Monday, November 30, 2015

Soalan: cerai or tidak

Nama*:sh
Tajuk*:cerai or tidak
Message*:assalamualaikum ustaz..

sy ada prsoalan.. ketika sy mengandung, sy telah bergduh dgn suami melalui msg dan minta dia lepaskn sy... kemudian suami mbalas msg dgn ayat aku lepaskan kau.. tidak lama suami mgatakan lafaz itu tidak sah kerana dia tiada niat utk mngatakannya.. persoalan sy, adakah sah lafaz tersebut kerana sy meminta tuk dilepaskan dan die menjawab sy lepaskn awk, kemudian msg pula berkata tidak berniat, awk masih isteri saya... sekarang telah hampir2 tahun kejadian itu berlaku.
File Upload:

Salam

Apabila suami membalas sms; aku lepaskan kau, ia sebenarnya setuju dengan permintaan puan untuk bercerai. namun kenapa pula dia kata tiada niat cerai sedangkan tulisan itu adalah jelas menjawap permintaan puan dan jelas juga menyatakan puan dilepaskan..

Pada pendapat saya, ia telah terjadinya talak dan suami puan perlu merujuk jika masih dalam edah.. Kes ini sudah dua tahun, tak tahulah sama ada suami puan RUJUK atau tidak selepas kejadian ini.. jika tiada rujuk maka kenalah diangkat nikah semula.

tk 
Visitor IP: 123.136.107.45

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Hati kosong

Nama*:Iza
Tajuk*:Hati kosong
Message*:Assalamualaikum ustaz,
Sy tlh bkawen hampir 3thn,bkawen tanpa cinta, bkenalan dlm masa yg singkat . dr awal sy & suami tidur berasingan,hnya mndatangi sy ble berkeinginan.kami juga tidak berkasih syg spt suami isteri yg lain,tidak berkongsi masalah,pendek kata hidup seadanya tidak pernah berbincang utk masa dpn.dr awal pkawenan,sy mdpt tau suami masih mnyayangi bekas kekasihnya.smpai skrg pun masih mnyimpan gambar bekas kekasihnya.dia pnah mnyatakan bhwa selama pkawenan kami,hatinya kosong.pelbagai cara utk memikat hatinya,& skrg hati sy juga mnjadi kosong & tawar hati.sepanjang masa sy fikir utk bpisah.
File Upload:
Salam

Puan, dugaan perkahwinan ini besar. Jika kita bijak ia akan menjadi lebih baik dan lebih manis...

Saya cadangkan puan, carilah jalan memperbaiki keadaan ini. Usah terlalu lama mengikut rasa hati, cubalah untuk memenangi hati suami sebaiknya.

Jika usaha puan dengan doa dan kesungguhan tidak juga berhasil, perceraian adalah pilihan terakhir.

usahakan dahulu..

tk


Visitor IP: 175.139.92.232

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 29, 2015

Soalan: ugutan ke pej agama

Nama*:nurul
Tajuk*:ugutan ke pej agama
Message*:Salam.
Saya ada soalan pd ustaz. Dlm thn 2013 sy prnh ke pej agama selangor utk dptkan khidmat kaunserling coz ms tu suami sy xamanah dlm mggunakan wang smpnn sy utk belanja kluarga dia. Ditmbh pulak kmbr pmpuan suami sy sering cmpur tgn aturkn kdhpn malah wang kami. Sy xthn 5thn sy diamkn smpai la sy amik tindkan trsebut setelah setiap prbncangan akn diakhiri dgn maki hamun. Suami menuduh ibubapa sy mnjadi dalang utk mmbuatkn sy brtindk hgg mngadu ke pej agama. Sy hmpir2 menfailkan tuntutan cerai apabila sesi suluh tdk mndatangkn apa2. Suami terus menyalahkn sy & kluarga malah menyalahkan sy krn mnjadi punca kluarga dia dan sy brmasam muka. Sesi suluh ke 2 sy sndiri hadir utk mklumkn yg suami mmg brsetuju lepaskn sy andai sy yg menfailkan. Bkn krn cabaran atau ugutan tp sy dh xlrat hdp dgn dia yg brsikap menyalahkn sy atas semuanya & ugut mcm2.. To atas nasihat ustaz pej agama sy blk ke pangkuan suami tp semata2 utk ank. Setahun lbh berlalu. Kami brtindak urus urusan mslh sndiri cnthnya die ada kndri ke smbut raya atau apa shj brkaitan kluarga die die akn urskn tnpa perlu sy ikt atau tahu walau prlu blk kg brhari2 dan begitu urusan keluarga juga sy. Pd die kluarga sy dh mati. Cm die xbtndk adil bile urusan kluarga sy die xbg sy prgi. Sy sabar tp die selalu kata dgn sy die mmg xnk hdp dgn sy tp die xkn ceraikan sy melainkan sy yg failkan. Sy tahu kenapa coz die xnk tnggung semua kos. Utk makluman ustaz nafkah die pd sy pn kadang2 xmmpu nk bg melainkn mknminum. Semua Wang gj sy die akn mntk utl byr rmh bile sy xsetuju die akn mrh ckp mcm2 die kata sy org xbrsyukur suke mengungkit. Tp itu gji sy hak sy tp die seboleh2nya akn mntk jgk. Sy xprnh ikhlas n halalkan ape yg sy bg. Sy hanya bg sbb xnk brgaduh. Jd harini kami gaduh lg. Perkara tetap sama. Sy dh xtahu ape prlu sy buat. Sy xrs sesi suluh membantu coz die xpnh prcy bile org brhujah pasal agama. Sy cm nk tahu kerap sgt die kata prgila pej agama aku cabar kau aku mmg xhingin dgm engkau. Jatuh ke talak begitu?
File Upload:

Salam

Puan, suami puan menetapkan jika puan failkan ke mahkamah maka terjadilah talak. Pada saya, puan jika itu yang diperlukan, buatlah report ke mahkamah untuk menjatuhkan talak berkenaan.

Perceraian bukan pilihan terbaik, tetapi kebahagiaan yang diidamkan tidak berbuah, eloklah berpisah.

bina keluarga sendiri..

tk
Visitor IP: 123.136.106.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 28, 2015

Soalan: miming

Nama*:syukri
Tajuk*:miming
Message*:salam ustaz mcm biase pg2 sy miming lagu feveret sy..tibe2 terlintas lintasan seakan2 taklik ..sy buat x layan je lalu sy teruskan miming lagu..tp lintasan itu melintas dgn ayat yg sempurna tp x dilafaz..cuma kedengaran miming lagu je..selepas berlaku lintasan tiba2 hati sy jd ragu2..mcm ade sesuatu mengatakan engkau miming lagu ke miming guna tekak lafaz..yg sy dengar miming lagu..mcm mana ustaz hukumnya?? serabut plak sy rs..isteri sy pon kate dia dgr miming lagu je
File Upload:
Salam

LIntasan hati tidaklah akan terjadinya taklik. Taklik perlu dilafazkan dan dimaklumkan kepada isteri

Visitor IP: 175.145.132.103

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz cerai

Nama*:nurul
Tajuk*:lafaz cerai
Message*:assalamualaikum ustaz...
sy ada sedikit kekeliruan....

