Tuesday, November 17, 2015

Soalan: dipaksa lafaz taklik

Nama*:faris
Tajuk*:dipaksa lafaz taklik
Message*:Assalamualaikum wbt,
ustaz,
saya dipaksa oleh isteri untuk melafazkan "Kalau abang hisap rokok lagi bermakna jatuh talak".
Saya terpaksa melafazkan dalam keadaan hati yang berat setelah berkali kali dipaksa oleh isteri.
Ini kerana, sekiranya saya tidak melafazkan, isteri akan lebih teruk mengamuk atau pergaduhan yang besar akan berlaku dan isteri kerap meminta cerai ketika bergaduh, walaupun hanya disebabkan perkara yang kecil.
Selama ini saya sembunyi2 hisap rokok tanpa pengetahuan isteri, Kerana ingin menjaga hati isteri yang tidak suka perokok.
Saya memang seorang perokok sejak dari zaman sekolah, bukanlah mudah untuk berhenti merokok secara mengejut.
Apakah akan jatuh talak Sekiranya saya hisap rokok?

Terima kasih ustaz atas pencerahan.
File Upload:
Salam

Paksaan yang menyusahkan kita, hingga terpaksa ikut cakap isteri.. maka taklik sepeti itu tidaklah sah.






cubalah berhenti rokok tu..dah mahal sekarang ni..

tk

Visitor IP: 115.164.178.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.