salam

Puan kena bertanyakan kepada suami, pastikan apakah niatnya ketika dia melafazkan 'kita dah tak ada hubungan apa-apa'.. jika dia menyebut dengan maksud dan niat utk cerai, maka terjadilah talak 1.

Ia boleh menjatuhkan talak dengan perkataan seperti itu..

tk

Visitor IP: 103.1.71.225

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 22, 2015

Soalan: persoalan talak

Nama*:zaidin
Tajuk*:persoalan talak
Message*:ketika memikirkan persoalan talak. saya bercakap dalam hati dan bebisik seorang diri... saya berkata aku ceraikan isteri aku ker? tetapi perkataan ker itu saya tidak tersebut (kedengaran) kerana bercampur berbisik dan dalam bercakap dalam hati perkataan ker itu berbunyi didalam hati... kini saya bimbang jika talak telah jatuh kerana perkataan ker itu hanya jelas didalam hati. saya sememangnya hanya ingin berkata aku menceraikan isteri aku ker... tetapi ker itu terbunyi hanya didalam hati.
File Upload:
Salam

Keraguan itu membunuh harga diri seorang lelaki..

Belajarlah untuk menyembuhkan diri daripada sebarang keraguan dan was-was. Talak hanya terjadi dengan lafaz yang jelas dan terang... Jika masih dalam hati dan lintasan semata-mata ia tidak menjatuhkan talak..

tk


Visitor IP: 210.48.222.8

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak @ tidak

Nama*:safina
Tajuk*:jatuh talak @ tidak
Message*:Assalammualaikum ustaz...
Saya nak tanya tentang lafaz cerai.
Saya ada bergaduh dgn suami..saya lari tidur diluar bilik...
Suami marah dan berkata "kau nak ke aku cakap"..
Suami cakap macam tu secara berulang kali...
Kemudian, suami tanya lagi "nak ke aku cakap , atau nak aku taip mesej"..
Saya hanya diam tanpa jawab apa apa hanya menangis tersedu sedu...
Saya tahu maksud suami..dia nak cakap yg die nak ceraikan saya..cuma dia tak lafaz lagi dan hanya ugut saya je...
Tapikan ustaz, saya memang tak ada dengar dia lafaz...
Situasi tersebut tu boleh jatuh talak ke ustaz?

Kemudian dlm 10minit lepas bertengkar, suami ada pujuk saya.. Saya tanya suami, kenapa ugut saya nak cakap benda tu...
Suami pun jawab "ugut cakap apa'...
Saya tahu dia saja buat buat tak tahu...
Saya pun tanya suami "entah entah abg dah lafaz kot, dah cakap kot, manalah tahu masa tengah2 marah tu abg lafaz sorang2 ke, saya tak dengar...benda tu abang jgn buat main..abang dah ugut maknanya abg memang ada niat / berniat ke arah itu.
Suami saya jawab : mana ada abang cakap/lafaz...mana ada abg cakap/lafaz seorang diri...
Suami saya menafikan semua pertanyaan & tekaan saya..
Soalan saya kpd ustaz : situasi ni boleh menjatuhkan talak ke?
Harap ustaz dapat membantu & memberi pandangan ustaz
File Upload:
Salam

Situasi pertama di atas itu tidaklah menjatuhkan talak kerana suami mengugut puan pada ketika itu.

Setelah dipujuk, ternyata suami tiada niat nak cerai.. so selamat.. tk


Visitor IP: 203.106.159.41

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 21, 2015

Soalan: jatuh kah talak

Nama*:maya
Tajuk*:jatuh kah talak
Message*:dalam satu sms.

suami : Terima kasih,, InsyaAllah kau berhak tentukan haluan kau...
hari iniapa yg kau nak aku akan tunaikan..mintakla aku akan
tunaikan. Aku ada maruah dan harga diri,

isteri : aku x mampujadi isteri yg baikdab bijak apalagi yg solehah...
kau pon x pernah bimbing aku. Kau lepaskan aku.

suami: Jatuh tetap dah jatuh..walaupun abang x lafazkannya
hakikatnya kita x dapat bersama lagi...nanti kita sama pergi JAIM
buat pengaduan.

adakah jatuh talak kerana suami was2 antara rela atau tidak...dan katanya atas niat isteri. mohon penjelasan. terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Saya tak pasti akan keadaan seperti ini sama ada tealh jatuh atau tidak.