1. saya ada btengkar kecil dgn suami sbb perempuan...sy kata sibuk sgt nak kawin len, kita cerai senang...pastu suami sy kata nak cerai, cerailah.....sy jwp ok,ag bgs....sy pastikan sekali lagi ayat tsebut dgn suami tp suami kata dia tidak sebut ayat tsebut....hanya bkata nak berapa kali cerai....

2. apa hukum seorg suami mengatakan dia bujang / pernah bkawin sblm ni tp bcerai (dia tidak mengaku skrg sudah bkahwin dgn sy & merujuk kpd pkahwinan ptamanya yg gagal) kpd perempuan lain...
File Upload:
Salam

Tak jatuh talak tu.. suami tidak ada penegasan untuk cerai.

suami tipu kata bujang tidaklah menjatuhkan talak... dia nak pasang 2 je tu..

op.. maaf.

Visitor IP: 1.9.97.31

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 27, 2015

Soalan: Talak takliq ke?

Nama*:Sherry
Tajuk*:Talak takliq ke?
Message*:Pada 23/10/15 si isteri berkata kepada suami. "Saya nak rasa la jadi free2" (dengan nada gurauan) bermaksud tidak memakai tudung dan bebas berpakaian. Si suami menjawab "kalau nak free2, tak payah jadi isteri saya". (Dengan nada gurauan). Isteri berkata kepada suami supaya berhati hati dengan kata-kata tersebut kerana takut jatuh talak. Suami berkata talak tidak jatuh kerana dia tidak berniat begitu pun. Pada 24/10/15-7/11/15 isteri pulang ke kampung halaman dengan mendapat keizinan suami. Sepanjang tempoh 2 minggu di kampung. Isteri ada beberapa kali keluar rumah dengan tidak memakai tudung. Kali pertama adalah pada 30/10/15 tanpa memikirkan kata-kata suami pada 23/10/15 tadi. Kerana menganggap perkara tersebut tiada apa-apa. Kemudian pada 7/11/15 suami datang ke kampung untuk menjemput isteri pulang ke rumah. Hidup seperti biasa tapi pada 24/11/15 si isteri risau dengan situasi tersebut dan bertanya kan lagi kepada suami dan suami berkata dia yakin talak tidak jatuh kerana dia tidak berniat. Dan katanya lagi kalau ye pun, saya rujuk awak kembali. Sebelum lafaz rujuk tersebut suami isteri telah 1 kali bersetubuh. Dah 1 kali lagi selepas lafaz rujuk.

Soalannya,
1) adakah jatuh talak tersebut?
Jika ya, adakah talak tersebut gugur pada 30/10/15 pada kali pertama
isteri melanggar takliq?
2) Jenis/kategori apakah talak tersebut?
3)Perlukah pasangan ke pejabat agama untuk proses rujuk?
File Upload:
Salam

Pertamanya, ia bukanlah lafaz taklik yang sah oleh suami. Oleh itu tidaklah terjadinya talak bila berlakunya pelanggaran janji itu. (Cuma dosa sbb dedah aurat)

Bila tidak ada taklik, tidaklah ada cerai..

tk

Visitor IP: 64.233.173.104

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 26, 2015

Soalan: cerai

Nama*:haris
Tajuk*:cerai
Message*:assalammualaikum wbt...saya nak bertanya..saya ada pergaduhan dengan ibu saya dengan kakak...mereka asyik menyalahkan saya kerana lambat balik untuk persediaan perkahwinan saya disebelah lelaki..pada hal, wketika itu isteri saya sedang sakit (bunting pelamin)...mak dan kakak, memaki hamun saya...selepas itu, saya bertanyakan kepada mereka berdua "mak nak saya bercerai dengan isteri saya ke?tunggu selepas persandingan saya kalau itu yang mak nak"..jatuh atau tidak talak???isteri saya tidak tahu menahu tentang hal ini...saya hanya berbalas mesej dgn ibu saya....
File Upload:
Salam

Ia adalah ugutan, dan tidak terjadinya talak sehinggalah suami melafazkan talak secara jelas selepas majlis perkahwinan dilangsungkan.. Jika tidak ada talak.. selamat..

tk

Visitor IP: 203.106.158.237

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan jahat

Nama*:hamdi
Tajuk*:lintasan jahat
Message*:minta maaf ustaz sambungan dr soalan sebelum ni..sy dah hilang keyakinan tentang hati sy..walaupun semasa bc artikel menerjah nama isteri sy dalam hati..sy mcm tak boleh yakin dan lawan balik..sy tetap bc contoh lafaz itu dalam hati tp tetap terlintas nama isteri sy..serabut pulak rs..lepas bc dalam hati dalam 3 4 kali baru la puas ati yg sebenarnya xde ape2 sbb sekadar dalam hati..betulkan ustaz??dah sbulan sy dpt kawal2 keyakinan dan lintasan jahat..sekarang dtg balik.....sy jd sngt2 ragu2 sbb kadang2 sy bc balik sbb nk lawan lintasan nama isteri sy tp sy x dpt..tetap terlintas setiap kali bc..
File Upload:
Salam

KEna banyak bertaubat, bina keyakinan diri..

Usah libatkan soal cerai dan talak dalam lintasan dan gangguan hidup anda.

tk

Visitor IP: 175.145.132.103

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 25, 2015

Soalan: jawab ijab qabul

Nama*:rosli
Tajuk*:jawab ijab qabul
Message*:saya ingin bertanya,adakah sah ijab dan kabul sekira nya kadi tersalah menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin.manakala pengantin lelaki menyambutnya dengan nama pengantin perempuan dan mas kawin yang betul..saksi mengesahkan lafaz tersebut..tetapi sebelum berlangsung ijab dan kabul kadi melakukan latihan akad bersama suami, kadi menyebut nama pengantin perempuan dan mas kawin adalah betul.

nama sebenar pengantin perempuan: Nurul Ain
nama yang disebut kadi semasa akad: Nurul Aini
nama disebut pengantin lelaki semasa akad:Nurul Ain

apakah perlu ijab dan kabul perlu dibuat semula?

Sekian, Terima kasih
File Upload:
Salam

Sah nikah berkenaan kerana yang dimaksudkan oleh kadi itu adalah perempuan yang sama.

