Salam
Sejak akhir-akhir ini, banyak soalan datangnya daripada mereka yang was-was. Saya tidak pasti sama ada daripada individu yang sama ataupun individu yang berbeza.
Pertanyaannya sering berulang kali disebut, beberapa kali saya perlu menjawab pada kes yang sama. Ia tentunya merimaskan kita.
Ruangan ini diwujudkan untuk membantu orang ramai berkongsi masalah dan sekadar termampu saya menjawabnya. Kiranya individu yang sama membawa persoalan yang sama pada setiap hari, tentunya ia menganggu masa dan kosentrasi saya untuk menjawab berbagai isu yang lain.
Saya merayu jika ada lagi kes berkaitan was-was, eloklah dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang berkenaan ataupun saudara boleh sahaja merujuk kepada jawapan saya dalam entry yang terdahulu. Jawapannya adalah sama sahaja.
Terima kasih dan selamat beramal untuk agama dan negara.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.