Sila bawa kes ini ke pejabat agama untuk dapatkan kepastian.

Saya lebih berat menyatakan ia telah jatuh talak sebab tawaran suami itu disambut oleh isteri untuk diceraikan..

wallahuaklam.

Visitor IP: 60.49.214.110

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:su
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalamualaikum ustaz,saya ada satu kemusykilan yang hendak bertanyakan kepada ustaz..saya ada bergaduh dengan suami tentang keperluan yang masih tiada iaitu rumah..kami selalu bergaduh bab kediaman dan anak..kami berkahwin hampir 5 tahun tetapi masih tiada anak dan rumah..suami tidak ambil endah tentang kediaman untuk saya kerana suami selesa tinggal di rumah emaknya..walaupon rumah itu sangat besar tetapi saya masih tidak merasa selesa seolah2 pergerakkan saya terhad dan terbantut jika hendak melakukan apa sahaja ..walaupon mak dan ayah mertua saya tidak berkata apa2 saya tetap mahukan rumah sendiri..pada satu hari,saya tidak bergaduh dengan suami,akan tetapi saya bertanyakan kepadanya dalam keadaan bersahaja"saya xnak rumah tapi lepaskan saya!suami berkata tanpa sengaja ''dua-dua''suami memang agak kedekut dengan saya kerana dia menyimpan duit tersebut untuk rumah pertama kami..soalannya disini apakah saya telah dijatuhkan talak atau tidak tetapi tiada saksi ketika itu dan kami bercakap dalam keadaan bersahaja..terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak lagi.

Jawapan suami 'dua-dua' itu tidak jelas bermaksud talak.

*elok dapatkan rumah sendiri ia lebih real untuk menharungi kehidupan berkeluarga.

tk

Visitor IP: 175.141.72.236

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak tak pasti kerana penyakit was was

Nama*:Udin
Tajuk*:Talak tak pasti kerana penyakit was was
Message*:Assalam ustaz, maaf entry sebelum ini saya terlupa utk beritahu yg saya seotang berpenyakit was was sgt kronik.
Soalan saya:
Saya bertengkar dengan isteri dan isteri ingin pulang ke rumah ibunya. Kerana tiada kenderaan saya berkata pada dia saya hantar awak balik rumah mak awak yer... Dan ketika itu saya berasa was-was adakah saya kata dengan niat hendak cerai... Kemudian saya ulangi pertanyaan itu "saya hantar awak balik rumah mak awak yer..." niat asal hanyalah hendak hantar dia pulang kerana nak bertenang... Tapi ketika berkata itu saya seolah mengulang ingatan dan berpikir menghantarnya untuk bercerai... Kini saya sendiri tak tahu niat saya kerana saya mulanya hanya untuk menghantar pulang tetapi akibat was was saya seolah berfikir untuk bercerai dan tidak pasti tentang niat saya...
File Upload:
Salam'

Ia tidaklah menjatuhkan talak. Nak talak kena ada kepastian dan niat yang khusus.

Baiki dan ubati penyakit was was. Kena ada keyakinan diri..

tk

Visitor IP: 113.210.131.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 20, 2015

Soalan: Nak Ceraikan, Jatuh talak atau tidak

Nama*:sha
Tajuk*:Nak Ceraikan, Jatuh talak atau tidak
Message*:Assalammualaikum ustaz,
mohon penjelasan akan stuasi saya dimana saya dan suami mengalami selisih faham sehingga membawa ke pertengkaran. Suami cakap, esok setel di mahkamah. Saya bertanya, adakah mau menceraikan saya? dia cakap YA

Untuk pengetahuan ustaz, Sebelum ni dah 2 kali suami file penceraian tapi apabila tiba tarikh sebutan, suami buat tidak tahu seolah2 tidak mahu menceraikan saya. Bila saya tanya perlukah kita ke mahkamah dia akan diam dan bagitau, dia akan call mahkamah. dalam masa yg sama hubungan yg hambar menjadi pulih dan saya anggap, dia tidak berniat melepaskan saya

Saya agak tertekan kerana suami sudah byk kali menyebut nak cerai sekiranya kami mengalami konflik.
File Upload:
Salam

Mahu ceraikan, tetapi tidak diceraikan lagi.. so, tak terjatuhlah talak ketika ini..

Nasihati suami supaya dia tidak mempermudahkan cerai. Asal bergaduh nak cerai.. itu tak kena..

bergaduhlah, tapi jangan sebut cerai.. cuba nasihati suami.

tk

Visitor IP: 203.121.22.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 19, 2015

Soalan: sah tak mandi wajib

Nama*:tini
Tajuk*:sah tak mandi wajib
Message*:Salam ustaz..nk tanya..
Lepas selesai manda wajib..saya ambil wuduj dan terus solat...


Saya perasan pada kuku ibu jari kaki saya ada setitik kesan coklat...saya tak tahu kesan apa sbb kaki tak ada kena cat,gris,gam dan sebagainya..
Kuku saya dulu pernah kena cagu dan sekarang kuku saya mencengkam..


sebelum mandi, saya ada potong kuku tu..lepas potong baru ada titik coklat tu..

.ketip kuku mmg ada kesan karat pada sebelah dalam..tapi pada tempat pemotong kuku tu tajam dan tidak berkarat..bila saya lihat balik, mustahil boleh kena karat sbb masa potong kuku, kuku tak kena pada bahagian yg berkarat tu..


Sah ke tak mandi wajib saya..perlu ke ulangi mandi wajib semula?
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya jika titik hitam itu tertanam di bawah kulit spt tahi lalat. memadai meratakan air sahaja.

Jika titik itu boleh tertanggal, tanggalkan dan sapukan sahaja air di situ utk memastikah sah mandi wajib tadi.

tk

Visitor IP: 1.9.102.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 18, 2015

Soalan: adakah jatuh talak

Nama*:pn syikin
Tajuk*:adakah jatuh talak
Message*:salam ustaz..dlm keadaan yang marah suami saya telah
melafazkan "Baik kita cerai..aku bebaskan kau."
adakah jatuh talak.

Mohon Petunjuk dan penjelasan
File Upload:
Salam

Ia telah menjatuhkan talak kerana perkataan AKU BEBASKAN KAU (lafaz kinayah utk cerai) telah didahulukan dengan perkataan BAIK KITA CERAI...

Keadaan marah bukanlah alasan utk terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 203.106.209.34

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah sah talak saya..

Nama*:Wan
Tajuk*:Adakah sah talak saya..
Message*:Assalam ustaz..
Baru-baru ni saya dan isteri saya telah berlaku pertengkaran dan isteri saya telah lari kerumah ibubapanya..
Dalam keadaan marah..saya telah berkata " aku ceraikan kau..kalau kau xbalik hari ini"..
Isteri saya cuba dan ada niat untuk balik..namun beliau tidak sihat dan xmampu untuk balik..
Adakah jatuh talak itu dan perlukah rujuk semula..isteri saya dalam keadaan mengandung 2 bulan..
Kami masih sayang hubungan kami..apa perlu dibuat..
File Upload:
Salam

Pada pendapat saya, talak berkenaan adalah sah dan terjadilah talak satu.

JIka masih dalam edah, sila rujuk kembali isteri berkenaan... ajak dia kembali berbaik semula...

lepas tu tak nak gaduh lagi.. kalau gaduh pun jangan disebut TALAK lagi...

tk

Visitor IP: 64.233.173.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 17, 2015

Soalan: nada tinggi terhadap suami

Nama*:jiha
Tajuk*:nada tinggi terhadap suami
Message*:assalam ustaz sy nk tnya... saya sebagai seorang isteri adakah berdosa saya meninggikan suara kepada suami dalam keadaan bergurau.. kami selalu bergurau konon marah2.. saya tengking2 suami.. tapi suami tahu saya bergurau ngn dia.. adakah berdosa sy sebagai isteri?
File Upload:
Salam

Jika dalam keadaan yang penuh sedar bergurau, tak apa.. tapi eloklah kurangkan tinggi suara tu.. tak elok didengar orang... hehe.


tk
Visitor IP: 58.26.127.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: status saya sekarang

Nama*:lynn
Tajuk*:status saya sekarang
Message*:Salam ustaz...
Saya ingin bertanya apakah status saya sekarang...

Kite ada beberapa masalah dimana kedua2 pihak pernah berselingkuh dan
Masing2 tidak bole melupakan dan asyik mengungkit.

Sudah lebih 3 tahun , suami masih mengungkit...
Dan setiap kali bertengkar, dia akan berkata, mari pergi mahkamah.
Dan yg terakhir, dia sms utk mengatakan dgn cara baik begini.

Mama, ayah rasa kite tak sehaluan lagi and ayah nak end this relationship.

Apakah status saya sekarang?
File Upload:
Salam

Jika itu tulisan sms suami, ia tidak menjatuhkan talak lagi.. perkataan NAK tu, belum membawa makna terjadi on the spot...
tk

Berbaiklah kembali.. usah nak gaduh.. tak ke manapun.. rendahkan ego suami dan ego isteri juga.

tk

Visitor IP: 115.66.166.198

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 16, 2015

Soalan: Jatuh talak ataupun tidak

Nama*:Siti
Tajuk*:Jatuh talak ataupun tidak
Message*:Salam ustaz,

Mohon pencerahan. Saya terbaca satu akhbar dimana isteri telak diceraikan oleh suami dengan talak 3 apabila suami mengatakan sudah menceraikan isterinya dgn talak 3 dihadapan kawan2 nya. Jadi sy terfikir dan bimbang, pada awal usia perkahwinan sy dh suami kerap bertengkar dan berlaku lah dialog seperti ni

Case 1
Saya: kenapa kawin kalau nak sakitkan hati saya je? Ceraikan lah saya. Saya nak bercerai.

Suami: ok, fine. Nk cerai, cerailah. Kau pergi bgtau mak ayah n family kau. Jgn bgtau dorg aku pulak yg nk bercerai.

Case 2
Saya: saya nk cerai. Ceraikan la sy. Sy nk balik dgn keluarga sy

Suami: kalau nk cerai, kau pergi cakap dgn family kau dlu.

Saya: cerai di tangan awk, kenapa kene tnye keluarga?

Saya tak ingat saya apa dialog yg sebenarnya suamk lafazkam. Tapi lebih kurang mcm tu la. Saya tnye suami, dia pun tak ingat. Risau saya ustaz. Adalah dua case diatas dikira jatuh talak? Terima kasih.
File Upload:
Salam

pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak lagi kerana suami masih berlapik dan bersandarkan kepada 'kena bagi tahu keluarga'..

Ok.. sekarang, berbaiklah dengan suami.. kasihan dia tu... bantulah dia untuk menjadi lebih baik..

tk

Visitor IP: 175.136.13.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Gelisah

Nama*:Yoy
Tajuk*:Gelisah
Message*:Salam ustaz sy ade selisih faham dgn isteri..lalu sy buatla kerja2 utk redakan marah sy..semasa sy angkat jemuran tiba2 ade lintasan mcm suroh cerai tp sy buat x tau je..dtg lg gangguan dan dorongan cerai tu x henti2..sy sje buat2 bunyi mulut "puh puh..."..supaya hilang ganggguan..lalu sy terfikir puh puh mksudnya lafaz cerai la..mse tu jugak sy teruskan buat bunyi puh puh..harapan utk hilangkan fikiran jahat tu..ape hukum sy buat bunyi puh puh tu lg ustaz??sy xde niat pon nk fikir maksud puh puh lafa cerai..sekadar nk lawan balik je..bile dlm tekanan mcm2 la fikir dlm kepale ni..mohon pendapat ustaz..
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 113.210.2.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 15, 2015

Soalan: Taklit

Nama*:Insan
Tajuk*:Taklit
Message*:Saye telah bertaklit kepada isteri saye, jikalau kau jumpe dia tanpa kebenaran aku, maka jatuh talak. Isteri tgh uzur waktu taklit dilafaz dan isteri mmg jumpe si dia. Adakah talak jatuh?
File Upload:
Salam

Taklik seperti ini adalah sah dan valid.

Oleh kerana isteri melanggar taklid, maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saudara.

Selepas ni tak payahlah nak buat taklik lagi.. kan menyusahkan jer.. marah marah tak apa.. tapi usah dilibatkan cerai..

tk

Visitor IP: 115.164.208.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 14, 2015

Soalan: Status Suami Isteri

Nama*:Jahil
Tajuk*:Status Suami Isteri
Message*:Sy ingin bertanya adakah jatuh talak jika suami massage kepada sahabat wanitanya :

Suami : Sy dh cerai
Sahabat : Betul ke?
Suami : Ya
File Upload:

Salam

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana ucapan itu tidak ditujukan kepada isterinya yang sah. Dia hanya menipu sahaja. Dosa tipu tetap ada.

tk

Visitor IP: 175.139.24.253

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: keliru

Nama*:nor
Tajuk*:keliru
Message*:assalamualaikum ..suami saya mengatakan telah melafazkan cerai tapi saya tidak tahu dan dengar.. suami tidak pulang ke rumah selama 2 minggu.. sah ke cerai itu .. dan jika kami pergi daftar cerai boleh atau tidak kami terus rujuk pada hari kami pergi daftar cerai ?
File Upload:
Salam

Pertamanya kena pastikan ucapan suami itu, jika benar dia telah ucapkan CERAI, maka terjadilah talak ke atas isteri.

Lafaz cerai oleh suami tidak perlu didengari oleh isteri, ia telah terjadinya talak.

RUjuk boleh dibuat bila bila masa dalam tempoh edah.

tk

Visitor IP: 121.122.98.39

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: halau

Nama*:aliz
Tajuk*:halau
Message*:sabtu lepas sy ada bergaduh ngn suami dan suami mengatakan 'pergi la blik semenanjung.. tak nk balik sini pn xpe..
ADAKAH JATUH ATAU SEBALIK NYE

dan pasal niat,.. sekiranya dalam hati die mengatakan YA apa yang dikatakan td dan mengatakan TIDAK pada mulut (hati dan mulut jawapan tidak sama).. Apa kesan pada kata2 beliau..
File Upload:
Salam

Ia adalah ucapan kinayah utk cerai. Suami kena ada niat untuk ceraikan isteri ketika lafaz itu disebut, baharulah terjadinya talak. Jika dia tiada niat cerai, masih selamat pernikahan ini.

tk

Visitor IP: 210.186.59.166

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 13, 2015

Soalan: Nak Tanya

Nama*:DD
Tajuk*:Nak Tanya
Message*:Kami bergaduh..dan saya nak keluar rumah...saya bukak pintu lepas tu dengar dari dlm bilik suami jerit "Nak kemana tu"..lepas tu saya terus keluar. Lepas tu suami ada bgtau dia ada ckp..kalau ko kuar gak jatuh talak..tapi selepas saya dah keluar rumah..adakah jatuh talak
File Upload:
Salam

Oleh kerana lafaz taklik itu tidak diketahui oleh isteri, tidak didengari isteri, maka perbuatan dia meninggalkan rumah berkenaan tidaklah menjatuhkan talak. lafaz taklik hendaklah didengari dan diketahui oleh isteri.

tk

Visitor IP: 49.236.207.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: adakah terjatuhnya talak

Nama*:achik30
Tajuk*:adakah terjatuhnya talak
Message*:Assalamualaikum sya ingin brtnya adakah ayat ini blh trjatuhnya talak...''awak ptut bsyukur sbb ada ank kalau xdk anak dh lma sya lpaskn awk''mohon kpastian...tq assalamualaikum///
File Upload:
Salam

Ia tidak terjadinya talak kerana ia hanyalah satu kenyataan drp suami. Bukan lafaz cerai. tk

Visitor IP: 113.210.138.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 12, 2015

Soalan: Taklik kah ini?

Nama*:Aaannn
Tajuk*:Taklik kah ini?
Message*:Salam ustaz. Baru2 ni, saya dan suami ada bertengkar melalui whatsapp. Dalam keadaan marah, suami cakap, "kalau kau tak balik sekian jam, jangan anggap aku laki kau lagi". Oleh kerana ego, saya ingkar, dan suami hantar lagi whatsapp berbunyi, "okay, kau degil. Nanti aku telefon mak bapak kau, cerita semua hal kau, lepas tu apa nak jadi, jadi lah". Berdasarkan nasihat seorang rakan, katanya jatuh talak. Tetapi, bila ditanya kepada suami, dia sendiri kurang pasti niatnya pada masa itu kerana marah. Adakah kami perlu ke mahkamah?
File Upload:
Salam

Secara kasarnya saya meneliti kes ini, ia boleh menjatuhkan talak sebab isteri tidak pulang dalam tempoh yang ditetapkan.

Elok kiranya dibawa ke pejabat agama utk dapatkan nasihat.. tk

Visitor IP: 183.171.166.57

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 11, 2015

Soalan: Sah atau Tidak

Nama*:Lisabella
Tajuk*:Sah atau Tidak
Message*:Salam Ustaz.

Saya Lisa dari Sg Buloh. 22 tahun .Baru sahaja berkahwin kurang daripada 2 bulan. Alhamdulilah saya telah hamil hampir 5 minggu kini.

Soalan saya atau tidak jika suami saya melafazkan AKU AKAN CERAIKAN KAU DEPAN MAK KAU KEJAP LAGI . Pada masa itu saya dan suami lagi 5 minit utk tiba di rumah mak saya . Lepas beberapa minit berkata macam tu..dia cakap semula sebelum berjumpa dengan mak saya.. ;Abg tarik balik kata2 tadi..abg beremosi' .

Utk pengetahuan ustaz,suami saya seorang yg bertanggungjawab,setia dan baik melayan saya. Cuma ada ketikanya bila saya mula membuat dia marah secara tidak sengaja dia mula menyebut perkataan cerai utk menakutkan saya supaya saya insaf dan mintak maaf padanya.

Soalan saya,sah atau tidak ungkapan tu.
Hati saya tak tenang dan byk perkara terganggu kerana risau kami berdua dikira berzina sekira bersetubuh dn akan menyesal kemudian hari jika tak tau tentang ini.

Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Oleh kerana ia lafaz yang akan datang (AKAN CERAIKAN..) maka tidaklah terjadinya talak lagi. Ketika di hadapan ibu pun, suami tidak melafazkan cerai, so tidaklah terjadi talak.

Nasihatilah suami supaya jangan mudah sebut cerai dan talak. ia mudah terjadi..
tk


Visitor IP: 175.139.173.27

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 10, 2015

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Fauziah
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz. saya ada1 masalah, Suami telah mengaku yang dia ada mengedar syabu(dadah), dia ambik syabu, dia pengguna syabu, tapi dia tidak ketagih, yang dia ketagih rokok dan air ketum, saya tidak percaya yang suami say tidak ketagih, ini kerana saya sendiri telah terjumpa syabu di dalam rumah saya, peralatan yang digunakan untuk menghisap syabu tersebut, suami saya berulang kali menyatakan yang dia tidak ketagih, dan suami saya berkata " kalau abang ketagih, jatuh talak 3". Persoalannya sekarang ustaz, jatuh atau tidak talak tersebut, kerana saya yakin dan pasti suami saya ambik syabu ni berulang kali,

Saya telahpun memfailkan kes ini di Mahkamah Syariah,

Ustaz, Saya sudah tidak dapat meruskan lagi perkahwinan ini, Saya tahu suami saya tidak akan berbah, ini kerana sudah 3 tahun di Buat kerja haram ini, Suami saya merayu-rayu nak hidup lagi bersama saya,
Bagaimanakah caranya saya hendak bertindak untuk keluar dari hidupnya.
File Upload:
Salam

Jika benar dakwaan ini, saya berkeyakinan suami puan juga adalah penagih syabu kerana alatan dan bekalan yang ada sudah cukup bukti yang dia ketagih. OLeh kerana lafaz taklik sebegitu, maka bila sahaja dia ketagihan syabu akan terjadilah talak tiga ke atas puan.

Saya nasihati puan untuk maklumkan ke pejabat agama bg dapat nasihat. Puan boleh menuntut tebus talak daripada suami yang bermasalah.

tk

Visitor IP: 115.134.130.56

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tak sengaja

Nama*:Nani
Tajuk*:Tak sengaja
Message*:Salam ustaz, kalau suami sebut mcm ni apa hukumnya..contoh isteri nama Minah...suami sy jenis was2 skit..dia terdengar otg sebut nombot cnth 9..lalu dia sebut 9talak ke atas minah..tp dia x sebut pon aku..cuma 9talak ke atas minah..apakah hukumnya??dia jenis selalu diganggu dorongan cerai..asyik nk nilai balik je lintasan..mulalah lepastu tny sy dia ade sebut ke x..padahal rumah sunyi sepi..terang2 x sebut..serabut sy
File Upload:
Salam

ubatilah suami puan daripada was-was dan melatah.. ia menjadi punca timbulnya kes seperti ini.

tk

Visitor IP: 113.210.1.29

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: penceraian

Nama*:mimi
Tajuk*:penceraian
Message*:salam.saya nak tanya.saya non muslim tapi bakal mualaf tak lama lagi.bakal suami saya pernah message(sms@text) saya dan berkata lepas nikah dan anak lahir kita cerai.adakah jika kami dah nikah dan anak lahir berlakunya jatuh talak?adakah ia dikira jatuh talak jika saya sudah mualaf nanti sebab semasa dia mengatakan cerai saya belum mualaf lagi.
tolong beri penjelasan.
File Upload:
Salam

Ucapan atau janji sebelum berkahwin tidaklah dikira sebagai janji talak (taklik talak) kerana status suami itu belum wujud. Oleh itu ucapan lelaki berkenaan tidak boleh dipakai lagi.

*Puan perlu buat pertimbangan kembali, kenapa bakal suami mahu bercerai sedangkan belum pun berkahwin.. bahaya lelaki jenis macam ni..

tk
Visitor IP: 1.32.70.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:nasz
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:salam.
7 bulan yang lalu saya telah lafazkan cerai terhadap isteri di hadapan keluarga kerana dia bertindak mengusir ibu saya dari rumah.
sejak dari itu saya keluar dari rumah dan hanya datang seminggu sekali untuk beri duit belanja kepada anak-anak.semua tanggungjawab saya sebagai suami dan ketua keluarga saya jalankan kecuali memberi nafkah batin kepada isteri.
persoalannya disini adakah penceraian kami sah dari segi agama??
saya sudah memujuk isteri untuk merujuk perkara ini di pejabat agama yang berdekatan tapi dia menolak dan berkeras.saya tidak mahu keadaan kami berterusan dingin seperti ini.saya mempertahankan tumah tangga kami ini hanya kerana anak-anak.keserasian kami sebagai suami isteri tiada lagi.selama ini isteri tidak menghormati saya sebagai suami dan ibu saya sebagai mertuanya.isteri selalu membandingkan saya dengan kawan-kawan saya yang lebih berduit daripada saya.isteri selalu merungut kerana apa yang diinginkannya tidak dapat saya belikan kerana kewangan yang tidak stabil.
tolong beri penjelasan dan cadangan yang sebaiknya sama ada perlukah bercerai atau sebaliknya.
File Upload:
Salam

Jika benar saudara telah melafazkan cerai, maka terjadilah talak dan saudara bukan lagi suami isteri. Nafkah zahir itu betul kerana itu kewajipan bapa kepada anak-anak.. nafkah batin tak bolehlah sebab dia bukan isteri saudara lagi...

SIla bawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan status perceraian...

tk

Visitor IP: 1.32.70.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 9, 2015

Soalan: suami tidak bertanggung jawap

Nama*:sue
Tajuk*:suami tidak bertanggung jawap
Message*:assalamualaikum ustaz, sy ingin kan sedikit pendapat jika ustaz berkelapangan membalas nya.
saya sorg isteri yg derhaka ustaz, ya! sy mengaku, sy suka memaki hamun, ckp kasar, selalu mengungkit, mendesak dan mengaitkan ibu bapa nya sekali dalam makian sy tu krana marahkan perangainya.
Suami pula seorg kaki judi mesen (rolex) suka berhutang ahlong kawan2, sudah berpuluh ribu duit ibu bapanya habis kerna membaya hutgnya, mak bapak nya sgt memanjakan nya degn duit, mintk sj berapa mudah sj mak nya bagi. (bapanya tidak bersetuju dgn mak yg slalu bg anak nya duit)nama sy black list perpuluh ribu dsbbkan suami. kereta sy juga pernh di curi dn di gadai, brg kemas sy juga, dia juga suka menipu, malas berkerja, (sekarg pemandu teksi), derhaka pd ibu bapanya, tidak solat dan tidak bertanggungjawab bagi nafkah yg cukup dan berterusan. masa berkahwin Dlm sebulan tu mesti ada tk balik umah seminggu 2 atau lebih selagi a sy tidak merayu mengemis atau memujuk nya balik ke rumh *mempunyai ego yg sgt2 tinggi. Tp sy masih juga sayang dan kasih kan nya……………………..
Ni kali ke 2 kami berkahwin. (ada nak lelaki skrg umur 10 thn sblum cerai) Sebelum ni kami bercerai talak 3 selama 7 tahun. Tp kami masih bersama seperti suami isteri (tp tidak tggal bersama) dlm masa 7 tahun cerai tidak sekali pun nafkah anak diberi. Malah sy yg menanggung nya juga.
Selepas berkhwin dgn kawan nya (cina buta) dan "bersama sekali shj" , selepas 2 bulan kami brcerai Dan leps iddah kami brkahwin semula walau mndpat tentangan hebat dr keluarga sy. (prkhwinan pertama dulu juga kluarga tidak suka)
Seleps 1 thn lebih berkhwin semula, kami mndpt anak perumpuan (kini 10 bulan) dan sekarg suami sudah tidak pulg kerumah lgsung sudah 1 bulan lebih krn ada pertelingkahan sedikit. Sy call msj sume tidak berjawap, malah dia juga tidk pedulik dgn pnggilan mahu pon msj dr mak bapak nya yg banyakkkk bersusap payah krn hutg dan masalh hidup anaknya itu.
Sekrg sy sudah penat, sudah tawar hati dalam merayu dan menunggu suami pulang, seleps sebulan mnuggu, sy tuka semua kunci rumah,sy sedg mncari penyewa bilik untk kurgkn beban sy. Kern suami lnsg tknk bg nafkah anak & pd sy.. Dengn ujian ini sy sedar semua ini dr dosa2 sy dr dulu smpai sekrg, sy bnyak berdosa pd semua org sekeliling dan terutama nya pd tuhan, kini sy mulai cukupkn solat di awal 5 waktu sehari,bertaubat, bnykn berzikir, buat perkara sunat yg termampu. Bersedekah walau sy susah sekrg, alhamdulillahh sy tenang tidak mudah marah2 lg, tidak maki hamun, tidak mencarut, belajar bersabar dlm apa perkara pon, sy sgt lain sekrg…
walau trkdg masih ingat pd suami bila trpndang anak yg masih kecil ditinggalkan begitu shja, sy cepat beristifar igt Allah mintk tuhan kuat kn hati sy, dan Alhamdulillah Keluarga sy juga banyakkkk sgt membantu,
tapi kini sy buntu sama ada sy nk terus menuggu atau meminta fasak dr makamah. Sbb sy juga isteri derhaka, sy selalu menyalahkan diri sy mgkin ini brlaku krn mulut jahat sy? Adkah sy punca suami jd begitu, sy tk tahu nak buat apa sekrg.. menunggu suami berubah? Atau mencari haluan sndri? Tp mampukah sy? Anak2 sy mcm mana tiada berbapa nanti.. apa yg harus sy lakukan ustaz.
File Upload:
Salam

Puan, dugaan ini berat untuk puan sekeluarga. Kelemahan diri sudah ditangani sebaiknya, itu adalah satu kemenangan buat puan.

Kembali kepada Allah jalan pertama untuk berubah. Mengakui keimanan yang tinggi kepada Allah adalah kejayaan besar dalam diri puan.Tahniah.

Pada saya, jika suami berkeadaan buruk seperti itu, tentunya ada punca awalnya. Didikan ibu bapa mungkin menjadi punca kenapa dia bersikap seperti itu.

Jika puan masih boleh menerimanya kembali, eloklah begitu. Terima dia kembali dan jika ada ruang, bawalah dia ke jalan Allah. Manusia yang tidak bertanggungjawab berpunca daripada hilangnya TUHAN dalam dirinya. Jika dia bertuhan, beriman dan beramal, dia akan jadi manusia yang baik. Sebaliknya jika TUHAN itu semudah itu dipersiakan, dia akan lupa tangungjawabnya kepada diri, keluarga dan agama.

Sebaliknya jika puan berputus harap akan perubahan dirinya, puan berhak untuk membuat tuntutan fasakah di Mahkamah. Pengabaian suami akan tanggungjawabnya sudah sekian lama terjadi, dan puan punyai hak untuk membela diri.

Bertindaklah atas rasa hati yang yakin dan pasti.

tk

Visitor IP: 202.188.75.51

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA