Sunday, October 4, 2015

Soalan: cerai taklik

Nama*:hashim
Tajuk*:cerai taklik
Message*:Saya baru bernikah dan belum menyetubuhi isteri saya. Untuk pengetahuan, isteri saya dalam haid semasa nikah. Beberapa jam selepas nikah, saye secara bergurau telah meminta rokok dari bapa saudara saya. Bapa saudara saya mahu memberikan, namun saya menolak sambil bergurau, "Ini kalau isteri saya tahu, bercerai". Ketika ini, tidak ada niat untuk menceraikan isteri. Maksud ayat saya itu, jika prstiwa itu diketahui isteri saya, dia akan sangat marah dan boleh membawa pergaduhan.

1) Adakah ayat saya dikira sebagai lafaz cerai (secara biasa)?
2) Adakah ayat saya dikira sebagai lafaz cerai takliq?

Sekira nya jatuh salah satu jenis cerai di atas, adakah saya boleh rujuk semula dengan lafaz rujuk biasa, walaupon isteri belum disetubuhi?

Untuk pengetahuan, saya hanya mahukan penjelasan untuk menenangkan hati. Saya sendiri kini sudah melafaz rujuk dan sudah menyetubuhi isteri saya
File Upload:
Salam

Ayat di atas adalah mengikut niat yang saudara lafazkan. Oleh kerana niatnya ialah boleh membawa gaduh, maka ia bukanlah cerai atau taklik.

Ia tiada kaitan dengan cerai dalam kes saudara ini.

tk

Visitor IP: 1.9.99.171

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.