Monday, October 19, 2015

Soalan: apakah kami masih suami isteri

Nama*:hafiz
Tajuk*:apakah kami masih suami isteri
Message*:isteri sy sedang mengandung anak pertama kami..pada suatu malam sy terpaksa bertaqlik dgn isteri sy..
kalau saya terlibat dgn dadah lg situ lah talak 1..
pagi esokkan hari nya sy bergaduh dgn isteri saya kerana dikejutkan dgn kaki.. kerana terlalu geram sy tampal pehanya..
lepastu dia bersiap utk keluar rumah utk balik kerumahnya... saya cakap padanya{ kalau awk rasa isteri sy jgn keluar}... dia berlalu pergi...
malam lepastu sy pegi rumah mertua utk memujuk dan pujukan sy hampa....
3 malam berturut turut sy pergi.. akhrnya sy berjaya pujuknya dan pulang semula kerumah...

adakah dalam kurungan itu satu taklik?..
adakah status kami masih suami isteri?
File Upload:
Salam

Kalau awak rasa isteri saya jangan keluar; ia satu ugutan. Oleh kerana ia tidak dikaitkan dengan TALAK atau CERAI, maka ia bukanlah lafaz taklik.

Pada pendapat saya, status tuan puan masih sah sebagai suami isteri.

Selepas ni usah bermain dengan dadah lagi, ia menjatuhkan talak satu (taklik talak)..

tk

Visitor IP: 175.144.186.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.