Mas kahwin tidak perlu disebut dalam akad, ia bukanlah wajib disebutkan didalam akad.

tk

Visitor IP: 203.106.158.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: saksi semasa nikah

Nama*:gee
Tajuk*:saksi semasa nikah
Message*:Salam ustaz..
Saya nikah di masjid..semasa selesai majlis ijab qabul, tok kadi akan tanya 'sah' kpd kedua2 org saksi...
Seorang saksi kata sah.. Dan seorang lg kata tak sah...
Selepas tu, kedua2 org saksi tu terus sign dlm borang nikah..
Ramai kata sah...
Suami saya jawab " aku terima nikah .....(nama saya) dgn maskahwin...tunai. "
Saksi tu kata , perlu jawab ' aku terima nikahnya....(nama bakal isteri)...
Suami saya just cakap ' aku terima nikah ' bukan aku terima nikahnya'...
Sah tak nikah saya ustaz?
Lagipun ramai sanak saudara yg saksikan pernikahan saya...
Saya berpendapat yg saksi tu sign borang nikah dan saya menganggap ia sah..
Pendapar ustaz?
File Upload:
Salam

Formaliti sahaja untuk saksi berkata sebegitu, saksi nikah ialah sesiapa sahaja yang menyaksikan majlis berkenaan (lelaki) dan mengetahui majlis itu berlangsung dan mengesahkan ia terjadi dan sahlah akad nikah itu.

Beza nya dan tiada nya bukanlah perkara besar, ..

Dah sah nikahnya.. tahniah..

tk

Visitor IP: 203.106.158.155

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:ws
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalammualaikum ustaz..

satu hari sy dan suami bergaduh dan sy meminta izin suami untuk balik ke rumah mak melalui whatsapp.. suami membalas dan menyebutkan taklik pada sy melalui whatsapp "ini adalah bukti...sy xizinkan..klu kmu melangkah keluar rumah tanpa keizinan sy (suami) maka jatuhlah 1 talak ke atas kamu"... setelah dipujuk, suami mengizinkan... namun keesokan harinya suami menyatakan bahawa "lepas ni nk pg mana2 kne mintak izin suami k..da tye ustaz, klu xde keizinan, ustz kata jatuh talak tu..sbb sy dah lafaz..dah niat"..fahaman sy adalah selepas lafaz tu, sy perlukan keizinan suami semasa tinggal bersamanya jika mahu keluar ke mana2..

kemudian..selang beberapa bulan..kami bergaduh lagi..pada 23 januari 2015, suami menghantar pesanan melalui whatsapp.. "dr sy, suruh mak bapak awk bwk balik awk esok k..pg la duduk umah sna. xsanggup da aku nk jaga awk..tunjuk msg ni kat mak awk..kita bincg elok2..berpisah pon elok2.. cerita direct je masalah kita..bru diorg tau xde solution untuk kte berbaek semula".... dan sy mengikut mak ayah sy balik umah pada 24 januari 2015 yang kebetulan dtg melawat sy dgn tujuan untuk menziarahi cucu sahaja...

beberapa lama kemudian sy tidak mahu mengikutnya pulang ke kampung, dan suami menghantar pesanan melalui whatsapp.." sy mmg xizinkan awk keluar rumah tinggalkan sy n pisahkan ank dgn sy"...."harap langkah awk diberkati, amal awk diterima dan diredhai Allah..sbb sy tidak mengizinkan saat kamu melangkah keluar rumah sy sejak dua bulan (24 januari 2015) yg lepas..(20 mac 2015-tarikh msg diterima)...kemudian sy bertanya melalui whatsapp.."mmg awk xizinkan sy blik kan masa sy blik umah hr tu (23 januari 2015)?.." suami membalas.."yg sy xizinkan masa yg blik last ni (23 januari 2015)"...

untuk pengetahuan ustaz, sy dah tiada hati dgn suami lg dan sy tidak lg tinggal dgnnya bermula 24 januari 2015... pertanyaan sy, adakah lafaz taklik sah untuk sepanjang perkahwinan sy kerana fahaman sy, suami memberitahu ianya sah dan niatnya, dan sekiranya sah, adakah talak sy jatuh, kerana semasa pulang ke rumah mak pada 24 januari 2015, sy tidak meminta izin disebabkan suami menyuruh mak ayah sy bawak balik sy melalui whatsapp 23 januari 2015.. dan adakah talak jatuh kerana suami juga berniat tidak mengizinkan sy balik pada 23 januari 2015 seperti pesanan yang di hantar melalui whatsapp pada 20 mac 2015.. kerana berkali-kali sy mintak kepastian, namun suami tetap mengatakan tidak mengizinkan..

dan adakah ianya lafaz kinayah kerana suami meminta mak ayah sy bawa sy balik ke rumah.. dan ada niat ingin berpisah pada ketika itu"...

sy perlukan pandangan ustaz.. terima kasih
File Upload:
Salam

Puan, kes seperti ini elok kiranya dirujuk ke pejabat agama. Bawalah suami untuk menentukan arah hidup sendiri. Nak berbaik pun tak boleh, nak berbahagia jauh sekali..
Suami pula asyik nak cerai sahaja, ugut nak cerai taklik berbagai lagi.. dah tak aman..

Bawalah kes ke mahkamah utk lebih aman..

tk n mohon maaf

Visitor IP: 110.159.36.227

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak ke?

Nama*:rz
Tajuk*:jatuh talak ke?
Message*:Assalam...
Sy nak ty soalan...
Sy bernikah pd thn 2011.. Ketika hamil anak pertama suami telah berlaku curang. Dia telah meminta maaf dan janji x lakukannya lg. Tp ketika sy berpantang dia buat hal lg. Tp dgn prmpuan lain. Dia ckp sbgai abg n adik agkt shja. X lama lps tu sy dpt tau dia hisap vape. Sy jd brtmbah mrh. Sy ungkit segala slh dia yg lepas n pksa dia utk ceraikn sy. Atas desakan n tekanan dr sy sndiri dia ckp mcm ni.. "okey..klu sy ada hubungan dgn mn2 prmpuan lg kita cerai talak 3"
Keesokan harinya kami bergaduh lg.sy ckp jgn lupa kita akn cerai talak 3 klu awak cntct mn2 prmpuan.awk x boleh cntct siapa pn org prmpuan trmasuk kwn..akak..mak...nnt kita cerai.. dia cuma ckp ok ok... Dia mls nk lyn sy sbb tgh bz kj.
Sdgkan semasa dia lafaz cerai tu apa yg sy fhm dan dia mksudkn adlah hubungan dgn prmpuan istimewa.
Jd apakah status lafaz cerai trsebut.adkah sah sekiranya dia cntct jugak mn2
Prmpuan trmasuk ahli kluarga sndri atau hy sekiranya dia ada hbgn dgn ornpuan lain?
File Upload:
Salam

Pada kefahaman dan pengertian kita, maksud perempuan di situ adalah yang istimewa sahaja. Tidaklah sampai tidak boleh hubungi emak dan saudara mara...

Tetapi oleh kerana lafaz berkenaan diucapkan oleh suami dan suami menegaskan maksud PEREMPUAN itu ialah semua perempuan, maka jika benar begitu, akan terjadilah talak taklik apabila dai berhubung dengan perempuan lain.

Lafaz taklik adalah atas niat dan kehendak suami. Kena pastikan niat sebenar suami ketika dilafazkan.
tk

Visitor IP: 183.171.24.58

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: dalam mesej dan dalam keadaan marah

Nama*:umirasakira
Tajuk*:dalam mesej dan dalam keadaan marah
Message*:assalam ustaz.. saya suri rumah, ada anak dua orang.. semalam saye dan suami bertengkar dalam mesej.. saya memaksa suami untuk menceraikan saya pada waktu itu jugak.. suami taip "aku sumpah...aku ceraikan kau".. die bersumpah bahawa pada hari khamis nnt depan2 akan menceraikan saya.. tetapi mlm tu dia telah pun bersumpah dan menyebut seperti itu di dlm mesej...pada ketika ini masing2 sedang dlm keadaan marah..dan saya pula masih menyusu kan anak dan sedang datang bulan...adakah talak itu sah jatuh?? mohon penjelasan terperinci dari ustaz.. tk
File Upload:
Salam

Mesej suami itu cukup jelas; aku bersumpah aku ceraikan kau... maka terjadilah cerai atau talak ke atas puan..



Visitor IP: 175.144.166.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 24, 2015

Soalan: cerai

Nama*:nurul nadiah
Tajuk*:cerai
Message*:kami bertengkar dan suami cakap aku dah banyak hari pikir nak ceraikn kau...adakah blh jatuh talak
File Upload:

salam..
ia tidak jatuh talak lagi.. sehinggalah dia cakap; aku ceraikan engkau.. hehe
Visitor IP: 175.140.67.211

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: apa yang perlu dilakukan?

Nama*:nor
Tajuk*:apa yang perlu dilakukan?
Message*:salam Ustaz,

Suami saya dari mula kawin sehingga kini tidak pernah beri nafkah. pada awl 1thn perkahwinan suami tidak mempunyai pekerjaan tetap.mase ini sy telah buat loan bank utk keprluan hidup.
pd thn ke 2 telah dapat pekerjaan tetapi gj cukup2 mkn shj pd thn ke 3 bermula maslh kewangan teruk kpd kami sbb suami hampir 7bln tidak dpt gj krn syarikat brmslh. byk yg perlu kami rumah sewa, kereta, bil-bil, pengasuh semuanya tertunggak. sy tidak dpt membayar semua itu sbb telah byk komitmen. suami sy tidak lepas buat loan bank sbb tiada pndptn, suami sy telah ditipu oleh sorg kwn utk pinjam wang di sebuah sykt kewangan, suami ingat pinjamn berlesen tetapi rupenya Along (mase ini sy & suami telah tandatangan prjanjian sbb tidak dapat berfikir lagi banyak yang perlu dibayar). bila tanya kwn suami tu pun dia kate x tau yang sykt tu adalah Along.
pd thn ke 4 suami bru dpt keje lain yg tetap tapi sehingga kini gj die abis ke Along. Skrg telah hampir 6thn lebih prkahwinan hidup kami makin hari makin susah. suami selalu paksa saya cr duit utk byr duit Along tu sy sendiri tidak cukup wang. Dia ugut saya akan jual brg2 rumah sbb die stress krn Along dtg tmpt kerja minta duit. Saya terpaksa pinjm kwn2.
mslhnye skrg kwn2 sy mrh sbb sy x dapat byr htg diorg lagi, Kwn2 marah saya sbb saya pinjm duit diorg utk suami sy bukan utk diri sendiri, diorg kate suami sy tidak bertanggungjwb sbb susahkan isteri, skrg ini diorg x nak berkawan dengan saya, x nak tolong saya lagi. Diorg kate lebih baik saya berpisah dengan suami hidup dengan 2org ank sendiri sbb semua prbelanjaan saya yg tangung, keluarga saya pun ckp mcm tu diorg tidak mahu ambil kisah pasal saya & ank2. Saya memang dah tahan dengan semua ini tapi kalau saya berpisah mesti Along tu cari saya, dengan pendapatan sy skrg pun hanye cukup2 mkn boleh ke saya teruskan hidup?. Apa yang patut saya buat Ustaz? Betulkah berpisah adalah cara selesaikan masalah ini.? Saya tiada sokongan kawan2 & keluarga.
File Upload:
Salam Puan

Besarnya dugaan yang puan lalui.

Pada saya selagi suami itu mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, mahu bekerja dan mencari nafkah, masih sayangkan puan dan anak-anak, terimalah dia sebegitu. Usah disia-siakan kehadirannya.

Bagi masalah yg dihadapi, cuba dapatkan nasihat dan panduan daripada pihak Bank Negara; PDNKK (?) yg boleh membantu dalam soal pengurusan kewangan keluarga.

Yang lebih penting, cuba perhatikan ketaatan keluarga kepada suruhan Allah. Utamakan perintah Allah, utamakan solat, utamakan Quran dan perbaiki hubungan dengan Allah sebaiknya. Ia menjadi punca kepada masalah kewangan sebab kita menjauhkan Allah dalam urusan hidup.

Berusahalah dan bersabar.. Mungkin boleh berniaga kecil kecilan..

Visitor IP: 203.62.1.81

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 23, 2015

Soalan: mohon ustaz bagi pencerahan

Nama*:zima
Tajuk*:mohon ustaz bagi pencerahan
Message*:as salam....kami bergaduh kerana salah faham,dalam keadaan marah suami saya mengatakan
'kau nak ke aku ceraikan kau petang ni?saya diam tidak menjawab apa2..
kami terdiam dan mula bertanyakan masing2 semula....masalah saya,
dalam keadaan yang tegang saya tidak berapa dengar perkataan 'kau nak ke' dari mulut dia,tetapi dia beritahu yang dia ungkap 'kau nak ke aku ceraikan kau petang ni?saya hanya dengar perkataan aku ceraikan kau petang ni.suami juga tidak berniat katanya.

soalan saya adakah talak ini jatuh?
ketika itu saya sedang haid.
File Upload:
Salam,

Jika suami memberi tawaran untuk cerai; Kau nak ke aku ceraikan engkau.. ia tidaklah lagi menjatuhkan talak.

Hanya puan tak perlu cabar dia.. Ya saya nak!.. confirm boleh terjadi cerai.

tk

Visitor IP: 1.32.70.146

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz talak

Nama*:roha
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Ustaz,

beberapa tahun lepas, suami ada bagitahu saya yang dia ada bgtau kawannya " aku dah ceraikan isteri aku"..adakah jatuh talak? kerana katanya hanya bergurau dan saya x endahkan kerana beliau bergurau dan tidak lafaz depan saya. Kini saya musykil berkenaan perkara tersebut...apa perlu sy buat? kerana ianya telah berlaku beberapa tahun lepas dan kami masih hidup jalani sebagai suami isteri seperti biasa.
File Upload:
Salam

Perkara cerai tak boleh dibuat main, digurau senda. Ia akan terjatuhnya talak.

Apabila suami memaklumkan kepada kawannya, aku dah ceraikan isteri aku; pada saya ia tidak menjatuhkan talak jika perkara itu diucapkan tanpa berniat untuk cerai. tetapi jika ada niat, maka terjadilah talak.

Saya berpendapat ia tidak jatuh kerana ia satu pernyataan bukannya satu penegasan kepada cerai kepada puan.

tk

Visitor IP: 103.245.88.246

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Solat Jamak Dan Qasar

Nama*:Hana
Tajuk*:Solat Jamak Dan Qasar
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

awal pagi saya naiki kereta dr KL ke Kuantan dan pada hari yang sama saya pulang semula ke KL.

soalan saya: 1. bolehkan saya melakukan solat jamak dan qasar Zuhur dan Asar?

saya dahului dengan ucapan terima kasih. Wasalam.
File Upload:
Salam

Dengan jarak melebihi 2 marhalah (80KM atau 90KM) ia boleh dilakukan jamak dan qasar selagi mana masih berada di dalam perjalanan itu.

dah sampai rumah tak bolehlah berjamakqasar lagi.

tk

Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 22, 2015

Soalan: ingin tahu

Nama*:asri
Tajuk*:ingin tahu
Message*:salam ustaz, adakah jatuh talak kalau seseorang itu pakai spek hitam lalu dia pun berkata kat kawan dia ," eh nampak mcm baru balik kes cerai je" ..adakah itu dikira lafaz cerai?? bkn kawan dia yg kate tp si pemakai spek hitam itu sendiri yg berkata semasa tgk cermin.
File Upload:
Salam

Ia tidaklah menjatuhkan talak. Tak ada kaitan pun talak dengan spek hitam tu..
tk

Visitor IP: 175.138.194.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Bacaan Al-Fatihah

Nama*:Ebi
Tajuk*:Bacaan Al-Fatihah
Message*:Salam Ustaz,

Al-Fatihah merupakan rukun qauli dalam solat...Jika kita nak baca dalam satu nafas (semua ayat bersambung), tiba-tiba sampai pertengahan ayat ke-5, nafas tak cukup dan bacaan terhenti di tempat yang tak sepatutnya...Adakah kita perlu ulang semula bacaan dari ayat pertama atau cukup sekadar ulang bermula dari ayat ke-5?

Jika kita ulang bermula daripada ayat ke-5, adakah ia menjadi satu kesalahan?

Mohon penjelas ustaz

Terima kasih
File Upload:
Salam

Boleh ulang daripada ayat ke lima sahaja..

Tak perlulah nak habiskan Fatihah dengan satu ayat, buatlah atas keupayaan kita.

tk

Visitor IP: 60.52.62.5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was dalam cerai atau tidak

Nama*:wanie
Tajuk*:was-was dalam cerai atau tidak
Message*:, saya bergaduh bersama suami ,dalam keadaan marah kemudian suami berkata "KAU JANGAN SAMPAI AKU CERAIKAN KAU " kemudian die bertanya "KAU NAK AKU HANTAR KAU BALIK RUMAH MAK KAU " adakah ucapan sebegitu jatuh nya talak cerai ?? Kemudian suami memujuk saya dan berkata "HUBBY XDE NIAT LANGSUNG NAK CAKAP MACAM TU " (dalam keadaan sedih)
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana ucapan itu masih tertangguh cerainya pada perkataan kau jangan sampai...

dah.. duduk baik baik jangan gaduh lagi.. hehe

Visitor IP: 113.210.7.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 21, 2015

Soalan: Rujuk

Nama*:johari salleh
Tajuk*:Rujuk
Message*:Assalamualaikum..saya telah berkahwin di Thailand.Saya tidak mendaftarkan perkahwinan saya di Malaysia.Kemudian saya telah bercerai dengan isteri saya.Persoalannya dalam masalah rujuk adakah tempoh yang terpakai 3 kali suci seperti yang diguna di Malaysia atau 3 bulan 10 hari seperti yang diguna di Thailand. Sekian terima kasih ustaz.
File Upload:
Salam

Tempoh edah adalah sama, baik di Thiland mahupun di Malaysia. Cuma pemahaman kita sahaja yg berbeza.

Tempoh edah ialah tiga kali suci, dan sesetengah pendapat mengatakan tiga kali haid. TUnggulah sehingga 3 kali haid atau tiga kali suci...

tk

Visitor IP: 122.129.121.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kuato talak

Nama*:Musykil
Tajuk*:kuato talak
Message*:salam ustaz saya dan suami byk kali bertengkar dan yang terakhir sekali suami ucapkan pada saya "baliklah rumah mak ayah dan jangan datang lagi".....saya tak pasti niat die.dan saya pulang kerumah mak ayah..2 hari selepas itu saya pulang ke pangkuan suami dan suami ruju kembali,..
Pertanyaan saya 1)adakah jatuh juga talak jika die mengungkapkan begitu

2)dan sebab saya kembali sebelum habis waktu iddah adakah talak masih terjadi..mksd saya disni kuato talak suami skrg masih 3 atau 2..

Terima kasih
File Upload:
Salam

Perkara ini kena pastikan daripada suami. JIka suami berniat cerai, maka terjadilah talak. Jatuh satu talak.

Apabila jatuh talak, kenalah rujuk. Jika suami rujuk, maka kembalilah puan menjadi isterinya yang sah dengan kiraan telah jatuh talak satu...

Tetapi jika suami tidak niat cerai, maka tidaklah terjadinya talak dan tiadalah perlu dirujuk.

tk

Visitor IP: 175.136.190.207

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: , bergaduh bersama suami..

Nama*:, insanSEDIH
Tajuk*:, bergaduh bersama suami..
Message*:, saya nak tanya ustaz , saya bergaduh dengan suami pada mlm hari 21.11.2015 , dalam keadaan marah suami telah berkata " KAU JANGAN SAMPAI AKU CERAI KAN KAU " adakah jatuh talak cerai itu ? , kemudian suami memujuk saya dan berkata sambil sedih , " HUBBY TAK ADA NIAT PON NAK CAKAP MACAM TUE , HUBBY TENGAH MARAH SANGAT TADI " tolong saya ustaz..
File Upload:
Salam

Oleh kerana dia sebut, kau jangan sampai aku.. maka ia tidaklah terjadi lagi talak..

lepas ni jangan gaduh lagi.. jaga baik suami puan tu.. tk

Visitor IP: 113.210.7.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 20, 2015

Soalan: mandi wajib

Nama*:lina
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Salam ustaz..
Saya mandi wajib sbb berjimak dgn suami..
Soalan saya ;
1. Semasa sedang mandi, ada lendir keluar dari lubang faraj. Dah puas cuci tp masih ada.
Sah tak mandi wajib saya?
2. Semasa sedang mandi wajib, saya meratakan air di kemaluan dgn cara menggosok qubul & dubur shj..
Saya hanya ratakan air di luar lubang faraj/ di permukaan faraj shj ..
Saya tak masukkan jari kedlm faraj utk ratakan air, cuma saya ratakan bahagian luar(permukaan lubang faraj shj).
Sah tak mandi wajib saya?..
Tk
File Upload:
Salam

Mandi wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh luaran sahaja. Sah mandi wajib puan walaupun masih ada lendir yang keluar daripada faraj.

Tak perlu masukkan jari ke faraj untuk mandi wajib, memadai sapu di bahagian luar sahaja.

tk

Visitor IP: 1.9.103.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 18, 2015

Soalan: Isu jatuh atau tidak talak

Nama*:Iera
Tajuk*:Isu jatuh atau tidak talak
Message*:Assalamualaikum..ustaz,sya da slh fhm dgn suami.dlm prbualan tel ttng mtk kbnran blk mnziarahi atuk sya yg tenat..suami mtk dgn Nada agk keras suruh sya sttlekn hal ank2 sek dhulu kmdiam lpas itu klu nk berambus...berambusla...sya x mblas..trus end cal je..sekian tq
File Upload:
Salam

Tak lah sampai cerai tu.. dia marah tu.. Mungkin approch puan masa tu tak kena.. sebab tu dia berang.

tk

Visitor IP: 113.210.4.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: suami panas baran

Nama*:yenni
Tajuk*:suami panas baran
Message*:salam sejahtera ustazah

saya yani. dari pantai dalam. Saya baru bernikah setahun 2 bulan, dan sepanjang pernikahan saya, saya tertekan kerana suami seorang panas baran dan naik tangan.Boleh di kata setiap bulan ada kesaan lebam pada badan saya.Jika marah dengan keluarga saya dan keturunan saya dihina maki.sampaikan sanggup mengatakan saya keturunan babi

1)Punca pergaduhan sebab saya kadang2 lambat membuat urusan perkerjaan( saya menolong dia membuat bisnes kereta sewa dan saya juga mempunya bisnes sendiri melalukan penjualan dalam talian). Katanya saya memandu terhegeh2 .apalah daya saya nak drive laju2 ustazah. kadang die bg arahan tidak jelas dan saya tersilap buat lantas saya yg dimarah dan slalu juga saya ditampar.

2) Jika dia menanyakan soalan atau saya bercerita mengenai suatu perihal ,jika saya tersalah cakap .atau susun atur cerita saya tak jelas atau xlengkap .mulalah die akan naik angin dan slalu nya terajang dan sepakan akan die bg kat saya

3) bila lapar atau stress dengan customer dan sedikit kesilapan saya buat dengan akan melenting naik suara dengan ugutan nak terajang and mcm2 lagi..

4) tabiat die tido jam 4 , 5 pagi (sebab keluar dengan kawan2 dan kelamaan jadi kebiasan tidur waktu mcm tu) bangun jam 4 ptg ..dan bila keluar bekerja dalam keadaan stress dan akhirnya naik angin lagi terhadap saya dengan menyalahkan semua kesilapan terhadap saya.

5)kerja suami, kerja rumah, kerja saya (bisnes online) saya sendiri yang lakukan tanpa die sebab die sibuk tidur dan katanya kerja rumah bukan hal die.

6)rumah parent saya dekat je 30 mints dr tempat kami tinggal .taoi dalam setahun kawin hanya beberapa kali sahaja die balik.

saya dah bagitau tolong jangan pukul itu sahaja..ayat yang dia berikan ialah. TAKNAK KENE PUKUL KELUAR DARI RUMAH NI DAN JANGAN KEMBALI. bertapa sedihnya saya rasa.saya belum beritahu perkara ni kepada parents and dia pernah ugut saya" kalau saya beritahu perkara ni kepada mak ayah, saya dengan lahanat2(merujuk parent saya) ni aku benci "

saya pernah ambil keputusan untuk keluar dari rumah ni.dan die xpernah merayu atau minta saya pulang .tapi akhirnya 2 hari kemudian saya yang pulang sebab saya takut sangat keputusan saya buat ni silap.

harap reply dr ustazah kerana saya perlukan rujukan adakah tindakan bercerai sepatutnya saya ambil.berat hati rasa perlu bercerai kerana mak dirumah sakit seperti saya yang perlu jaga, buat kerja untuk suami juga dah x ikhlas sekarang , saya belum punya anak lagi ,khuatir kalau ada anak , anak akan jadi mangsa baran dia dan perangai tu akan ada pada anak saya.
File Upload:

Salam

Mohon maaf lambat nak jawab..


Visitor IP: 175.142.195.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 17, 2015

Soalan: taklik tak berlaku tp sebut tarik balik

Nama*:rahmat
Tajuk*:taklik tak berlaku tp sebut tarik balik
Message*:Assalamualaikum ustaz sy nk tanya ustaz......

sepertima penjelasan ustaz sebelum ini taklik belum lg terjadi kerana ayat itu tak habis.(taklik belum berlaku)

sebelum bertanya ustaz mengenai status lafaz diatas.dia menyangka sudah bertaklik lalu melafazkan

"aku tarik balik lafaz taklik yg telah aku lafazkan"

soalan sy ada kesan x ustaz. sbb melafazkan ayat tarik balik seperti diatas sedangkan taklik belum berlaku?

mohon bantuan ustaz...
File Upload:

Salam

Kalau belum terjadinya taklik, tidaklah perlu dilafazkan penarikan balik taklik..

jika disebut pun ia tidak memberi apa apa kesan..

tk 
Visitor IP: 141.0.8.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: dipaksa lafaz taklik

Nama*:faris
Tajuk*:dipaksa lafaz taklik
Message*:Assalamualaikum wbt,
ustaz,
saya dipaksa oleh isteri untuk melafazkan "Kalau abang hisap rokok lagi bermakna jatuh talak".
Saya terpaksa melafazkan dalam keadaan hati yang berat setelah berkali kali dipaksa oleh isteri.
Ini kerana, sekiranya saya tidak melafazkan, isteri akan lebih teruk mengamuk atau pergaduhan yang besar akan berlaku dan isteri kerap meminta cerai ketika bergaduh, walaupun hanya disebabkan perkara yang kecil.
Selama ini saya sembunyi2 hisap rokok tanpa pengetahuan isteri, Kerana ingin menjaga hati isteri yang tidak suka perokok.
Saya memang seorang perokok sejak dari zaman sekolah, bukanlah mudah untuk berhenti merokok secara mengejut.
Apakah akan jatuh talak Sekiranya saya hisap rokok?

Terima kasih ustaz atas pencerahan.
File Upload:
Salam

Paksaan yang menyusahkan kita, hingga terpaksa ikut cakap isteri.. maka taklik sepeti itu tidaklah sah.






cubalah berhenti rokok tu..dah mahal sekarang ni..

tk

Visitor IP: 115.164.178.143

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 16, 2015

Soalan: cerai

Nama*:shamsul
Tajuk*:cerai
Message*:salam ustaz..sy pernah bertengkar dgan isteri saya..dan saya bersumpah utk tidak bercakap bohong kpd nya lagi...apabila sy berbohong kpdnya selpas itu..adakah jatuh talak??
File Upload:
Salam

Bersumpah tanpa dikaitkan dengan cerai, ia tidaklah melibatkan cerai jika terjadi selepas itu BOHONG..

cuma berdosa sebab  melanggar sumpah..

tk

Visitor IP: 115.132.22.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, November 15, 2015

Soalan: Mohon bantuan Ustaz

Nama*:Zahid Ahmad
Tajuk*:Mohon bantuan Ustaz
Message*:Assalamualaikum Ustaz. Maaf mengganggu. Tak tau pd siapa nk rujuk masalah was-was yg dtg menyerang semula. Pagi tadi saya bersembang dgn rakan saya di kantin. Dalam perbualan kami saya menyebut " Engkau seorang je" yang ditujukan kepada rakan saya. Ketika itu kami berbual tentang kedudukan markah prestasi yang rendah. Ketika menyebut ayat itulah berlaku lintasan hati ke arah ta...@ce... Ia berlaku sekelip mata. Saya jadi was-was semula adakah saya ada niat atau sekadar lintasan hati. Sebenarnya keadaan saya ketika ini selepas menghidap penyakit was-was ini menjadikan saya amat sensitif dengan setiap apa yang saya sebut. Fikiran saya selalu mentakwilkan ke arah perkara yang tak saya ingini seperti ce...Padahal saya bersembang dengan rakan tentang perkara lain. Fikiran saya sering memikirkan ke arah itu sedangkan saya tidak ada sebarang masalah rumahtangga. Betapa susahnya hidup saya sekarang ini. Sebagai contoh, saya tujukan ayat " Engkau seorang je" kepada rakan saya untuk memberitahu sambil bergurau bahawa dia seorang je dapat markah rendah. Tapi fikiran saya divert ayat itu kepada perkara yang berkaitan percer..... Ia datang menyerang bila mana keadaan saya sudah sedikit stabil. Saya akan terus berusaha untuk pulih Ustaz. Adakah situasi yang berlaku pada saya ketika berbual dengan rakan tadi mendatangkan apa2 kesan? Saya amat takut dan risau sekarang ini.
File Upload:


Visitor IP: 60.49.48.177

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh kah talak

Nama*:zainasliyana_84@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh kah talak
Message*:Ustaz,maaf saya nak bertanya lagi...
Walaupun perkataan itu jelas...dia masa tu bangun daripada tidur...suami kata dia tak de niat langsung untuk cakap perkataan "aku ceraikan kau"dan dia memang tidak sedar..adakah kami perlu pergi ke jawi dan seterusnya ke mahkamah?sah kah hubungan kami ni lagi ustaz?
File Upload:


Visitor IP: 27.110.79.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh kah talak

Nama*:zainasliyana_84@yahoo.com
Tajuk*:Jatuh kah talak
Message*:Assalamualaikum ustaz.

Saya ingin bertanya,

Pada hari isnin lepas..suami telah menceraikan saya..Dan dalam masa keadaan dia baru bangun daripada tidur.masa tu dia tiba2 marah ntah darimana silapnya dan dia telah melafazkan aku ceraikan kau...dan suami kata dia tidak sedar apa yang dia katakan hanya selepas saya keluar untuk pergi bekerja selepas itu baru dia terfikir tentang percakapan dia sebentar tadi..ustaz,adakah sah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Jika benar pengakuannya dia tidak sedar ketika itu, (masih mamai) lafaz talak itu tidak sah.

tk

Visitor IP: 27.110.79.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: persoalan rumah tangga

Nama*:laily
Tajuk*:persoalan rumah tangga
Message*:asalam,
saya ingin mendapat pandangan tuan tentang isu rumah tangga saya. perjalanan rumah tangga kami dari awal perkahwinan sehingga sekarang pelbagai dugaan yng kami tempuh suami saya seorang yang manis mulut dan permasalahan kami disebabkan perempuan. Perkahwinan atas dasar cinta dan restu orang tuan.
kami bernikah pada 06.03.09 kami dikurniakan 2 orang anak. pada tahun 2013 bulan mei perkahwinan kami bergolak dh saya telah di ceraikan talak 1. kami rujuk semula pada 2 minggu selepas itu. Namun perkara yg sama berulang dan berulang sehingga kini.
persoalannya :

1. Saya ada berniat sekiranya hubungan kami baik saya akan mengerjakan umrah. tetapi selang beberapa minggu selepas kami rujuk dia melakukan perkara yang sama. adakah niat saya itu perlu diteruskan? kerana sehingga kini bnd yang sama berulang.
2. Lebih dari 1 kali dia menduakan saya. berjumpa secara senyap. berganti2 perempuan. minta maaf berkali-kali, tetapi tetap mengulangi. saya mohon pandangan tuan.
File Upload:
Salam

Masalah lelaki 'nakal' spt ini sukar dibendung. Dia semacam tidak puas dengan apa yang ada.. Puan boleh beri pilihan kepadanya untuk tambah seorang lagi, agar dia sedar dunia itu tinggi rendahnya. Kadang kala kenakalan lelaki boleh berakhir setelah dia mendapat apa yang diingini dengan satu tanggungjawab yang besar.

Niat atau nazar itu suatu yang baik. Jika ia nazar (puan sebut betul-betul; saya bernazar jika suami...) maka puan wajib laksanakan. Jika sekadar niat dan lintasan hati, ia tidaklah perlu puan tunaikan.

Jika nazar itu dikaitkan dengan perubahan sikap suami, sedangkan suami tidak juga berubah, maka nazar itu belum capai sasarannya, maka ia tidak perlu dilunaskan.

maaf, itu pandangan saya.

tk

Visitor IP: 203.62.1.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, November 14, 2015

Soalan: tak sengaja

Nama*:hamidi
Tajuk*:tak sengaja
Message*:salam ustaz, semasa sy sedang rehat tiba2 lintasan menerjah, sy buat tak layan sbb malas nk fikir..hari tu juga tiba2 ade la artikel pasal cerai dalam paper sy terbaca..besar2 tulisan pasal tu siap bg contoh lafaz yg jelas....sy bc je la tp dalam hati..semasa bc tu la dtg nama isteri sy menerjah selepas contoh lafaz itu..sy kacip bibir rapat2 supaya x lafaz. tp terasa seakan akan lidah hendak mengikut apa yg terlintas dalam hati sy..sakit hati sy nk lawan balik lintasan tu..sy biar je dorongan jahat tu melintas..slagi x lintas slagi tu la datang. yg ragu2nya adalah adakah sy terlafaz atau sekadar dalam ingatan. ...cepat sangat lintasan itu..susah nk lawan..sy trus istighfar supaya dpt tenangkan hati sy..
File Upload:
Salam.

Lintasan itu mainan syaitan dan keadaan sebegini menyusahkan hidup saudara. Ubatilah.

Visitor IP: 124.82.95.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, November 13, 2015

Soalan: Pertengkaran kecil

Nama*:Qamarul
Tajuk*:Pertengkaran kecil
Message*:Sedang kami tengah berserapa, tetiba bercakap mengenai kerja saya, isteri adalah suri sepenuh masa, tetiba kami bertekak kecil dan dalam pertengkaran kecil itu saya mengatakam saya tak mahu kerja lagi akibat desakan isteri tidak mahu saya pulang lewat. Dalam pertengkaran itu isteri saya pon bercakap, kalau tak mahu kerja saya nak kahwin dengan orang lain. Di atas percakapannya itu saya rasa dalam keadaan geram saya pon berkata pergilah .

Soalan saya adakah jawapan saya jatuh talak ke atas isteri saya sedangkan pada masa itu saya tidak mempunyai niat untuk bercerai,

mohon penjelasa terperinci dan segera,

mohon tuan email jawapan tuan terus ke email saya takut dikhuatiri saya terlepas post ini.

terima kasih
File Upload:
Salam

Jika lafaz itu disebut tanpa niat utk cerai, maka ia tidak berlakulah talak..

tk

Visitor IP: 210.195.90.59

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 12, 2015

Soalan: Lafaz tanpa ditujukan

Nama*:Tuah
Tajuk*:Lafaz tanpa ditujukan
Message*:Salam ustaz,

Apa hukum jika seorang suami menyebut lafaz soreh tetapi tidak ditujukan/dimaksudkan untuk sesiape...cth : baca lafaz yang tertulis pd kitab, blog, etc.

Mohon penjelasan
File Upload:
Salam

Jika ia tidak ditujukan kepada isteri, ia tidak akan terjadinya talak

Sebagai contoh, saya selalu berceramah di masjid mengenai talak cerai dan saya sebutkan ayat; aku ceraikan kau; tanpa ditujukan kepada isteri saya, maka ia tidaklah terjadinya talak..

tk

Visitor IP: 175.142.5.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 11, 2015

Soalan: talak

Nama*:angah
Tajuk*:talak
Message*:saya telah bertengkar dgn suami.puncanya saya sakit dan minta pertongan dgn suami tapi tak di endahkan...dgn perasaan marah saya telah keluar rumah dan pergi sendiri ke hospital...ke esokkannya saya pulang setelah mendpt rawatan....suami meseg.udahlah tu malu kat anak..saya jawap saya akan pulang ke rumah sbnb rumah dan tanah tu milik saya....dan lagi pun semua kos sara hidup semua saya yg tanggung....suami balas balik...ok mulai dari sekarang hubungan kita akan rengang dan terimakasih tanggung biawak hidup....sekarang saya nak tanya adakah saya telah diceraikan dengan kata2 itu sbb sudah 2 minggu dia boikot dan tak bercakap atau menegur saya...nafkah jgn kira lah memang sejak saya bantu dia beli dan urus keperluan rumah tangga semua nya saya yg tanggung....sehingga makan minum bapanya pun saya yg tanggung...kebetulan rumah yg kami buat atas tanah pemberian org tua saya...perlukah saya rekodkan kes saya dan jatuhkah talak keatas saya sbb saya x tahu niat dlm hati dia ketika dia lapaskan ayat itu....
File Upload:
Salam

Puan, kuasa talak terletak atas tangan suami. Jika suami belum melafazkan talak, maka tidaklah terjadinya talak.

Soal tanggung nafkah ia menjadi kewajipan suami, suami perlu mengambil peranan dalam hal ini. Dosa dia tak ambil kisah ttg nafkah keluarga.

tk

Visitor IP: 183.171.27.241

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin kepastian

Nama*:Sherry
Tajuk*:Ingin kepastian
Message*:Assalamualaikum..

Kami telah berkahwin di selatan thai,sy sebagai isteri ke 3,
Isteri pertama tinggal di malaysia dan bekas suami sy tinggal di england bersama isteri ke 2 yang juga Melayu.Setelah 15 hari kami berkahwin,suami sy pulang ke England dan keadaan berubah sama sekali kerana isteri ke dua mengamuk bila dpt tahu..isteri ke 2 suruh ceraikan saya..dan suami lafaz cerai talak 1 melalui hp dari UK.10 minit selepas tu sy dapat sms talak 3 dari suami.
Suami hubungi saya semula selepas itu dan dia cakap dia takde langsung niat nak cerai talak 3 tetapi diugut oleh isteri ke 2 untuk larikan anak,bunuh diri dan ingin tikam dengan pisau.Dia hanya berlakon hantar sms untuk puaskan hati isteri ke 2.Dia tegaskan yang sy masih isteri dia dan dia terpaksa buat tanpa niat disebabkan ugutan seperti di atas.Dan sekarang kami ingin nikah kembali..Sy nak tanya adakah jatuh talak 1 atau talak 3 ustaz..Terima kasih ustaz
File Upload:
Salam

Jika benar ugutan daripada isteri seperti itu hingga membahayakan dirinya, dan suami terpaksa menghantar sms sebegitu, maka talak itu tidak terjadi kerana adanya unsur paksaan dan ugutan.

Pada pendapat saya, puan masih sah menjadi isterinya.

tk

Visitor IP: 183.171.161.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pengesahan status perkahwinan

Nama*:Yan
Tajuk*:Pengesahan status perkahwinan
Message*:Askum ustaz,

Sy ingin bertanya tentang status taraf perkahwinan sy.

Sy di ceraikan suami talak satu dlm msj, selepas sebulan dalam masa iddah suami sy ruju semula dgn sy. Selepas seminggu ruju di pjbt agama kami menghadiri mahkamah - Hakim menjatuhkan pengesahan talak satu pd sy ada lah sah dan kami tidak memberitahu kami telah ruju semula dlm masa idda sebelum hadiri mahkamah krn kami tidak berapa jelas soalan hakim.

Apa kah ruju kami masih sah suami isteri mengikut hukum islam ?
File Upload:
Salam

Jika rujuk itu dibuat dalam masa edah, maka rujuknya adalah sah.

Puan perlu maklumkan kepada mahkamah bahawa suami telah rujuk

tk

Visitor IP: 60.50.219.244

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 10, 2015

Soalan: mandi wajib

Nama*:Hana
Tajuk*:mandi wajib
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

persoalan saya adalah semasa sedang mandi wajib, sambil mandi sambil meratakan air ke seluruh badan termasuk sentuh kemaluan, adakah sah mandi wajib itu?

terima kasih. Wasalam.
File Upload:
Salam

Sentuh kemaluan ketika mandi wajib adalah sah. Mandi wajib tidak ada perkara yang membatalkannya. Namun setelah sentuh kemaluan, maka kenalah berwujuk untuk solat atau lain-lain ibadah.

tk

Visitor IP: 175.139.183.234

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA