Nama*: | Zainoordin Alwi |
Tajuk*: | Mohon pencerahan Ustaz |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz. Sy Din. Saya juga merupakan penghidap penyakit was-was yg selalu mengaitkan dengan lintasan hati ke arah perce......sepertimana yang dihidapi oleh mereka yang bertanya dalam blog Ustaz ini. Alhamdulillah rawatan secara islam masih diteruskan dan ada perubahan. Baru petang tadi ia kembali menghantui saya. Masalahnya begini, rakan sekerja saya menunjukkan screen shot WhatsApp group yang terdiri daripada rakan2 kami yg belum berkahwin. Nama grup itu adalah " Teruna dan Dara ". Sebaik sahaja membaca nama group tersebut, saya hendak membalas WhatsApp rakan saya dengan menaip ayat seperti berikut "Add aku oii.." Tetapi selepas saya menyedari nama group itu tadi, saya memadam ayat tersebut dan tidak membalas pada rakan saya. Saya jadi risau jika perbuatan saya itu mendatangkan kesan yang tidak diingini. Saya betul2 tidak ada niat langsung ke arah itu. Mohon Ustaz respon kemusykilan saya ini. Penyakit risau dan was-was saya kembali menghantui saya. Maafkan saya Ustaz kerana bertanya soalan seperti ini |
File Upload: |
Berusahalah untuk mengubati was was. Ia gangguan dalam hidup saudara.
Dalam Islam, jika tiada niat utk cerai, maka tidaklah terjadinya cerai.
tk
Visitor IP: 113.210.139.123
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.